...seandainya ibubapamu marah padamu kerana kesilapan yang dilakukan olehmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman....

Thursday, November 19, 2009

happy birthday to my evergreen buddy!

Esok, Jumaat 20 November 2009 - hari lahir ayahanda tercinta
(Mohamad Azaludin Abdul Aziz)

Ayahku sayang,
selamat hari lahir yang ke-48 tahun.
sudah banyak umur ayah.
Dikno lihat ketenangan di wajah ayah, walaupun di hati ayah begitu risau memikirkan tentang kehidupan Dikno.
hmmm... Dikno dah cakap kat ayah.
ayah jangan risau dengan Dikno, sebab Dikno praktikkan apa ayah hendak.
ayah diam, mengangguk dan mengerti, namun Dikno tahu, ayah masih meneropong dari jauh.
6th sense nya berfungsi dgn cemerlang, tahu aje apa yang tersimpan di hati Dikno.
dan sekiranya Dikno hampir rebah, ayah melebarkan sayapnya dan menghulurkan tangan.
ayah bukan membantu menyelesaikan tetapi menunjukkan jalan.
supaya Dikno terus bangkit dan meneruskan larian.

ayah,
Dikno sayang ayah.
Dikno doakan ayah terus diberikan kesihatan yang baik.
ayah terus menikmati kehidupan makmur.
ayah terus menikmati kebahagiaan.
Dikno doakan segala2nya yang terbaik untuk ayah.

ayah,
Dikno sayang ayah.
Dikno ada seorang ayah sahaja, iaitu ayah.
ayah jangan lupa istirehat.
ayah jangan leka ketika memandu.
Dikno sentiasa menyayangi ayah.

ayah,
maafkan Dikno.
terkadang Dikno berdegil.
tak mahu menerima pendapat ayah.
bila bercanggahan pendapat, Dikno cakap pada ayah, "yes, my old man!, aye aye chief, whatever, my evergreen buddy!"
tapi itulah, bak kata mama, ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.
huhuhu.... kata ayah pula, kedegilan Dikno membawa kepada kejayaan,
jadi teruskan sikap itu!

ayah,
Dikno berjanji.
akan melaksanakan yang terbaik dalam hidup ini.
terima kasih ayah.
siapalah Dikno, tanpa kasih dan sayang darimu, ayah.

Ilham rasa: Dikno

No comments: