...seandainya ibubapamu marah padamu kerana kesilapan yang dilakukan olehmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman....

Monday, November 9, 2009

Beginilah Cerita Sukan Bolasepak Malaysia

AHAD, 8 NOVEMBER, 2009
PIALA MALAYSIA: Kelantan Vs Negeri Sembilan

Demam Piala Malaysia yang melanda Kelantan dan Negeri Sembilan berakhirlah sudah. Sangat mengujakan sebab sehari sebelum perlawanan semua tiket telah habis dijual untuk menyaksikan Pertandingan Akhir Piala Malaysia. Wira Merah Kijang telah menunggu selama 40 tahun manakala Hoben Jang Hoben pula telah menunggu selama 61 tahun untuk menjejaki kaki ke Pertandingan Akhir Piala Malaysia.

Saya tak ketinggalan mengikuti perkembangan Bola Sepak Malaysia yang selalu diselubungi kontroversi walau pestasinya gitu-gitu sahaja berbanding prestasi bolasepak negara-negara jiran. Memang penyokong Kelantan yang terkenal dengan panas baran tidak dapat mengawal perasaan bila tewas 3-1 di tangan Negeri Sembilan.

Tahniah saya ucapkan kepada skuad Rusa "Hoben Jang Hoben" kerana berjaya membenamkan Kijang "The Red Warriors" 3-1 hasil jaringan Shahurain Abu Samah pada minit ke-18, Hairuddin Omar seminit selepas rehat dan Mohd. Zaquan Adha Abd. Radzak pada minit ke-59,. Manakala jaringan tunggal Si Kijang dilakukan oleh Indra Putra Mahayuddin pada minit ke-93.




=========================================================================================
PADA TEMAN-TEMAN BLOGGERS YANG MELAWAT BLOG INI, SILALAH TINGGALKAN SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR SAYA JUGA BOLEH MELAWAT BLOG KALIAN PULA…
[]

1 comment:

warranty brooch said...

yeayyyyy NS menag besar malam tuh...