...seandainya ibubapamu marah padamu kerana kesilapan yang dilakukan olehmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman....

Wednesday, March 11, 2009

bajet rangsangan ekonomi...

Itulah topik hangat semalam dan hari ini.

Bagi saya ia perkara biasa sahaja. Tiada yang menariknya. Mungkin saya bukan orang ekonomi dan tidak peka pada ekonomi semasa.

Namun saya menjana ekonomi dengan cara saya sebagai 'orang kecil' sejak sintom-sintom krisis ekonomi muncul. Namun cukup bagus dan selesa walau dalam ekonomi gawat.

Caranya? mengamalkan prinsip ekonomi yang dibawa Junjungan Besar Rasulullah SAW. Mungkin kalau semua orang Malaysia lakukan seperti apa yang saya lakukan.. BAJET RANGSANGAN EKONOMI ini rasanya tak perlu!

Walau apa pun saya hargai inisiatif Kerajaan kita... harap BAJET RANGSANGAN EKONOMI ini dapat membendung SUNAMI SOSIAL yang mula menyula masyarakat negara kita!

Tuesday, March 10, 2009

Jiwa rasa sangat ria

Semalam cuti Maulidur Rasul, jiwa rasa sangat ria.
Mengapa tidak, sejak awal pagi menatap wajah mak tersayang. Sejak awal pagi dengar suara mak tersayang. Mak buah hati saya, sebulan saya tak dapat tatap wajah mak dan dengar suara mak.. Dik No sekolah hari Sabtu, cuti ganti la... klas lonjakan UPSR la... macam tu la bila jadi seorang ayah...

Hari sabtu 7/3/2009 isteri juga kerja. Bertugas mesyuarat PIBG sekolahnya. Sekolah Taman Setiawangsa Kuala Lumpur.

Memang tanggungjawab saya banyak. Untuk anak tersayang, untuk isteri tersayang dan untuk mak tersayang juga....

Tapi hari Ahad 9/3/2009 saya bawa anak dan isteri balik kampung.. ambil kesempatan bermesra dengan mak. Gembiranya mak bila cucu dan anak menantu balik salam dan cium tangan mak. Anaknya juga salam, lalu cium tangan dan pipi mak.... inilah syurga dunia. menikmati limpahan kasih sayang dari mak... dari Allah SWT juga...

Friday, March 6, 2009

Suara Hatinya Berbicara

Sahabat saya Hatta memaklumkan ada pernyataan rasa tidak puas hati (complain) dari seorang insan yang pernah mengikuti satu kursus. Saya pun membaca dengan teliti maksud tersurat.

Saya sebenarnya telah mengikuti kursus ini. Namun sebelum itu, saya juga telah mengambil subjek Pemimpin dan Kepimpinan Konvensional dan Islam semasa belajar dulu. Bagi saya kursus ini sebagai tambahan dan pemurnian pembelajaran saya sebelum ini.

Walau apa pun jua itulah suara hatinya yang berbicara. Saya sertakan untuk di kongsi bersama:
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tolong pantau kursus kepimpinan berasaskan 'alam cakerawala'
BARU-BARU ini saya menghadiri kursus kepimpinan selama tiga hari di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Kursus yang disampaikan oleh dua orang penceramah tidak membenarkan peserta merakam, menyoal atau membuat catatan.
Sebuah model berasaskan alam cakerawala digunakan dalam merangsang emosional dan spiritual peserta. Ia digubah oleh pengasasnya di negara jiran, diadun dengan unsur-unsur keagamaan.
Kebanyakan modul dijalankan dalam dewan digelapkan dengan suhu sejuk, getaran muzik mencecah 20,000 wat serta klip-klip video dan animasi di atas tiga skrin besar.
Surah dan hadis dibaca oleh penceramah dengan lenggok badannya, tangis hibanya serta nada suaranya seakan menjerit.
Peserta yang teresak akan diperdengarkan menerusi mikrofon. Selain itu klip temu bual beberapa individu tempatan ditayang bagi meyakinkan peserta kononnya kursus tersebut diterima rakyat Malaysia dari semua penganut agama.
Foto pengasas dan fotonya bersama menteri dan mantan menteri serta senarai kliennya di negara ini sering diulang tayang.
Di hari ke-3, peserta dipujuk menjadi ahli termasuk mendaftar keluarga dan kenalan masing-masing dengan bayaran RM10 seorang. Peserta juga dipujuk menghantar SMS kepada tujuh orang kenalan untuk hebahan.
Saya difahamkan kursus ini telah disertai ribuan pekerja syarikat-syarikat terkemuka dan agensi-agensi kerajaan di tanah air termasuk para remaja kita.
Memandangkan kursus ini berunsur keagamaan, buku-buku klip video dan animasi dibawa terus dari negara jiran, maka saya menyeru pihak berkuasa seperti JAKIM, Mufti Negeri-Negeri dan KDN segera memantau pergerakan mereka.
PEKERJA TERKELIRUKuala Lumpur
SUMBER: UTUSAN ONLINE 3 MAC 2009.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Thursday, March 5, 2009

PERSIDANGAN DI BAWAH POHON MEMPELAM

Sekali baca tag line ini tiada apa menariknya.

Namun sepanjang semalam dan hari ini tag line ini sangat panas, sensasi dan tidak lekang dari satu mulut ke satu mulut baik di Putrajaya maupun di Kuala Lumpur. Agaknya di negeri Perak pasti lagi panas. Mungkin mengelegak!

Saya juga terima e-mel dan sms kiriman kenalan dari dalam dan luar negara, juga rata-rata memperkatakan persidangan di bawah pohon mempelam ini!

Begitulah rasanya RENDANG TUK kalau dibuat secara ambil mudah dan nak cepat. Proses memasaknya yang diturunkan dari nenek moyang dahulu itu diabaikan. Teman rase tekak teman meloya dan tak lalu nak telan.. itulah kata-kata yang keluar dari dua bibir sahabat saya yang kampungnya nun di Bota Perak.

Kawan di sebelahnya yang minat politik menyampuk: Istana sepatutnya bebas dari kemelut orang-orang politik yang berkepentingan. Jika istana terbabit, pihak-pihak yang berkepentingan akan terus mengheret istana walau kemercu kehancuran dan binasa sekali pun jua! Inilah wajah sebenar NAFSU MENGHALALKAN CARA. Bila ini berlaku ia akan bejela-jela dan rumit nak diselesaikan. Yang ruginya rakyat juga.. orang-orang politik yang rakus kuasa itu cuci tangan dan kaki dari menanggung rugi!

Seorang lagi mencelah: Merujuk politik Islam, selepas Zaman Rasulullah SAW dan Khalifah Yang Empat, jika berlaku kekusutan politik yang sukar dileraikan, KEMBALIKAN SAJA KEPADA KEPUTUSAN RAKYAT. Pilihan raya diadakan, apa keputusan rakyat itulah yang diambil dan dikuatkuasakan.

Nah sekarang ini Kemelut Politik Kerajaan Negeri Perak perlu dijernihkan oleh Kuasa Rakyat Negeri Perak. Istana sebagai Payung Mahkota Negeri Perak perlu jernih, adil dan saksama. Lagi cepat langkah penyelesaian dilaksanakan lebih disukai Allah SWT.

Doa dan harapan saya SEMOGA NEGERA PERAK KEMBALI TENANG, TENTERAM DAN RAKYAT HIDUP DALAM BAHAGIA. InsyaAllah.

Wednesday, March 4, 2009

KRISIS POLITIK NEGERI PERAK.. MUNGKIN ADA PELANGGARAN SUMPAH!

Awal pagi Rabu ini 4 Mac 2009, dalam perjalanan dari rumah di AU3 Keramat, Kuala Lumpur ke pejabat di Putrajaya saya santai menikmati siaran Klasik Nasional. Lagu yang diputarkan DJ semuanya cool. Tidaklah rasa stress bila kenderaan yang sesak dan kadang-kala gila-gila masuk lorong kiri dan kanan, tengok pemandunya muda-belia baik lelaki mau pun perempuan. Sama saja melayan darah muda mereka yang panas, ingin lekas ke destinasi dan tak hirau orang lain. Mereka generasi pelapis yang dicanai hidupnya dengan kerangka moden... macam tu la.

Berita RTM seterusnya melapurkan kemelut politik yang melanda Negeri Perak. Saya yang pernah mengambil subjek politik semasa belajar dulu teruja juga dengan politik Negeri Perak ini. Teruja melihat telatah pemegang watak-watak yang menghidupkan drama panas yang meruntun jiwa!

Teruja saya pada pelakon yang sangat profesional mempersembah bakat masing-masing. Mereka rata-rata mempamerkan karisma moral mereka, disiplin mereka, dan lebih penting sumpah dan janji mereka pada khalayak yang menyokong mereka! Sedar atau lalai mereka bersaksikan Yang Maha Adil!

Saya sangat yakin hanya NALURI dan SUARA HATI MEREKA merintih siang-malam menghakimi gelagat mereka. Inilah saat Pengamal Undang-Undang di Malaysia dan Global menilai setiap perlakuan mereka dari sudut Undang-Undang Konvensional dan Islam.

Kepada pelakon drama panas di Negeri Perak kini, saya seorang antara jutaan peminat yang melihat setiap inci pergerakan setiap pemegang watak, menilai secara cermat, telus dan adil setiap babak demi babak. Anda berlakonlah dengan jujur, penuh disiplin dan penghayatan selari dengan sumpah anda.

Jika anda melanggar sumpah.. binasa padahnya. Ini janji Allah SWT kepada setiap pelakon di maya pada ini!

Monday, March 2, 2009

Kursus ESQ 165

Hari ini Isnin 02/03/2009. Saya terkenang pengalaman manis masa menyertai Kursus ESQ 165 anjuran AKEPT pada Februari lalu. Aktiviti selama 3 hari dari 24 hingga 26 Februari 2009 akan terus menjadi kenang-kenangan indah hidup saya. Rindu pada teman-teman sekursus.

Berbahagia rasanya bila sama-sama menghayati seterusnya menamatkan kursus dengan jayanya. Kami kini adalah ALUMNI Akept 01/2009.

Jika ada antara teman-teman sekursus yang mengunjungi blog saya ini... silalah tinggalkan jejak... Hangpa semua bagai tikus jatuh ke beras noe. Senyap saja

Nyior gading di tepi halaman,
buah setandan masak kemirau;
Tidur sepicing mimpikan tuan,
resah badan tidak dihirau...

==================================================

Saat ini kita menjalankan amanah mulia membina generasi Ismail. Semoga Allah meridhoi perjuangan kita.

Siti Hajar berada di tengah padang pasir yang panas di antara Bukit Shafa dan Marwah, namun Siti Hajar harus menyelamatkan Ismail. Dia tidak menyedari bahawa kelak keturunan dari Ismail akan menurunkan seorang manusia yang akan merubah wajah dunia; iaitu Muhammad SAW.

Kini keadaan kita seperti berada di antara bukit Shafa dan Marwah yang panas, tapi kita harus tetap berlari dengan penuh keyakinan kepada Allah SWT seperti Siti Hajar yang berlari 7 kali pulang pergi. Kita harus menelamatkan Ismail.

Kita ESQ yang membawa Bendera 165Nya untuk melahirkan Manusia-manusia Taqwa di masa akan datang..

Sesungguhnya Shafa dan Marwah adalah Syiar Allah[]

Salam perjuangan
daripada Bapak Ary Ginanjar - 3 Mac 2009.

==================================================
Nota:

1. Subhanallah.. semoga cahaya AsSyam sentiasa menerangi hati tuan dan keluarga.
Salam 165 - Aminul Rachman.