...seandainya ibubapamu marah padamu kerana kesilapan yang dilakukan olehmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman....

Showing posts with label Seni. Show all posts
Showing posts with label Seni. Show all posts

Thursday, July 22, 2010

AKU MENJADI TAMBAH BERILMU

Hari ini
kau berpersalinan kuning
dan persalinanku kelabu.

sayang
hanya aku tahu
sukmamu tidak setulus sukmaku
yang berpersalinan kelabu.

Waktu begini
sebatang pena aku tidak risau,
seuntai kata senang aku fahami.

Sukma dan jiwa bimbingku
aku menjadi tambah berilmu.

~~~~~~~~~~~~~~oooOO000OOooo~~~~~~~~~~~~~~

Mohamad Al Aziz: Sajak pertama saya bulan May 2010 =)
Jamilah Abd Jabar: Wah Azal...puitis sekali...saya berpersalinan apa ye?
Mohamad Al Aziz: Jamilah, persalinan awak unggu kot. Seperti flamboyan yang mula menguntum meriahkan suasana alam.. hehehehe
Safian Pyan: ADui..puitis sangatlah tu..
Mohamad Al Aziz: Semakin usia mengapai senja.. jiwa emas makin perasa, untaian kata-kata makin puitis. Pyan ni..kura-kura dalam perahu pula =)
Safian Pyan: Sepanjang perjalanan ini
Lembah dan lurah ku lewati
Ketenangan yang abadi
apakah sudah ditemui.....
Mohamad Al Aziz Yang sudah ditemui:
bukan kerna intan permata
kerna budi bahasa.....

Monday, March 22, 2010

ASYIK


Fiqah nyanyi lagu Lady Gaga.. Acai dah lapar ya.. DikNoo pun ada, nak ikut juga ya.. Zeyrol pun tak mahu ketinggalan




ASYIK i

Seluruh tubuhku adalah derita
Sebab engkau mataku senantiasa bening tanpa sinar
Cekung dan layu
Fanalah tubuhku
hanya engkau tunggal semesta

Tak ada bekasku lagi
Apakah rindu dendamku ini
Jisimku telah hilang
Asyikku terkumpul ke dalamnya
Siapa merindumu lagi?

Sejak kurasa
Dalam hatiku api cinta menyala
terpandang syurga adalah suatu nista
Kalau syurga yang aku pandang
Engkau pun hilang
Bertukarlah syurga jadi neraka.






ASYIK ii

Karamlah aku dalam rindu
mencari engkau, mendekati kamu
dan telah tenggelam pula
kasih pertama
kasih kedua
kasih ketiga
kasih keempat
kasih kelima
kasih keenam
kasih ketujuh..

Kalau kukatakan bibirmu
itulah ibarat dari bibir pantai lautan
yang luas tidak tentu tepinya
dan jika aku katakan TIADA
tujuku ialah KAMU

Mari ke mari
Sebab engkau tidak akan mendapat insan laksana aku
Mana kecintaan sebagai aku, dalam hidup ini
Mari ke mari
Jangan kau habis umurmu dalam ragu-ragu

Engkau adalah lembah yang kering. Akulah hujan
Engkau adalah kota yang telah runtuh. Akulah pembangunan

Kalau tidak ada keikhlasan kamu atas aku
tidaklah kita akan merasa bahagia
keikhlasan adalah mutlak ibunya kebahagiaan
INILAH YANG SAMA-SAMA KITA NANTIKAN...

Friday, January 15, 2010

Rotten Tomatoes' 11th Annual Golden Tomato Awards

Take a look at Rotten Tomatoes' 11th Annual Golden Tomato Awards, which honors the best-reviewed movies of 2009. From the biggest Hollywood hits to the most provocative indies, Rotten Tomatoes honors the films that made critics sing their praises - and probably inspired you as well.

It was a huge year for blockbusters, with Avatar, the rebooted Star Trek, and Up thrilling audiences and critics alike. And as usual, the year saw an exceptional crop of documentaries, independents, and foreign gems, including An Education and Anvil! The Story of Anvil. Which films will take home a coveted Golden Tomato Award? Where do your favorites rank?

Here's how the Tomato Awards work:
• Limited releases are defined as opening in 500 or less theaters at initial release. Platform releases, movies initially released under 500 theaters but later receiving wider distribution, fall under this definition.

• Foreign releases are defined as non-English language films.

• Each critic from our discrete list gets one vote, all weighted equally.

Category:

• Wide Release
• Limited Release
• Top UK
• Top AU
• Moldy
• User Genres
• Action/Adventure
• Animation
• Comedy
• Documentary
• Drama
• Foreign
• Horror
• Kids/Family
• Musical
• Romance
• Sci-Fi/Fantasy
• Thriller

Past GTAs
• 2008, 2007, 2006, 2005, 2004, 2003, 2002, 2001, 2000

[]

Tuesday, November 17, 2009

2012 palagait dari Kisah Nabi..

Setelah melangkah ke cineplax bersama isteri dan anakanda tersayang, lalu menghabiskan masa kurang-lebih sejam pada malam Sabtu 14/11/2009, terbongkarlah status filem 2012 itu.

Kalau melihat gah kota perfileman Holywood maka brand dari sana tentu dahsyat! Namun filem Arahan Roland Emmerich yang dikatakan terhangat itu.. indah kabar dari rupa. Berbekal teknologi canggih dan sound effect terkini sentuhan Roland Emmerich filem ini terasa hambar. Ia hanya sebuah kitaran semula dari kisah sejarah Para Nabi...

Begitulah idea canggih manusia di dunia perfileman.. namun sebenarnya ia tak lebih sebesar habuk halus sahaja di sisi Tuhan!


=========================================================================================
PADA TEMAN-TEMAN BLOGGERS YANG MELAWAT BLOG INI, SILALAH TINGGALKAN SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR SAYA JUGA BOLEH MELAWAT BLOG KALIAN PULA…
[]

Tuesday, May 12, 2009

Saat Saya Kemaruk Lagu Honesty..

Sejak semalam saya putarkan lagu Honesty nyanyian Billy Joel berulang kali. Entah kenapa saya pun tak pasti. Tapi lagu itu membuatkan saya rasa happening...

If you search for tenderness
It isn't hard to find
You can have the love you need to live
But if you look for truthfulness
You might just as well be blind
It always seems to be so hard to give

CHORUS

Honesty is such a lonely word
Everyone is so untrue
Honesty is hardly ever heard
And mostly what I need from you

I can always find someone
To say they sympathize
If I wear my heart out on my sleeve
But I don't want some pretty face
To tell me pretty lies
All I want is someone to believe

CHORUS

I can find a loverI can find a friend
I can have security
Until the bitter end
Anyone can comfort me
With promises again
I know, I know

When I'm deep inside of me
Don't be too concerned
I won't ask for nothin' while I'm gone
But when I want sincerity
Tell me where else can I turn
Because you're the one that I depend upon

CHORUS

Monday, May 11, 2009

Saya Patut Segan Menulis SMS Cinta

Saya patutnya segan menulis sms cinta padamu
sebab ia pasti jadi remeh dan
setelah terlalu banyak mengingkari-Dia
hanya Dia maha sedia menerima.

Seharusnya saya kembali pada-Dia
bagai sehelai daun sirih pulang kegagangnya
atau kedegilan anak yang mentaati ayah-bondanya
"tidak Kuberi bau syurga walau hanya sedikit sahaja"
saya jadi gundah pada ketetapan itu
dan meluru melihat telefon genggam
tapi hanya tertumpu pada skrin
lalu hiba mengenang-Dia
apakah Dia sedia memaafkan
luka-luka di hati ini?

Atau apakah kau sengaja
merancang kepedihan begini
untuk saya jadi lebih kecewa
pada keangkuhan karya-karya-mu?

Memang saya patut kembali pada-Dia
bagai pinang pulang ke tampuknya
dalam sedih jiwa berumur
setelah terlalu banyak mengharap
mahu melepaskan diri dari kehampaannya
tapi hanya menambahkan kelukaan
sehingga tiba kesedaran
saya sedia melupakan
menghindari dirimu?

Mungkinkah kau sengaja
memilih tindakan begini
untuk kau jadi pesona
pada kejernihan hati saya?

Dia terlalu banyak menyimpan keindahan
memang saya melihatnya sejak dahulu
namun dia sengaja mengelakkan
supaya saya jadi lebih sayang pada-Nya?

Wednesday, June 11, 2008

Adik eROL ku di Riau


Lama juga tidak mendengar khabar berita dari Adik eROL di Batam, Riau, Indonesia. Rasa rindu pada adik. Harapan abang moga adik eROL sihat ya. Istimewanya Adik eROL pandai berpuisi.

Masa makan tengahari saya luang masa melawat blognya. Bagusnya ada puisi baru yang sangat puitis:

SIAPA AKU
Penyair Kelana Bersyair

Menjejakan kaki dipunggung kulit bumi
Dengan langkah jumawa
Dan seakan lupa pada asal kejadian
Terkadang merasa paling hebat ketika menatap langit
Siapa aku?.

Engkau berasal Dari sesuatu yang menjijikan
Dan akhirnya akan menjadi bangkai
Yang juga sangat menjijikan
Engkau ada diantara dua keadaan demikian itu
Yang slalu membawa kotoran
Kemanapun engkau melangkah dimuka bumi ini

Siapa aku?.
Engkau adalah bangkai yang sedang berjalan
Menuju ke liang kubur
Dan suara itu akan slalu bergema
Dari kedalaman jiwa insan yang bertaqwa

Asal dari tanah
Akan kembali menjadi tanah
Namun jiwa tetap abadi
Dan akan kembali kedalam genggaman Ilahi

Maka melangkahlah dengan pasti
Berbekal amal yang sholeh
Serta iman yang mampu menembus
Kedalam tujuh lapis perut bumi dengan sempurna.

June.03.2008. JOHEROL AMRULLAH/eROL


Salam sayang abang buat adik. Sampai jumpa lagi..

Wednesday, May 14, 2008

SENIMAN NORDIN AHMAD YANG SAYA MINATI


Nordin Ahmad adalah antara kalangan seniman Melayu yang saya minati. Lakonan syahdu beliau dalam filem Seri Mersing, Semerah Padi, Air Mata Duyong dan Gurindam Jiwa sangat saya kagumi. Beliau turut melakonkan watak agresif seperti dalam filem Hang Jebat, Cucu Datuk Merah dan Raden Mas.
Maklumat lanjut beliau: Anak Gemilang Malaysia