...seandainya ibubapamu marah padamu kerana kesilapan yang dilakukan olehmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman....

Thursday, April 28, 2011

ENTRY TERBARU...

JANGAN LUPA MELIHAT SETIAP ENTRI TERBARU DI BLOK INI... TERIMA KASIH..

Sunday, April 24, 2011

Dari Wawasan 2020 Ke Transformasi Ekonomi Negara

Sebenarnya saya tak fahan apa itu wawasan 2020, sebab untuk jawapan yang sebenarnya kena tunggu tahun 2020. Kini tahun 2011 jadi kena tunggu 9 tahun lagi. Sembilan tahun lagi umur saya dah 59 tahun.. tak tahulah sempat atau tidak mengetahui erti Wawasan 2020 itu secara tuntas.

Dalam keadaan saya terawang-awang tentang Wawasan 2020, diperkenal pula dengan Transformasi Ekonomi Negara. Saya akui kabur dan sifar maklumat makna "untuk mentransformasi ekonomi negara". Setelah umur menginjak 50 tahun kini rupanya saya belum disentuh oleh arus transformasi ekonomi negara..

Friday, April 8, 2011

SAYA LIHAT ALAM TUAN!

kalbu, ke mana tuan melata
tabah untuk mencari kekasih
saat tuan maklum dia telah tumpaskan
begitu banyak seperti tuan sebelum ini?

tidak saya peduli, bisikan kalbu
idam saya hanya menjadi
satu dengan kekasih.

awalnya, dia menggoda saya
dengan bisikan mesra
akhirnya, dia memanggang saya
dengan pedih dan gundah.

dalam mainan catur ini
saya harus hilang diri
untuk menangi dia.

kita terikat bersama
sayalah tanah
tuanlah langkah.

alangkah tidak adil cinta ini!
saya lihat alam tuan,
tetapi tuan, saya tidak.

doa menghapuskan kelam
dan kembalikan tenang kepada jiwa
setiap pagi, setiap petang, setiap malam
biarkan kalbu bernyanyi riang,
la ilaha il allah
tiada hakikat selain dia.

tawar

setawar-tawarnya

beku

sebeku-bekunya

Friday, April 1, 2011

best

tidak semestinya bagus