...seandainya ibubapamu marah padamu kerana kesilapan yang dilakukan olehmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman....

Thursday, December 24, 2009

DUNIA MURNI TIDAK TERCELA

Animated Pictures Myspace Comments

Melihat gambar animasi ini.. terkenanglah saya zaman kanak-kanak dulu. Zaman serba-serbi indah dan sangat ceria ini berlangsung dalam hidup saya sekitar tahun-tahun 1967 - 1977 masa saya berumur 7 tahun sehingga menginjak 17 tahun.

Zaman itu rata-rata kehidupan rakyat Malaysia tidak secanggih sekarang, tiada permainan komputer, tiada play station, tiada game-boy, tiada karoukey, tiada cd player.... pendek kata TIADA INTERNET DAN STESYEN TV SATELITE MEMBAWA BENCANA SOSIAL!

Tapi kami tetap ceria mengisi kehidupan zaman kanak-kanak dan awal remaja kami. Animasi di atas itu satu daripada elemen permainan kami... nak tahu namanya? Itulah PERMAINAN GALAH TENG-TENG atau GALAH KAPAL TERBANG.

Nak tahu cara dan peraturan permainan ini? Cubalah tanya ayah-ibu yang mengisi zaman kanak-kanak dan awal remajanya seangkatan dengan saya (sekitar tahun-tahun 1967-1977)

Memang indah zaman kami yang sangat murni tanpa dicemari sifat materialist, individualistik dan perlakuan tidak bermoral dilihat dari sudut masyarakat Asia dan manusia berakhlak dan beragama.

Dunia kanak-kanak waktu itu benar-benar murni tanpa dicemari akhlak bernoda dan salah laku seperti berleluasa sekarang ini.... Apakah pemerintah yang salah atau ia memang telah ditentukan di loh mahfuz sebegini?

No comments: