...seandainya ibubapamu marah padamu kerana kesilapan yang dilakukan olehmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman....

Monday, December 19, 2011

INGIN TAHU KESAN RUKUN ISLAM?

[Bersama sahabat saya Tuan Hj Rosdin bin Kasim, Tuan Pengetua SM Simpang Gelami ]

Setiap RUKUN disebut kesannya kepada mukmin.

SYAHADAH: "Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." (Surah Ali ‘Imran : 18)

“Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya).” (Surah Al Hujurat : 15)

Syahadah yang sebenarnya meliputi pengertian ikrar, sumpah dan janji. maka beberapa hasil akan dirasakan seperti keberanian, ketenangan dan optimis menjalani kehidupan. Kemudian Allah akan memberikan kebahagiaan kepada kita di dunia dan akhirat

SOLAT: "Sesungguhnya solat itu mencegah fahsa’ dan mungkar " (Surah al-Ankabut: 45)
Kesan solat itu mencegah mungkar.

PUASA: "Diwajibkan ke atas kamu puasa seperti ummat-ummat terdahulu moga-moga kamu bertaqwa " ( Al-baqarah, ayat 183 )
Puasa itu menjadikan manusia lebih takut dalam perintah Allah.

ZAKAT: "Ambillah zakat daripada harta mereka untuk membersihkan harta tersebut " (At-Taubah : 103)
Zakat itu menjadikan harta lebih berkat.

HAJI: Apa yang disebut oleh Allah?

"Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan Ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh. Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari Yang tertentu" (Al-Hajj : 27)

Kesan Syahadah dirasakan ketika melafaskan kalimah itu, kesan solat mungkin boleh dilihat beberapa minit selepas menunaikan solat. Manakala kesan puasa mungkin boleh dilihat beberapa hari selepas Ramadhan berakhir. Bagaimana pula kesan haji?

Kesan haji memang boleh dilihat bermula dari rumah ketika hendak memulakan musafir sebagai Tetamu Allah sehingga bercerai nyawa dari jasad: Makna haji bukan sekadar menjalankan serangkaian ibadah di Makkah dan Madinah, namun lebih jauh ibadah tersebut akan kelihatan sempurna setelah pulang dari Makkah. Kemabruran haji dapat dilihat adanya perubahan sikap dan perilaku, bila menjadi lebih baik dan khusyuk menjaga kebaikan. Dengan demikian, cita-cita dan tujuan haji, iaitu meraih Haji Mabrur tercapai, namun jika sebaliknya, maka yang bersangkutan harus kembali menelaah dirinya, serta mengingat kembali tujuan ibadahnya... Jika tidak dapat dilihat maka seperti ADA YANG TIDAK KENA.. begitulah RAHSIA RUKUN ISLAM ini...



PERKARA SAHIH LAGI BENAR PERLU DIKETAHUI: Mengapa ada kalangan umat Islam murtad? Jawapannya mudah sahaja: Insan berkenaan hanya melafazkan ikrar, sumpah dan janji palsu. Ia bermuka dua. Ia tidak layak untuk bercampur-gaul dengan Umat Islam. Ia perlu disingkirkan kerana mengundang kemurkaan Allah SWT.


[]


No comments: