...seandainya ibubapamu marah padamu kerana kesilapan yang dilakukan olehmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman....

Monday, December 5, 2011

SELAMAT HARI LAHIR (UNTUK JAMILAH SAHABATKU)

Untuk sahabatku ..
Semoga hari-hari yang dilalui terindah buatmu
didoakan panjang umur lagi dirahmati
murah rezki lagi diberkati
tabahlah mengharungi segala ujian yang Allah beri..

Aku doakan untukmu
agar detik-detik waktu yang berlalu
itu kebahagiaan yang tak hilang.
Moga bila bertambah usiamu akan
bertambah iman di dadamu

Selamat Hari Lahir..
jelmakan dirimu permata hati jauhari
cahaya gemerlapan pada insan di sisi
kemilaukan senja dengan keindahan
maghrib membawa ke sepertiga malam
kulihat dirimu seorang hamba mengabdi
bersyukur berzikir basah di bibir
redha dengan ketentuan takdir
jadilah dirimu sendiri
akhlakmu sunnah nabi

Selamat Hari Lahir..
ikhlas dari hatiku sahabatmu
syukur padaNya atas setiap kebaikanmu dan
tahniah atas kebesaran jiwa yang kau hamparkan
moga Allah memberi ganjaran
syukurku pada Allah atas ikatan silatulrahim ini
harapku ukhwah akan berkekalan

Selamat Hari Lahir sahabatku
moga bahagia selalu dalam rahmat Ilahi
di dunia pinjaman ini dan akhirat yang abadi..
Allahumma Ameen..

1 comment:

Anonymous said...

Terima kasih kerana puitis sungguh puisimu Azal. Moga persahabatan kita kekal hingga ke akhir hayat. Ikatan silaturrahim ini berpanjangan hendaknya..insyaAllah

Drpd Jamilah.