...seandainya ibubapamu marah padamu kerana kesilapan yang dilakukan olehmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman....

Sunday, December 11, 2011

Rahsia Pohon Iman

[Bersama sahabat saya Tuan Hj Ellias bin Zakaria, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang yang juga staff USM]


Dalam hati setiap manusia beriman itu seumpama tumbuh sebatang pohon. Jika imannya baik, maka pohon iman di dalam hatinya akan tumbuh subur dan rimbun dengan dahan dan ranting yang menjalar ke mata, telinga, tangan, kaki, dan organ-organ tubuh lainnya. Pohon iman yang baik akan berbuah kebaikan (amal soleh) di setiap ranting-rantingnya. Maka, seorang yang kuat imannya ia akan mudah menjaga matanya, lidahnya, telinganya, menerapkan ajaran-ajaran Tuhannya dalam setiap perbuatan, menjauhi setiap larangan.

Sebaliknya, pohon iman seseorang boleh jadi hanya sebatang pohon yang hidup segan mati tak mau, dengan ranting-ranting kering dan patah, tidak berbuah. Atau boleh jadi, pohon iman seseorang sebongkah tonggak, tanpa apa-apa, menunggu mati pada waktunya.

Tetapi percayalah, selama hati masih hidup dan tidak terkunci, maka masih ada harapan pohon itu kelak boleh bersemi, tumbuh, rimbun, menjalarkan dahan-dahan, berbuah kebajikan tak kira musim.

Ingin tahu pohon iman?

Pohon iman adalah sebatang pohon yang tumbuh di hati. Akarnya adalah kepercayaan kepada Allah Yang Maha Esa. Dahan-dahannya menjalar ke mata, hidung, telinga, tangan, dan kaki. Buah-buahnya adalah kebaikan tak terperi. Begitulah…


[]

3 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum sahabatku Azal! Tahniah! Teruskan menulis, teruskan share pemikiran Azal! Sesuatu yg amat bagus dan pleasant surprise bagi saya! Tahniah Azal!!

Dr Durrishah- your friend.

mariam ralip said...

Saya sangat terpegun dengan setiap kata yang dilahirkan nampak indah disamping ilmu yang disampaikan.Syukran kepada Allah kerana mengurniakan bakat yang luarbiasa.

Jamilah said...

Azal memang seorang yang berjiwa sentimantal...luahkanlah rasa isi hatimu...menulis satu terapi minda. Syabas!!!!