...seandainya ibubapamu marah padamu kerana kesilapan yang dilakukan olehmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman....

Sunday, March 28, 2010

Burung pun bawa berita..


click to create your own



Hadis Nabi: Mengutamakan yang senang

Ugama Islam dibawa Nabi Muhammad SAW adalah ajaran yang mudah difaham dan senang dikerjakan. Hal begini menggalakkan orang ramai menerima agama ini. Rasulullah SAW selalu mengingatkan sahabat-sahabatnya yang ditugaskan mengajar agama di sesuatu tempat supaya memberi pengajaran-pengajaran dengan cara yang senang dan mudah terutama pada orang yang baru menerima Islam.

Hadis ini dengan jelas menyeru pada pendidik dan penyebar agama supaya menyampaikan pengajaran dan seruan mereka dengan memilih jalan yang senang dan yang membawa kegembiraan.

[]

Tidak Aku Jadikan Jin dan Manusia Melainkan Untuk Menyembah Aku - Az-Zariyat:56

Ayat tersebut memaklumkan TUJUAN UTAMA MANUSIA DILAHIRKAN DI MUKA BUMI INI ADALAH UNTUK BERIBADAT KEPADA ALLAH S.W.T. SEMATA-MATA. Itulah matlamat hidup setiap insan di dunia ini.

IBADAT mempunyai ruang lingkupnya yang amat luas merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia. Secara ringkas ianya ialah tingkah laku, sama ada perbuatan, perkataan dan gerak hati (niat) yang baik, disukai dan diredhai oleh Allah S.W.T.

Ini sangat bertepatan dengan sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:
Islam itu dibina di atas lima asas iaitu syahadah bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Nabi Muhammad S.A.W. itu pesuruh Allah. Kedua ialah mendirikan sembahyang fardhu lima waktu. Ketiga ialah berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan. Keempat ialah membayar zakat dan kelima ialah menunaikan fardhu haji ke Mekah bagi orang yang berkuasa.

Rukun Islam yang lima wajib diketahui dan dipatuhi serta diamalkan oleh setiap orang yang mengaku dirinya seorang Islam. TIDAK SEMPURNA KEISLAMAN SESEORANG ITU SELAGI RUKUN-RUKUN YANG LIMA ITU DIABAIKAN DALAM HIDUPNYA.

Diriwayatkan Rasulullah S.A.W mengambil masa selama 12 tahun untuk memantapkan sahadah (tauhid,aqidah) para sahabat. Sedang para sahabat Rasulullah S.A.W. mengambil masa 12 tahun memantapkan akidah mereka, apa lagi kita sebagai Muslimin Akhir Zaman, perlu masa lebih dari itu. Jika tidak mengapa sekarang isu MURTAD timbul dan mula memercik dan menyalakan api maraknya di kalangan masyarakt Islam.

Untuk entri akan datang saya akan bawakan isu MURTAD..
[]

Tuesday, March 23, 2010

ERTI SAHABAT SEJATI..

Hari ini terima sms dari sahabat lama.. terharu dan gembira sekali saya menerimanya:

Safian Rashid: Salam. Apa khabar.

Saya: Baik. Lama tak dengar berita.. Aku ada dalam ingatan kau lagi rupanya..

Safian Rashid: Ada. Macam biasa. Kau apa khabar? Apa citer terbaru

Saya: Sihat dan tambah gemuk. Itu je. Happy SMS aku kau balas. Heh apa perasaan kau kalau SMS kau hantar tak de respons?

Safian Rashid: X seronok hehe. Insya Allah sms kau tetap aku balas

Saya: Berkala la.. 1 bulan atau 2 bulan sekali, boleh?

Safian Rashid: Boleh. Tiap hari pun ok. Seminggu 2x pun ok. Lebih pun ok

Saya: Memang tak ada sapa boleh ganti kau.. sejati sebagai kawan aku sejak 1977-2010. Terima kasih

Safian Rashid: Terima kasih. Kau pun sama. Kenangan suka duka sama kau takkan lupa hingga akhir hayatku

Saya: OK...

Safian ini sahabat yang saya kenali sejak kami sama-sama menuntut ilmu dalam tingkatan 4 di Sekolah Menengah Bandar Tinggi, Kuala Klawang, Jelebu Negeri Sembilan.

Dia berasal dari Kampung Kuala Pah Peradong dan saya pula dari Kampung Seperi Kuala Klawang.

Waktu sama-sama belajar kami berdua sentiasa bersaing merebut tempat terbaik dalam kelas dan dalam tingkatan. Dia sangat hebat dalam subjek Sejarah manakala saya pula hebat dalam subjek Geografi.

Keputusan SPM membuka ruang untuk kami belajar di Seremban.. seterusnya dia berjaya menjejak kaki di USM dan UKM manakala saya mengorak langkah di ITM dan seterusnya di UPM

Demikianlah kami berdua menjalin ikatan persahabatan sepanjang Januari 1977-2010 (kini)

Monday, March 22, 2010

ASYIK


Fiqah nyanyi lagu Lady Gaga.. Acai dah lapar ya.. DikNoo pun ada, nak ikut juga ya.. Zeyrol pun tak mahu ketinggalan




ASYIK i

Seluruh tubuhku adalah derita
Sebab engkau mataku senantiasa bening tanpa sinar
Cekung dan layu
Fanalah tubuhku
hanya engkau tunggal semesta

Tak ada bekasku lagi
Apakah rindu dendamku ini
Jisimku telah hilang
Asyikku terkumpul ke dalamnya
Siapa merindumu lagi?

Sejak kurasa
Dalam hatiku api cinta menyala
terpandang syurga adalah suatu nista
Kalau syurga yang aku pandang
Engkau pun hilang
Bertukarlah syurga jadi neraka.






ASYIK ii

Karamlah aku dalam rindu
mencari engkau, mendekati kamu
dan telah tenggelam pula
kasih pertama
kasih kedua
kasih ketiga
kasih keempat
kasih kelima
kasih keenam
kasih ketujuh..

Kalau kukatakan bibirmu
itulah ibarat dari bibir pantai lautan
yang luas tidak tentu tepinya
dan jika aku katakan TIADA
tujuku ialah KAMU

Mari ke mari
Sebab engkau tidak akan mendapat insan laksana aku
Mana kecintaan sebagai aku, dalam hidup ini
Mari ke mari
Jangan kau habis umurmu dalam ragu-ragu

Engkau adalah lembah yang kering. Akulah hujan
Engkau adalah kota yang telah runtuh. Akulah pembangunan

Kalau tidak ada keikhlasan kamu atas aku
tidaklah kita akan merasa bahagia
keikhlasan adalah mutlak ibunya kebahagiaan
INILAH YANG SAMA-SAMA KITA NANTIKAN...

Friday, March 19, 2010

Bila Anakanda Di Guangzhou, Shenzhen dan Hong Kong


Wahai anakanda buah hati ayah
kepada engkaulah ayahanda merindu
jiwa ayahanda adalah dalam dirimu

Wajahmu anakanda adalah laksana bulan purnama
sinarnya menerangi kegelapan alam malam
keinginan hendak menjumpai mu tetap ada dalam hatiku
dan aku kau tinggalkan seorang

Tetapi jika engkau dengan aku
bondamu meradang
kerana ayah dan anakanda
adalah sempurna sebuah kehidupan.


NOTA: Puisi ini dicipta sewaktu anakanda berada di Negara China menghabiskan cuti penggal persekolahan selama seminggu. Saya di rumah sangat-sangat merindui andakanda tersayang...