...seandainya ibubapamu marah padamu kerana kesilapan yang dilakukan olehmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman....

Thursday, April 1, 2010

helang pula membawa amaran...


click to create your own

MENGENAL HAKIKAT HIDUP DUNIA

Akui dan kenali hakikatnya yang sebenar: kehidupan ini bukanlah sebuah syurga yang penuh nikmat, bukan juga satu tempat yang kekal abadi.. tetapi sesungguhnya kehidupan ini adalah tempat ujian dan taklif (tuntutan).

Manusia diciptakan di dunia hanya sementara bagi menyediakan persiapan untuk kehidupan kekal abadi di akhirat. Bila ia kenal kehidupan ini.. ia tak akan melatah dan terkejut oleh sebarang bencana yang menimpa.

Sebaliknya jika melihat kehidupan dunia ini suatu tempat dipenuhi bunga-bungaan dan udara nyaman.. bila ia ditimpa sedikit kesusahan dan penderitaan hidup ia akan merasa begitu kelam dan amat sukar untuk meneruskan hidup sebab perkara begitu tak pernah dijangka berlaku dalam kehidupannya.

Al-Quran menunjukkan kehidupan manusia di dunia dipenuhi kepayahan dan kesusahan..
(Al-Balad): Sesungguhnya Kami telah ciptakan manusia sentiasa dalam keadaan menghadapi kesuitan dan kesukaran (jasmani dan rohani)

(Ali-Imran:140): Jika kamu (dalam perang Uhud) mendapat luka (tercedera) maka sesungguhnya kaum (musyrik yang menceroboh kamu) itu telah (tercedera juga dan) mendapat luka yang sama (dalam perang Badar). Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan dan kekalahan). Kami gilirkan dia antara sesama manusia.

Menurut Saidina Ali bin Abi Talib RA: "Apa yang boleh aku sifatkan kepadamu tentang dunia yang dimulakan dengan tangisan, di tengah-tengahnya dengan kepayahan dan di akhirnya oleh kebinasaan"

[]

No comments: