...seandainya ibubapamu marah padamu kerana kesilapan yang dilakukan olehmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman....

Monday, December 28, 2009

Diambang 2010... perlukah semuanya baru?

Menjelang tahun baru rata-rata maknusiawi penghuni alam dunia fana ini mengetus-getus suatu yang BAHARU.. seperti azam baru, kehidupan baru dan sebagainya yang baru-baru. Begitulah adat manusia penghuni dunia.

Tapi sebenarnya tiada apa yang baru, semuanya kitaran ulangan yang lama.. tapi manusia akhir zaman yang cetek fikiran, dibelenggu sikap malas dan diselaputi rasa megah dan bangga akan kehebatan diri sendiri merasakan ia seolah-olah baru begitulah..

Dongaklah kepala ke langit (langit dunia) lihat puas-puas langit itu... langit itu sebenarnya telah terlalu lama terbentang, tundukkan kepala pandang puas-puas bumi yang di injak dengan telapak kaki... bumi ini juga telah terlalu lama ada di situ. Pergi pula ke pantai dan lihat lautan puas-puas... laut itu juga telah terlalu lama wujud di situ.... kalau semuanya lama, apa pula yang baru?

Tak mengapalah. Biarlah dunia ini ceria walau sebenarnya usia dunia sudah semakin tua dan semakin hampir menuju kemusnahan yang sering disebut-sebut sebagai hari kiamat..

Untuk tahun baru ini saya tidaklah ghairah memburu atau mencanai suatu yang baru!

Blog ini? Memang tiada yang baru dari sudut setting, layout dan monetise. Tapi POSTINGnya dijanjikan baru dari sudut pengisian dan cernaan pada khalayak sasarannya...

[]

Thursday, December 24, 2009

DUNIA MURNI TIDAK TERCELA

Animated Pictures Myspace Comments

Melihat gambar animasi ini.. terkenanglah saya zaman kanak-kanak dulu. Zaman serba-serbi indah dan sangat ceria ini berlangsung dalam hidup saya sekitar tahun-tahun 1967 - 1977 masa saya berumur 7 tahun sehingga menginjak 17 tahun.

Zaman itu rata-rata kehidupan rakyat Malaysia tidak secanggih sekarang, tiada permainan komputer, tiada play station, tiada game-boy, tiada karoukey, tiada cd player.... pendek kata TIADA INTERNET DAN STESYEN TV SATELITE MEMBAWA BENCANA SOSIAL!

Tapi kami tetap ceria mengisi kehidupan zaman kanak-kanak dan awal remaja kami. Animasi di atas itu satu daripada elemen permainan kami... nak tahu namanya? Itulah PERMAINAN GALAH TENG-TENG atau GALAH KAPAL TERBANG.

Nak tahu cara dan peraturan permainan ini? Cubalah tanya ayah-ibu yang mengisi zaman kanak-kanak dan awal remajanya seangkatan dengan saya (sekitar tahun-tahun 1967-1977)

Memang indah zaman kami yang sangat murni tanpa dicemari sifat materialist, individualistik dan perlakuan tidak bermoral dilihat dari sudut masyarakat Asia dan manusia berakhlak dan beragama.

Dunia kanak-kanak waktu itu benar-benar murni tanpa dicemari akhlak bernoda dan salah laku seperti berleluasa sekarang ini.... Apakah pemerintah yang salah atau ia memang telah ditentukan di loh mahfuz sebegini?

Monday, December 21, 2009

KACANG BENDIE DAN PERIA... HOT GILE...


Sediakan: cili api, seulas bawang putih, bawang besar dan kacang bendie.
Jangan lupa: ikin bilis, secubit garam dan secawan air.


Mula-mula tumbuk cili api dalam lesung batu, setelah lumat bubuh dalam piring.
Seterusnya tumbuk segenggam ikan bilis, setelah hampir lumat masukkan bawang putih dan sebahagian bawang besar dalam lesung batu dan tumbuk separuh lumat.
Kacang bendie dipotong dua.


Panaskan minyak dalam kuali, goreng cili api dengan secubit garam sehingga kekuningan, masukkan bahan ditumbuk sehingga bangkit bau aroma wangi, masukkan baki bawang besar dan goreng hingga layu. Masukkan kacang bendie dan gaul rata. Masukkan secawan air dan kacau rata. Masak dengan api sederhana.


Ha.. dah siap pun.. kacang bendie goreng berlada resepi dari Bonda saya...
Cobalah... HOT GILE......

peria hot gile resepi kampung




Ini pula resepi masak kampung buah peria. Semua secukup rasa: ada pedas, masam, masin dan pahit.


Kalau tengok gambar ni memang biasa-biasa je... tapi cobalah makan dengan nasi panas.. wow! mak mentua lalu belakang pun tak nampak... asyik menikmati sayur peria resepi kampung la katakan.... hehehe



Ikan Segar Kukus (Steamed Fish) ini biasa saya buat pada hujung minggu... sambil tu ajak anak sama-sama tolong mana yang patut... nanti bila dia dah selalu tolong, InsyaAllah pandailah dia sediakan. Bolehlah order dari dia pula.... rasanya tetap sama seperti yang saya sediakan... menjilat jari...

Bahan-bahan :
Ikan segar 300g (kerapu, merah, siakap atau bawal)
2 inci halia – dimayang halus
7 ulas bawang putih - dihiris nipis
1 lada besar – dipotong dadu
kicap pekat manis
garam secukup rasa
satu sudu bawang goreng (jika suka)
daun bawang dan daun sup di potong sepanjang seinci.

Cara penyediaan :
- gaul garam dengan ikan.
- lumur kicap pekat manis dengan ikan dalam mangkuk besi.
- tabur bawang putih, halia, lada besar di atas ikan.
- panaskan kukus.




- kukus ikan selama 30 minit dengan api sederhana.
- akhirnya tabur daun sup, daun bawang dan bawang goreng.
- kukus ikan sehingga masak .
- hidang bersama nasi panas.

[]

Thursday, December 17, 2009

Belum Memahami Awal Muharram?

Esok Jumaat 18/12/2009, hari permulaan tahun baru 1431H bagi takwin Islam.

Awal Muharram (Maal Hijrah) bermula sempena memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Mekah ke Kota Madinah dalam tahun 622 masihi. Peristiwa perpindahan ini merupakan pembinaan langkah baru sebagai persiapan menghadapi cabaran yang bakal tiba secara terus menerus.

Hijrah dalam Islam merujuk kepada peralihan daripada sesuatu yang buruk atau kurang kepada yang baik atau sempurna. Antaranya hijrah kerana menuntut ilmu, mencari kebenaran, berjihad, berdakwah, mencari nafkah, kerana perniagaan dan bermacam-macam hijrah lagi sebagai asas ajaran Islam itu sendiri.

Kebiasaannya kita berazam pada tahun baru masihi, sewajarnya kita juga berazam semasa ketibaan tahun baru hijrah. Ya, azam ke arah pengisian rohani dan keagamaan. Umpamanya kepada mereka yang tidak pernah sembahyang berazam untuk mula bersembahyang, mereka yang sembahyang tetapi tidak cukup lima waktu berazam untuk melengkapkan sembahyang lima waktu dan mereka yang sembahyang lima waktu berazam untuk meningkat kualiti sembahyang mereka.

Kita juga boleh berazam perkuatkan fahaman aqidah, syariat dan akhlak kita. agar iman dan takwa kita semakin kukuh. Semakin rapat kita dengan Allah s.w.t. maka makin tenang jiwa kita menghadapi kehidupan dunia fana yang penuh cabaran dan dugaan ini.

Friday, December 11, 2009

MEMBENTUK KELUARGA CEMERLANG 9: mewujudkan suasana harmoni dan intim sesama jiran

Keluarga yang cemerlang bukan hanya diperolehi hasil dari hubungan antara anggota keluarga sahaja malahan hubungan dengan jiran sekeliling. Perhubungan kejiranan yang intim dapat diwujudkan bermula dengan berbual-bual mesra antara satu sama lain.

Keluarga yang cemerlang bukan sahaja mewujudkan suasana yang harmoni di dalam keluarga bahkan keharmonian tersebut dapat dikongsi bersama sesama jiran. Sikap dan amalan yang negatif seperti mengumpat, hasad dengki, menyakiti jiran, menabur fitnah, mementingkan diri sendiri, anti sosial dan sebagainya, tidak ada dalam kamus keluarga cemerlang.

Setiap anggota keluarga bermula dari ibu bapa sehingga anak-anak adalah sama-sama bertanggungjawab mewujudkan suasana harmoni sesama jiran. Oleh itu, keluarga yang cemerlang ialah anggota keluarga yang berhijrah meninggalkan elemen-elemen yang merosakkan hubungan dan semangat kejiranan.

Thursday, December 10, 2009

MEMBENTUK KELUARGA CEMERLANG 8: peranan anak yang soleh

Menuntut ilmu juga adalah peranan yang perlu dilakukan oleh setiap anak dari keluarga yang cemerlang. Ilmu yang perlu dituntut bukan hanya ilmu keduniaan seperti sains dan matematik, bahkan juga ilmu akhirat seperti akidah, ilmu feqah dan tasawwuf. Anak-anak yang memperolehi kedua-dua ilmu itu sudah tentu dapat menseimbangkan antara ibadat khusus dan pekerjaan supaya antara kedua-duanya tidak diabaikan.

Anak-anak yang soleh pastinya anak yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada ibu bapa sama ada yang masih hidup atau sudah mati. Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa apabila matinya anak Adam maka terputus amal ibadatnya kecuali tiga perkara, pertama : ilmu yang bermanfaat, kedua : sedekah jariah dan ketiga : doa anak-anak yang soleh. Jelaslah bahawa peranan anak-anak yang soleh yang mendoakan kesejahteraan kepada ibu bapanya amat penting bagi menjamin ibu bapanya sentiasa hidup bahagia, sejahtera dan diredhai Allah s.w.t di dunia dan akhirat.

Satu lagi peranan bagi seorang anak untuk mewujudkan keluarga cemerlang ialah menjaga nama baik keluarga. Anak yang soleh pastinya anak yang sentiasa berkelakuan baik walau di mana sahaja dia berada. Apa yang dilakukan adalah berlandaskan ajaran Islam yang suci walau dalam apa bidang yang diceburi. Anak-anak yang soleh tidak mudah terjebak ke lembah kehinaan seperti penyalahgunaan dadah, seks bebas dan sebagainya yang boleh memberi aib kepada ibu bapa dan keluarganya apatah lagi mengganggu gugat keharmonian negara.

Tuesday, December 8, 2009

MEMBENTUK KELUARGA CEMERLANG 7: suami isteri bertanggungjawab mendidik anak-anak dengan asas keimanan

Firman Allah dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud; "Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari seksaan api neraka"

Berdasarkan ayat ini, ternyatalah suami isteri bertanggungjawab untuk berusaha mendidik anak-anak sejak dari kecil dengan asas keimanan iaitu rukun-rukun dan prinsip-prinsip agama yang luhur. Bagi mengimbangi didikan yang diterima oleh anak-anak, ibu bapa juga perlu meluaskan dalam memberi pendidikan seperti pendidikan akademik, jasmani, akal, kejiwaan dan kemasyarakatan. Ini supaya anak-anak dapat membesar dalam keadaan seimbang sebagai seorang anak yang soleh.

Ibu bapa perlu bersama-sama melibatkan diri dalam pendidikan anak-anak. Sikap meletakkan tanggungjawab sepenuhnya kepada guru dan para pendidik dalam urusan pembelajaran anak-anak perlulah diubah. Hijrah sikap yang sebegini amat penting kerana anak-anak juga terbentuk dan terdidik oleh pengaruh persekitaran. Oleh itu, mentaliti ibu bapa perlu diubah atau di’hijrah’kan dengan mewujudkan persekitaran yang baik yang terdiri daripada ibu bapa sendiri, guru, sekolah, masyarakat dan media yang menjurus ke arah pembentukan insan yang soleh, berguna dan cemerlang.

Keluarga cemerlang memerlukan anak-anak yang terdidik dengan sifat kasih sayang, penuh ketaatan dan rasa tanggungjawab. Anak merupakan amanah Allah s.w.t kepada hamba-hamba-Nya. Kelahirannya seumpama kain putih bersih daripada noda dan kekotoran duniawi. Justeru, yang mencorakkan warna-warnanya adalah ibu bapa sendiri. Anak memainkan peranan yang penting untuk menjadikan suasana yang harmoni dalam keluarga.

Ibu bapa perlulah memberi didikan yang sempurna kepada anak-anaknya sama ada ilmu duniawi dan ilmu ukhrawi. Dengan didikan yang sempurna ini, anak-anak dapat memikirkan perkara yang baik dan buruk, seterusnya mentaati ibu bapanya yang melahirkannya ke dunia. Taat kepada ibu bapa ini bukanlah taat kepada perkara yang mungkar seperti meninggalkan sembahyang, puasa dan lain-lain, tetapi ketaatan seorang anak itu adalah atas perkara yang makruf dan yang diredhai Allah s.w.t.

Perlulah diingat bahawa seorang anak tidak boleh berlaku kasar atau menzalimi kedua-dua ibu bapanya sekalipun sekadar menyebut perkataan ‘ah’ kerana ia sudah dianggap menderhaka dan berdosa besar.

Thursday, December 3, 2009

RESEPI SIHAT..

Ikan Segar Kukus (Steamed Fish) ini biasa saya buat pada hujung minggu... sambil tu ajak anak sama-sama tolong mana yang patut... nanti bila dia dah selalu tolong, InsyaAllah pandailah dia sediakan. Bolehlah order dari dia pula.... rasanya tetap sama seperti yang saya sediakan... menjilat jari...

Bahan-bahan :

Ikan segar, 300g (kerapu, merah, siakap atau bawal)
1 butir bawang besar
5 ulas bawang merah
7 ulas bawang putih
2 inci halia – dimayang halus
kicap pekat manis
sebatang serai - dititik
limau nipis
garam secukup rasa
2 biji tomato – belah dua
2 lada besar – dipotong nipis
satu sudu bawang goreng (jika suka)
sedikit lada sulah

Cara penyediaan :
- tumbuk bawang merah dan bawang putih.
- gaul bahan ditumbuk, garam dan lada sulah dengan ikan dalam mangkuk besi.
- tabur bawang besar, halia, lada besar di atas ikan.
- letak tomato di atas dan sekeliling ikan.
- akhirnya letak serai dan tabur bawang goreng.
- kukus ikan sehingga masak .
- Setelah masak keluarkan dan perah limau nipis.
- hidang bersama nasi panas.

Wednesday, December 2, 2009

Tuesday, December 1, 2009

7 Pintu Neraka - sila datang lagi untuk mengetahui keseluruhan entry ini

“Neraka mempunyai tujuh pintu, untuk masing-masing pintu di huni (sekelompok pendosa yang ditentukan)” (Qs al Hijr :44)

Diriwayatkan bahwa ketika Jibril turun membawa ayat di atas tadi, Nabi saw memintanya untuk menjelaskan kondisi neraka. Jibril menjawab: “Wahai Nabi Allah, sesungguhnya di dalam neraka ada tujuh pintu, jarak antara masing-masing pintu sejauh tujuh puluh tahun, dan setiap pintu lebih panas dari pintu yang lain, nama-nama pintu tersebut adalah:

1. Hawiyah (arti harfiahnya: jurang), pintu ini untuk kaum munafik dan kafir.

2. Jahim, pintu ini untuk kaum musyrik yang menyekutukan Allah.

3. Pintu ketiga untuk kaum sabian (penyembah api).

4. Lazza, pintu ini untuk setan dan para pengikutnya serta para penyembah api.

5. Huthamah (menghancurkan hingga berkeping-keping), pintu ini untuk kaum Yahudi.

6. Sa’ir (arti harfiahnya: api yang menyala-nyala), pintu ini untuk kaum kafir.

MEMBENTUK KELUARGA CEMERLANG 6: suami isteri bekerjasama dan bersabar dalam membina kerukunan rumahtangga

Bagi mengelakkan sebarang masalah atau perselisihan, suami isteri perlu bekerjasama dan saling berbincang tentang hal-hal yang berkaitan dengan urusan rumahtangga, pendidikan anak-anak mahupun kewangan.

Maka sewajarnyalah kita berhijrah meninggalkan sikap yang lama iaitu mementingkan kerehatan diri sendiri setelah pulang bekerja sama ada suami atau isteri dan mengabaikan tugas dan peranan sebagai ahli keluarga. Mereka seharusnya bekerjasama dan bersabar dalam membina kerukunan rumahtangga. Suami isteri harus bijak dan berlatih membahagikan masa serta saling bertoleransi antara satu sama lain kerana hasil yang baik tidak mungkin dapat dikecapi tanpa usaha yang bersungguh-sungguh dan berpenat lelah terlebih dahulu.


Suami harus menyedari tentang beban pasangannya. Dia patut bersikap berkasihan belas kerana banyak perkara yang perlu si isteri lakukan dalam masa yang singkat seperti menjaga kebajikan suami dan anak-anak, pendidikan anak-anak, urusan rumahtangga dan keperluan dirinya sendiri. Si isteri pula jangan mementingkan diri sendiri tetapi turut menghalusi beban yang ditanggung oleh suami dalam meningkatkan ekonomi keluarga. Jelas di sini bahawa seisi keluarga harus saling memahami masalah dan beban tugas masing-masing dalam pekerjaan, rumahtangga dan pendidikan anak-anak. Di samping itu, bebanan yang wujud ini menimbulkan pelbagai emosi yang positif dan negatif. Bagi mengekalkan keharmonian dalam keluarga, masing-masing perlu berperanan menjaga emosi pasangannya.