...seandainya ibubapamu marah padamu kerana kesilapan yang dilakukan olehmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman....

Tuesday, November 10, 2009

Ikan Masak Stim warisan Biduanda Waris Tok Menteri Jelebu

Ikan Masak Stim warisan Biduanda Waris Tok Menteri Jelebu ini jarang muncul di khalayak sebab ia resepi eksklusif untuk keluarga. Namun tak mengapalah, saya kongsi bersama blogger yang berkunjung ke blog saya ini...

Bahan-bahan:

Ikan segar (ikan laut: Kerapu/Tenggiri/Siakap/Jenahak/bawal atau ikan sungai: Keli/Sembilang/Baung)
Bawang merah yang digoreng garing
Bawang besar yang digoreng separuh masak
kicap pekat manis
garam
halia muda dimayang halus
Limau Nipis
Cili padi (ditumbuk atau dipotong kecil)

Cara Penyediaan:

Masukkan semua bahan-bahan diatas kecuali buah limau nipis ke dalam mangkuk besi. Gaul rata. Masukkan mangkuk tadi dalam periuk pengukus. Kukus hingga masak. Setelah masak, keluarkan dan perahkan limau nipis. Ianya siap dihidangkan.


=========================================================================================
PADA TEMAN-TEMAN BLOGGERS YANG MELAWAT BLOG INI, SILALAH TINGGALKAN SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR SAYA JUGA BOLEH MELAWAT BLOG KALIAN PULA…
[]

No comments: