...seandainya ibubapamu marah padamu kerana kesilapan yang dilakukan olehmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman....

Friday, November 13, 2009

MEMBENTUK KELUARGA CEMERLANG 4: suami corakkan kehidupan keluarga

Sebagai ketua keluarga, suamilah yang mencorakkan kehidupan sesebuah keluarga. Jika keluarga dicorakkan dengan acuan kehidupan ala barat, maka begitulah jadinya. Tetapi jika suami mempunyai kesedaran roh Islam, sudah pasti akan terdidiklah ahli keluarga mereka dengan syariat Islam yang sebenar. Anak-anak yang tabiinya berkeadaan suci bersih maka ditangan ibu bapalah yang mencorakkan kehidupan anak mereka. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, "Tiap-tiap anak dilahirkan berkeadaan fitrah (suci bersih), maka kedua-dua ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi"(Riwayat Bukhari)

Ketenangan dalam rumahtangga tidak akan wujud tanpa berusaha ke arahnya. Seorang suami yang mempunyai kuasa mutlak dalam keluarga seharusnya lebih bertolak ansur dan memahami keadaan isterinya dalam menempuh arus kehidupan dalam zaman yang serba moden ini. Tekanan kerja dan kos kehidupan yang semakin mencabar bukanlah alasan untuk mengabaikan tanggungjawab dan layanan kepada pasangan. Perubahan seperti inilah yang memenuhi maksud hijrah dalam konteks suami masa kini. Oleh itu, si suami harus lebih memahami isterinya, bertolak ansur, sentiasa kasih mengasihi, memperbanyakkan sabar, tabah di dalam menghadapi gelora rumahtangga dan menjadikan sikap suka bermaaf-maafan sebagai satu amalan. Dengan itu, segala masalah yang timbul dapat diatasi dengan aman dan keharmonian rumahtangga terus terpelihara.


Artikel Berkaitan:
» Melaksanakan Hak Masing-masing Dengan Sempurna
» Jadikan Ugama Sebagai Panduan Dan Cara Hidup
» Jadikan Rumah Sebagai Syurga
» Suami Corakkan Kehidupan Keluarga
» Isteri Berkongsi Peranan Membantu Suami

[]

No comments: