...seandainya ibubapamu marah padamu kerana kesilapan yang dilakukan olehmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman....

Tuesday, April 13, 2010

Pusaka Rasulullah - 4 Tahap Mendidik Anak

Rasulullah SAW menggariskan empat tahap mendidik anak, iaitu:

Anak baru lahir - 6 tahun (mumayyiz)- banyaklah bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang.

Anak umur 7 - 14 tahun (baligh) - didiklah mereka dengan arahan, disiplin dan beri tanggungjawab.

Anak umur 15 - 21 tahun (dewasa) - Didiklah dengan cara berkawan, berrtukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi tidak bertentangan dengan syariat.

Anak berumur lebih 21 tahun - Beri mereka kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat. Kita hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar setiap tindakan mereka terkawal.


Anak-anak adalah zuriat yang akan mewarisi kehidupan ibu-bapa di dunia fana ini meliputi harta, maruah dan nama yang ditinggalkan. Anak yang berjaya dan cemerlang berjaya menangani tanggung-jawab memelihara maruah dan nama baik ibu-bapanya manakala anak yang sebaliknya mencemar nama maruah ibu-bapanya. Sehubungan itu ibu-bapa wajib berusaha segenap perhatian agar dapat melahirkan anak-anak yang berjaya dan cemerlang.

Sabda Rasulullah SAW
anak yang soleh akan mampu memberi syafaat terhadap 10 orang ahli keluarganya


[]

Saturday, April 3, 2010

Sangat bahagia memiliki kawan sepermainan = kawan seangkatan..

Sabtu senja.. lepas solat Maghrib saya pergi kedai barang-barang runcit di Taman Irama.. beli barang keperluan. Isteri order buah petola untuk buat sayur makan malam, jagung makan ayam untuk dua ekor ayam kampung kacuk denak yang diberi oleh Mak Itam Ani dari Teriang Hilir, sabun basuh untuk basuh pakaian kotor semalam dan hari ini dalam musafir 2 hari ini.. lagi apa ya? Biskut Azan... minum teh nanti sedap cicah roti azan...

Sedang asyik memilih barang-barang itu tiba-tiba mata terpaku... terpandang seorang yang asyik memerhatikan saya dengan senyum simpulnya...

Hehehe.. alamak! Johari Jaafar! Maaflah tak perasan tadi.. ia la dalam usia yang meningkat ini mata agak kabur.. Allah! kau rupanya

Kami bersalaman dan terus berpelukan. Tokeh kedai yang duduk di kaunter bayaran teruja melihat kami.. "Tentu lama tak jumpa ni..."

"Haah memang dah lama sangat tak jumpa", saya membalas pantas.

"Ini la kawan lama sepermainan saya.. sejak dari darjah 1 tahun 1967 hingga tingkatan 5 tahun 1977", Johari pula meningkah.

Sepontan kami pun bertukar cerita. Bila bercerita tentang anak, anaknya kini sedang belajar di kolej kejururawatan di Kota Damansara.. saya pun katalah padanya, "dua tahun lagi kau akan menuai hasil.. tahniah la"

[]

Thursday, April 1, 2010

helang pula membawa amaran...


click to create your own

MENGENAL HAKIKAT HIDUP DUNIA

Akui dan kenali hakikatnya yang sebenar: kehidupan ini bukanlah sebuah syurga yang penuh nikmat, bukan juga satu tempat yang kekal abadi.. tetapi sesungguhnya kehidupan ini adalah tempat ujian dan taklif (tuntutan).

Manusia diciptakan di dunia hanya sementara bagi menyediakan persiapan untuk kehidupan kekal abadi di akhirat. Bila ia kenal kehidupan ini.. ia tak akan melatah dan terkejut oleh sebarang bencana yang menimpa.

Sebaliknya jika melihat kehidupan dunia ini suatu tempat dipenuhi bunga-bungaan dan udara nyaman.. bila ia ditimpa sedikit kesusahan dan penderitaan hidup ia akan merasa begitu kelam dan amat sukar untuk meneruskan hidup sebab perkara begitu tak pernah dijangka berlaku dalam kehidupannya.

Al-Quran menunjukkan kehidupan manusia di dunia dipenuhi kepayahan dan kesusahan..
(Al-Balad): Sesungguhnya Kami telah ciptakan manusia sentiasa dalam keadaan menghadapi kesuitan dan kesukaran (jasmani dan rohani)

(Ali-Imran:140): Jika kamu (dalam perang Uhud) mendapat luka (tercedera) maka sesungguhnya kaum (musyrik yang menceroboh kamu) itu telah (tercedera juga dan) mendapat luka yang sama (dalam perang Badar). Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan dan kekalahan). Kami gilirkan dia antara sesama manusia.

Menurut Saidina Ali bin Abi Talib RA: "Apa yang boleh aku sifatkan kepadamu tentang dunia yang dimulakan dengan tangisan, di tengah-tengahnya dengan kepayahan dan di akhirnya oleh kebinasaan"

[]