...seandainya ibubapamu marah padamu kerana kesilapan yang dilakukan olehmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman....

Thursday, August 27, 2009

Sedikit Maklumat Solat Witir

Sesungguhnya Allah SWT telah menambahkan kepada kamu satu solat, iaitu solat witir. Maka sembahyanglah antara solat Isyak dan solat subuh. (Ahmad)

Sabda Nabi s.a.w.: “Bila sudah menjelang pagi, dan salah seorang daripada kamu masih belum melakukan (solat) witir, maka berwitirlah (qadha). (Baihaqi & al-Hakim)

“ Wahai ahli Al-Quran, kerjakanlah solat witir, sebab Allah itu witir (Maha Esa) dan suka sekali kepada yang witir. ( HR. Ahmad)

Sesungguhnya Allah itu witir (ganjil), dan Dia menyukai witir, maka lazimkanlah solat witir, wahai ahli Al-Quran.” (HR. Abud Dawud dan Tirmizi)

Imam Abu Daud dan an-Nasa’i telah meriwayatkan sebuah hadis dari Abu Ayyub yang maksudnya: “Rasulullah SAW pernah bersabda “Solat witir itu adalah benar (hak). Siapa yang suka mengerjakannya lima rakaat, kerjakanlah. Siapa yang suka mengerjakannya tiga rakaat kerjakanlah, dan siapa yang suka mengerjakannya satu rakaat sahaja pun, kerjakanlah”

Witir adalah kewajiban, barangsiapa tidak melaksanakan Witir, maka ia tidak termasuk golongan kami” (HR. Ahmad dan Abu Dawud.)

“Tidak ada dua witir dalam satu malam” (HR. Abu Dawud, Nasa’i, Tirmizi).

Ibnu Umar r.a. berkata: Bersabda Nabi SAW, “Jadikan penghabisan (akhir) shalatmu pada waktu malam dengan shalat witir.” (Bukhari – Muslim)

Sabda Nabi SAW: “Sesiapa yang bimbang tidak bangun pada akhir malam, maka berwitirlah pada awal malam, dan sesiapa yang ingin bangun pada akhir malam, maka berwitirlah pada akhir malam. (Muslim).

Sayyidina Umar solat witir di awal malam, selepas solat Isya’.

[]

Wednesday, August 26, 2009

ISTIMEWA RAMADHAN - Lailatul Qadr

Ajar dan maklumkanlah anak-anak kita tentang Lailatul Qadr ini:

Malam Lailatul Qadr itu afdhal dari segala malam dalam setahun. Ia malam penetapan kadar (takdir) seperti kadar rezeki. Pada malam ini juga Al-Quran diturunkan secara sekaligus dari Loh Mahfuz ke langit Baitul Izzah. Seterusnya, Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. secara sedikit-sedikit selama 23 tahun, mengikut keperluan dan masalah yang dihadapinya.

Dukhan [4] (Kami menurunkan Al-Quran pada malam yang tersebut, kerana) pada malam yang berkat itu, dijelaskan (kepada malaikat) tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta tetap berlaku, (tidak berubah atau bertukar)

Al-Qadr [4] Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);

Para sahabat nabi risau kerana tidak dapat berjihad dan beribadat seperti umat terdahulu, misalnya Bani Israel berjihad selama 80 tahun. Lalu Allah menurunkan surah Al-Qadr untuk menenangkan para sahabat nabi yang risau itu. Ramai orang tahu pahalanya menyamai beribadat sepanjang 1000 bulan (84 tahun).

Al-Qadr [3] Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan

Waktu Turunnya Lailatul-Qadar

Pada mulanya Rasulullah s.a.w. telah mendapat tahu tentang bilakah malam Lailatulqadar, namun belum sempat Baginda hendak memberitahu sahabat, Baginda terlupa kerana melihat dua orang sahabat sedang bertengkar.

“Aku keluar untuk mengkhabarkan kepada kamu berkenaan Lailatul Qadar, tetapi ada dua orang sedang berselisih sehingga pengetahuan berkenaannya tidak diberikan. Mudah-mudahan ini lebih baik bagi kamu, carilah di malam 29, 27, 25 (dan dalam riwayat lain, pada malam ke tujuh, sembilan dan lima).” (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/232))

Nabi SAW menyeru umatnya mencari Lailatulqadar pada 10 malam terakhir, terutamanya pada malam-malam ganjil. Allah SWT suka pada yang ganjil (witir). Allah suka pada sembahyang yang ganjil bilangannya seperti sembahyang witir.

Sabda Rasulullah SAW dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud: Carilah Malam Lailatul Qadar pada 10 malam terakhir. Dalam hadis yang lain yang telah diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari yang bermaksud: Carilah Malam Lailatul Qadar pada malam ganjil 10 hari yang terakhir.

Waktu lailatulqadar berbeza antara satu tempat dengan tempat lain. Imam Ghazali mempunyai formula untuk mengira lailatulqadar berdasarkan hari mula puasa mengikut pengalamannya:

Jika Awal Ramadhan (1 Ramadhan) jatuh pada hari:

1. Ahad atau Rabu – Malam Lailatul Qadar dijangka akan berlaku pada malam ke-29 Ramadhan;

2. Isnin – Malam Lailatul Qadar dijangka akan berlaku pada malam ke-21 Ramadhan;

3. Selasa atau Jumaat – Malam Lailatul Qadar dijangka akan berlaku pada malam ke-27 Ramadhan;

4. Khamis – Malam Lailatul Qadar dijangka akan berlaku pada malam ke-25 Ramadhan;

5. Sabtu – Malam Lailatul Qadar dijangka akan berlaku pada malam ke-23 Ramadhan.

Cara Rasulullah SAW mendapatkan lailatul qadar

Kebiasaannya Nabi Muhammad SAW beriktikaf dengan memasuki masjid pada petang 19 Ramdahan selepas waktu Asar. Iktikaf bererti berhenti di masjid, berhenti dari segala urusan dunia, disertai niat untuk berhenti di dalam masjid sambil melakukan amalan seperti membaca al-quran, bertasbih dan sembahyang. Isteri-isteri Baginda pula beriktikaf di rumah masing-masing iaitu di tempat yang biasanya mereka bersembahyang. Hukum iktikaf pada 10 akhir Ramadahan ialah fardu kifayah dalam mazhab Hanafi dan sunat muakkad dalam mazhab Syafie.

Amalan pada malam itu

Usaha, dapatkan dan carilah Lailatulqadar. Bangunlah kira-kira dalam pukul 2-3 pagi dan buatlah apa-apa ibadat pun seperti berzikir, sembahyang, membaca quran.

Doa jika bertemu malam itu

Siti Aisyah RA juga bertanya kepada Nabi SAW tentang doa apakah yang perlu diminta jika bertemu Lailatulqadar. Jawab baginda bacalah “Allahumma innaka ‘afuwwun karim, tuhibbull ‘afwa , fa’fu ‘anni, seperti yang selalu dibaca selepas sembahyang tarawikh.

Telah diriwayatkan dari ‘Aisyah RA bahawa dia bertanya, “Ya Rasulullah, apa pendapatmu jika aku mendapat Lailatul Qadar (mengetahui terjadinya), apa yang mesti aku ucapkan?”
Beliau menjawab,“Ucapkanlah, Ya Allah Engkau Maha Pengampun dan Mencintai orang yang meminta ampunan, maka ampunilah aku.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi (3760), Ibnu Majah
(3850) dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha. Sanadnya sahih)

Peristiwa berlaku pada malam itu

Al-Qadr [4] Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);

Allamah Sawi mengatakan pada malam itu turun ruh malaikat yang mempunyai 1 badan dan 1,000 muka. Besarnya ruh malaikat ini ialah kepalanya berada di bawah Arasy dan kakinya bertunjang ke bumi. Setiap muka mempunyai 1,000 mulut, kerjanya memuji Allah, setiap lidah dalam bahasa yang berlainan (1,000 muka x 1,000 mulut = 1,000,000 bahasa)

Malaikat yang turun pada malam itu mengucapkan Salam kepada orang Islam kecuali kepada orang Islam yang meminum arak, memakan babi dan memutuskan Silatur-Rahim.

Antara kelebihan malam lailatul qadar ialah malaikat turun bersama 4 panji-panji iaitu 4 bendera yang diletakkan di 4 tempat:
• Satu bendera diletakkan di atas Maqam nabi.
• Satu bendera diletakkan di Baitul Maqdis
• Satu bendera diletakkan di Baitullah
• Satu bendera diletakkan di Bukit Thur

Tanda Malam Lailatul Qadar

Malam yang tidak panas dan tidak sejuk dan pada paginya matahari naik tidak banyak cahayanya kerana banyak malaikat turun naik pada malam itu.

Dan dari Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhu, ia berkata, Rasulullah SAW bersabda:
“Malam al-Qadar adalah malam yang indah penuh kelembutan, cerah, tidak panas dan tidak juga dingin. Manakala pada keesokan harinya sinar mataharinya kelihatan melemah kemerah-merahan.” (Hadis Riwayat ath-Thayalisi (394), Ibnu Khuzaimah (3/231), al-Bazzar (1/486) dan sanadnya hasan)

“Pagi hari (setelah) Lailatul Qadar, matahari terbit tidak menyilaukan (tanpa sinar), seakan-akan ia bejana sehinggalah ia meninggi.” (Hadis riwayat Muslim (762)
[]

Monday, August 24, 2009

ISTIMEWA RAMADHAN - Rebutlah Ganjaran Empat Amalan Utama

Tentang kewajipan berpuasa di bulan Ramadhan, ramai yang mengetahuinya berdasarkan kandungan Surah Al Baqarah:183 yang bermaksud "Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang yang bertakwa."

Sebenarnya masih ramai ibu-bapa tidak tahu ada empat amalan utama yang digalakkan dalam bulan Ramadhan ini, harus diajar dan dilatih pada anak-anak kita.

1. Melazimkan bacaan kalimah taiyibah (laa ilaha illallah).
Jika seseorang menyebut kalimah taiyibah ini dengan seikhlas hati, maka pintu syurga akan segera terbuka untuknya.

Abu Saeed Khudri R.A. meriwayatkan bahawa: "Suatu ketika Nabi Musa AS memohon kepada Allah SWT agar diberikan satu kalimat khas yang mana Baginda dapat mengingati Allah SWT dan dapat memohon sesuatu melaluinya. Lantas Allah SWT menyuruhnya menyebut kalimah tersebut. Nabi Musa AS berkata: "Wahai Allah, kalimah ini dibaca oleh semua hamba-Mu, aku mengkehendaki yang khusus." Lalu Allah SWT menjawab, "Wahai Musa, jika ketujuh-tujuh langit dan bumi dan semua yang terkandung di dalamnya kecuali Aku diletakkan ke atas sebelah dacing dan kalimah ini pada sebelah yang lain, kalimah ini lebih berat lagi daripada segala sesuatu."

2. Beristighfar (Istighfar yang mudah ialah Astaghfirullah)
Kita digalak untuk memperbanyakkan istighfar kerana Allah SWT telah berjanji akan memberi kita jalan keluar daripada segala kesukaran dan membebaskan kita daripada segala kesedihan. Sesiapa yang memperbanyakkan istighfar akan memperolehi rezeki daripada sumber yang tidak pernah disangkakan. Tidak ada batasan dalam mengulang sebutan istighfar ini. Semakin kerap ia diulang, semakin banyaklah pahala yang dikumpul.

3. Memohon memasuki jannah (syurga).
Kita turut dituntut agar sentiasa berdoa supaya ditempatkan di dalam syurga. Doa yang boleh diamalkan untuk memohon agar ditempatkan di dalam syurga ialah
"Allahhumma as'alukal jannata wa a'uzubika minannar".

4. Berlindung dengan Allah SWT daripada neraka jahannam.
Di samping itu, kita turut dituntut agar sentiasa berdoa meminta kepada Allah SWT menjauhkan kita daripada ancaman api neraka.

Dengan memperbanyakkan amalan di atas, maka akan bertambah banyaklah amal ibadah yang kita lakukan untuk memenuhi bulan Ramadhan ini. Ramadhanlah masanya yang paling sesuai untuk membimbing anak-anak memperbanyakkan ibadah lantaran tiadanya gangguan godaan daripada iblis dan syaitan.

Sebagai insan yang sentiasa mengharapkan kasih-sayang, perhatian dan ganjaran yang telah dijanjikan Allah SWT, maka sebagai hamba-Nya kita harus merebut peluang ini yang datang dalam bulan Ramadhan hanya sekali dalam setahun. Allah SWT memberi peluang untuk kita berkunjung ke syurga-Nya berbekalkan empat amalan utama yang digalakkan ini bersama-sama permata hati kita. []

Wednesday, August 19, 2009

Biografi Bergambar Tunku 1957-1987: Legasi Malaysia


Sengaja saya tampilkan buku hasil usaha Tan Sri Dato Mubin Sheppard ini. Maklumlah sekarang bulan Ogos 2009 telah menjelma, dan sekali lagi Hari Kemerdekaan Persekutuan Malaysia akan disambul oleh semua Warganegara Malaysia.

Hanya orang Malaysia yang berlagak sangat hebat dan tak tahu diri sahaja yang akan berani bertanya soalan sebegini: "Apa kaitannya buku ini dengan hari kemerdekaan Malaysia"

Jika belum membaca buku ini carilah di kedai-kedai buku atau pergi sahaja ke perpustakaan di seluruh Malaysia... kalau sudah ditemui... baca saja.