...seandainya ibubapamu marah padamu kerana kesilapan yang dilakukan olehmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman....

Tuesday, June 17, 2008

LANGKAWI catatan perjalanan 1


Semalam anak saya bertanya ayah kata hari tu nak publish trip kita ke Langkawi dalam blog ayah. Dah siap ke ayah?

Alamak… saya lupa habis tentang hal ni. Belum la sayang.. tak apa, siap nanti kita tengok sama-sama. Lepas tu bolehlah Dikno ajak kawan-kawan tengok..’ Ini saja yang dapat saya lakukan…buat janji pada anak kesayangan saya.

Catatan perjalanan dah ramai orang buat.. bermacam-macam gaya presentation dipapar di pelbagai blog rasmi dan peribadi. Saya juga apa kurangnya.. mahir menulis maka mampulah melahirkan hasil tulisan dengan gaya saya yang tersendiri… hehehe:

Apa rahsia Langkawi ?
Menurut mantan perdana menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohamad “kata doktor, bila saya mai Langkawi, darah tinggi saya turun rendah. Jadi, inilah ubat yang mustajab untuk saya jadi cermat, tenang dan sabar”.

Tengoklah Saya dan isteri ke Langkawi ini pun nak juga rasa ubat yang mustajab itu selain menemani anak mengisi masa cuti sekolahnya!

Setahu saya pula, pulau legenda itu yang dulunya hanya perkampungan nelayan mundur, menjadi pulau pelancongan bertaraf antarabangsa yang gah di serata dunia. Status bebas cukai yang diperoleh pada 1987, mendorong ekonomi di pulau itu bergerak pantas, sekali gus membolehkan penduduk menikmati pembangunan yang sangat terancang itu.


Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) sebagai badan pelaksana, memulakan operasi pada April 1990 bertanggungjawab membangunkan Langkawi dalam tempoh 20 tahun. Kini, berbaki dua tahun lagi, Lada berjaya menjalankan fungsinya melakar Langkawi sebagai Bandar Raya Pelancongan di peta dunia.

Sebenarnya LANGKAWI BERMAKSUD HELANG COKLAT. LANG ialah panggilan rengkas burung helang oleh orang Melayu, manakala KAWI adalah warna coklat menurut istilah Melayu kuno. Itulah asalnya nama Pulau Langkawi di Negeri Kedah.

1 comment:

frossonice said...

Ayah pernah ceritakan bagaimana beliau sempat mengunjungi Pulau Langkawi sekitar penghujung tahun 60an dulu. Untuk sampai kesana perlu naik bot (feri) selama hampir 2 jam dengan ombak yang tinggi. Pastinya akan muntah walaupun diberi sireh jampi oleh rakannya.

Setibanya di Kuah, tiada apa yang istimewa melainkan deretan kedai papan usang yang sudah lama. Paling pelik ceritanya lagi, hampir kesemua orang Langkawi ketika itu berpakaian warna biru, dari baju, seluar, kain hingga ke pakaian dalam! Entah kenapa begitu, beliau sendiri tidak pernah tahu.

Sudah 3 kali saya ke Langkawi, sungguh menyenangkan. Bukan kerana barang-barang murahnya tapi kerana pantai dan suasana yang mendamaikan. Pasti akan pergi lagi bila ada rezeki nanti.