...seandainya ibubapamu marah padamu kerana kesilapan yang dilakukan olehmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman....
Monday, November 2, 2009
MENCANAI KELUARGA BAHAGIA 4: Rahsia Lima Garis Panduan Utama
Sememangnya semua orang mahu anak-anak yang soleh, cerdik dan pintar. Namun bagaimana kita boleh menjana generasi yang sedemikian? Berdasarkan pengalaman para alim ulama dan mereka yang telah berjaya, ibubapa perlu mempunyai sekurang-kurangnya lima garis panduan utama dalam mendidik anak-anak mereka, iaitu:
1. Sentiasa mendoakan kesejahteraan anak-anak.
2. Membudayakan anak-anak dengan ilmu pengetahuan.
3. Mendisiplinkan anak-anak dengan hidup sihat dan sempurna.
4. Meningkatkan pengetahuan keibubapaan dari masa ke semasa.
5. Menjadikan diri sebagai contoh terbaik kepada anak-anak.
Kesimpulannya, untuk membentuk keluarga bahagia tidak perlulah mencari-cari ubat dan penawar kepada masalah tersebut. Sesungguhnya sejarah telah membuktikan bahawa orang Islam yang berjaya membentuk keluarga bahagia itu ialah mereka yang benar-benar mematuhi kalam Allah dan sabda Rasulullah SAW. Justeru, siapa yang enggan tunduk kepada kehendak Allah dan Rasul-Nya, maka tidak akan berjaya membahagia diri mereka dan orang lain. Firman Allah:
Maksudnya:
"Setelah berlaku demikian, maka (manusia akan diberikan tempatnya menurut amal masing-masing); adapun orang yang berat timbangan amal baiknya, maka dia berada dalam kehidupan yang senang linang. Sebaliknya orang yang ringan timbangan amal baiknya, maka tempat kembalinya ialah (neraka) Hawiyah."
(Surah al-Qari'ah: 6-9).
Artikel Berkaitan:
» Renung Sejenak Peranan Seorang Suami Atau Bapa
» Renung Sejenak Peranan Seorang Isteri Atau Ibu
» Anak Itu Anugerah Allah
» Rahsia Lima Garis Panduan Utama
=========================================================================================
PADA TEMAN-TEMAN BLOGGERS YANG MELAWAT BLOG INI, SILALAH TINGGALKAN SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR SAYA JUGA BOLEH MELAWAT BLOG KALIAN PULA…
[]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
entri tang menarik.. saye akan gunekan garis panduan nie bile saye ade anak nanti.. hehe..
diharapkan banyak info yang menarik untuk panduan ibubapa dan para remaja
Post a Comment