...seandainya ibubapamu marah padamu kerana kesilapan yang dilakukan olehmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman....

Thursday, December 8, 2011

RAHSIAKU BERTAMU DI KOTA MADINAH


Apabila menyebut mengenai Madinah, Rasulullah SAW tidak menyebutnya melainkan penuh kebaikan yang ada padanya, antara hadis yang dinukilkan ialah, "Sesungguhnya iman akan kembali ke Madinah sebagaimana ular pulang ke sarangnya" (Sahih Bukhari 1/615, hadits no 1777). Selain itu, sabdanya, "Madinah umpama pembersih karat pada besi" (Sahih Bukhari 1/617 hadits no 1784).

Keistimewaan Madinah al-Munawwarah yang menyamai Makkah dalam aspek kecintaan dan ketinggian kemuliaannya menjadikan ia teguh dalam hati para Muslimin, sebagaimana terkandung dalam empat hadits Rasulullah saw berikut ini, yang bermaksud:

1. "Pahala sembahyang di masjidku ini adalah seribu kali lebih baik daripada sembahyang di lain-lain masjid kecuali Masjidil Haram" (Sahih Bukhari dan Muslim)

2. "Sesiapa bersolat 40 waktu solat di masjidku secara berterusan tanpa meninggalkan satu solat pun, maka ditulis untuknya keselamatan daripada api neraka, keselamatan daripada azabnya dan terlepas dari bahaya nifaq." (SahihSunan at-Tarmizi)

3. "Mana-mana individu umatku yang bersabar menanggung kesusahan dan kepayahan di Madinah, aku akan memberi syafaat kepadanya di Hari Kiamat atau aku menjadi saksi kepadanya " (Riwayat Muslim)

4. "Sesiapa yang mampu untuk mati di Madinah hendaklah dilakukannya, sesungguhnya aku akan memberi syafaat kepada mereka yang mati di Madinah"(Riwayat Ahmad, Tarmizi dan ibnu Majah)

Begitulah, saya datang bermusafir untuk mengambil berkat dan kelebihan manfaat kota Madinah ketika berangkat untuk menunaikan haji ke kota Makkah. Dan apabila pulang ke tempat asal saya membawa bersama keberkatan Madinah ini di kampung kami. InsyaAllah.

No comments: