...seandainya ibubapamu marah padamu kerana kesilapan yang dilakukan olehmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman....

Saturday, April 3, 2010

Sangat bahagia memiliki kawan sepermainan = kawan seangkatan..

Sabtu senja.. lepas solat Maghrib saya pergi kedai barang-barang runcit di Taman Irama.. beli barang keperluan. Isteri order buah petola untuk buat sayur makan malam, jagung makan ayam untuk dua ekor ayam kampung kacuk denak yang diberi oleh Mak Itam Ani dari Teriang Hilir, sabun basuh untuk basuh pakaian kotor semalam dan hari ini dalam musafir 2 hari ini.. lagi apa ya? Biskut Azan... minum teh nanti sedap cicah roti azan...

Sedang asyik memilih barang-barang itu tiba-tiba mata terpaku... terpandang seorang yang asyik memerhatikan saya dengan senyum simpulnya...

Hehehe.. alamak! Johari Jaafar! Maaflah tak perasan tadi.. ia la dalam usia yang meningkat ini mata agak kabur.. Allah! kau rupanya

Kami bersalaman dan terus berpelukan. Tokeh kedai yang duduk di kaunter bayaran teruja melihat kami.. "Tentu lama tak jumpa ni..."

"Haah memang dah lama sangat tak jumpa", saya membalas pantas.

"Ini la kawan lama sepermainan saya.. sejak dari darjah 1 tahun 1967 hingga tingkatan 5 tahun 1977", Johari pula meningkah.

Sepontan kami pun bertukar cerita. Bila bercerita tentang anak, anaknya kini sedang belajar di kolej kejururawatan di Kota Damansara.. saya pun katalah padanya, "dua tahun lagi kau akan menuai hasil.. tahniah la"

[]

No comments: