...seandainya ibubapamu marah padamu kerana kesilapan yang dilakukan olehmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman....

Wednesday, November 25, 2009

MEMBENTUK KELUARGA CEMERLANG 5: isteri berkongsi peranan membantu suami 'mengukir matlamat' rumahtangga

Isteri pintar pasti menyalurkan kepakarannya, berkongsi peranan dalam membantu suami mencapai matlamat rumahtangga yang dibina.

Isteri sebenarnya memiliki kelebihan dan potensi yang tiada pada suami. Kelembutan, penyayang dan penyabar merupakan ciri terpenting dalam mendidik anak-anak dan pasangan hidup yang sempurna. Oleh itu, isteri mesti memainkan peranan membina keluarga cemerlang dengan tidak meletakkan tanggungjawab sepenuhnya kepada suami. Maka sewajarnyalah si isteri berubah dan berhijrah menjadi isteri yang solehah, berperanan secara aktif dan optimis serta bersama-sama berganding bahu membina keluarga Islam yang sebenarnya.

Sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Nasai bermaksud, "Sebaik-baik isteri ialah menggembirakan suami apabila dilihat, apabila suami memerintah dia patuh dan apabila suami tidak ada di sisinya dia menjaga kehormatan dirinya dan harta kepunyaan suaminya".

Isteri tidak perlu keliru sebab Islam telah memberi garis panduan yang jelas tentang ketaatan isteri kepada suaminya. Ketaatan isteri sebenarnya bukan pada perkara-perkara yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam iaitu al-Quran dan Sunnah.

Jika suasana rumahtangga mulai hambar, suami isteri perlu mengimbas kembali keindahan rumahtangga yang pernah mereka kecapi di awal perkahwinan. Jika suami isteri mula merasai ada unsur-unsur kebosanan dalam keluarga, masing-masing perlu segera memainkan peranan untuk membaikinya. Sebab keluarga cemerlang itu berasaskan kebahagiaan hubungan suami isteri itu sendiri.

Artikel Berkaitan:
» Melaksanakan Hak Masing-masing Dengan Sempurna
» Jadikan Ugama Sebagai Panduan Dan Cara Hidup
» Jadikan Rumah Sebagai Syurga
» Suami Corakkan Kehidupan Keluarga
» Isteri Berkongsi Peranan Membantu Suami

[]

2 comments:

Ahmad Zulfadhli Zulkefli said...

bukan isteri jer, suami pun harus same2 membantu isteri especially d hari cuti minggu dan laen2 cuti. bantu isteri kemas rumah, memasak dan sebagainya..barulah romatis.. hehe.. =)

jiwafaham said...

Benar yang dikatakan Putra Al-Maliki. Itulah yang dimaksudkan "tanggungjawab dan layanan kepada pasangan" dalam entri Membentuk Keluarga Cemerlang 4.