...seandainya ibubapamu marah padamu kerana kesilapan yang dilakukan olehmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman....

Friday, December 2, 2011

TAMAN SYURGA DALAM DUNIA


Rasulullah SAW pernah bersabda, yang maksudnya “Antara kamarku dan mimbarku terletak satu bahagian dari taman syurga”.

Memahami sabda Rasulullah SAW tersebut, sejumlah ulama meyakini Raudhah adalah benar-benar sebahagian dari taman surga yang ada di dunia. Menurut para ulama tersebut, ketika hari kiamat tiba kelak, tempat itu akan dipindahkan oleh Allah SWT ke syurga.

Mengingat hal ini, tidak hairanlah bila umat Islam dari seluruh penjuru dunia berebut untuk turut menikmati ‘bahagian dari taman syurga’ itu. Maka tempat ini selalu menjadi penuh sesak.



Diyakini di Raudhah inilah setiap doa dan munajat kepada Allah Yang Maha Esa memiliki nilai afdhaliyah yang sangat tinggi. Inilah tempat paling mustajab untuk memohonkan sesuatu kepada Allah SWT.

Raudah berkeluasan 144 meter persegi yang berada dalam Masjid Nabawi sangat mudah dikenali. Ia ditandai oleh tiang seri warna putih dengan ornamen kaligrafi yang khas dan juga karpet warna kelabu yang menutup lantainya. Warna karpet ini berbeza dengan warna karpet Masjid Nabawi yang semuanya berwarna merah.

[SubhanAllah.. tak puas rasanya menikmati suasana di Raudah.. Tuhanku perkenankanlah doaku untuk bertamu ke sana lagi, InsyaAllah.]

No comments: