...seandainya ibubapamu marah padamu kerana kesilapan yang dilakukan olehmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman....

Tuesday, May 12, 2009

Membentuk Kecergasan Otak Anak

Kecerdasan pemikiran dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Faktor baka penting. Jika seseorang itu berketurunan dari orang- orang yang berilmu dan berakhlak murni, insyaallah mudahlah ciri- ciri ini membenih dalam jiwanya.

Tetapi setiap individu boleh mengubah dirinya jika dia mempunyai azam yang kuat untuk mencapai matlamat yang diingininya. Dia mampu mengatasi faktor- faktor yang menyekat kemajuannya.

Umpamanya walaupun keluarga, atau saudaramara yang terdekat tidak ada yang menunjukkan pencapaian yang diidamkannya kerana faktor kemiskinan, tidak mustahil baginya untuk berjaya menjadi seorang cendekiawan atau hartawan yang disegani.

Selain baka, faktor asuhan juga adalah pendorong kepada kecerdasan mental kanak- kanak. Ibu- bapa yang berakhlak mulia, mengasuh anak- anak mereka dengan baik serta memastikan yang segala keperluan anak- anak mereka dipenuhi, anak dididik,ditegur jika berkelakuan sumbang, diawasi supaya tidak terpengaruh dengan anasir anasir negatif.

Faktor Mempengaruhi Perkembangan Anak

Makanan mempegaruhi pertumbuhan dan perkembangan fisikal, mental dan kerohaniah anak anak. Justeru itu makanan mestilah dari unsur yang bersih dan halal. Pemakanan mestilah seimbang untuk memenuhi keperluan fisikal, mental anak yang kian membesar. Didiklah mereka supaya kenal makanan yang baik dan mengamalkan kesederhanaan apabila makan dan minum.

Gejala gejala yang boleh merosakkan perkembangan sahsiah anak anak perlu di kenalpasti dan di benteras. Ini boleh datang dari pelbagai sudut dan kadangkala tidak disedari.

Setiap unsur di persekitaran boleh mendatangkan manfaat tetapi boleh juga merosakkan. Ibu bapa perlu sentiasa menimbang dan tidak mengikut segala kemahuan anak anak. Adakalanya pergaulan perlu disekat kerana dirasakan lebih banyak menyebabkan anak- anak menerap ciri- ciri yang kuranag baik.

Suasana masa kini dengan adanya teknologi maklumat dan komputer yang canggih memerlukan latihan jiwa untuk anak- anak agar mereka tidak mudah diracuni dengan gaya pemikiran yang tidak sihat.

Riadah seperti berenang atau lain- lain jenis sukan adalah baik untuk kesihatan jasmani dan rohani anak-anak. Anak-anak hendaklah di galakkan supaya suka kepada ilmu. Pupuklah sikap suka membaca dan suka berdamping dengan orang yang berilmu dan berakhlak mulia.

Sikap berdikari boleh di pupuk dari kecil lagi dengan memberi tanggungjawab yang bersesuasaian dengan umurnya. Galakkanlah anak- anak supaya rajin berusaha. Didiklah mereka supaya sentiasa bersabar dan mangambil iktibar dari kegagalan. Cara ini akan memupuk sikap berdisiplin dan menanam semangat juang yang kuat. Tekankan pentingnya sikap optimis kerana ia adalah penting bagi anak- anak supaya tidak mudah putus-asa.

Tabiat Pemakanan Yang Baik

Pada peringkat awal, ibu bapa akan mengalami kesukaran untuk membentuk pola pemakanan bayi. Ibu bapa memerlukan masa untuk membiasakan anak-anak dengan tabiat pemakanan yang sihat. Anak-anak biasanya cerewat dan hanya memilih makanan yang mereka gemari sahaja.

Ibu bapa juga digalakkan bersikap fleksibel dan memerhatikan tabiat pemakanannya selama beberapa minggu dan kenal pasti sama ada makanan itu seimbang atau tidak.

Sekiranya tidak, anda perlu membuat beberapa perubahan pada minggu berikutnya. Penggunaan buku nota kecil mungkin membantu. Catitkan apa yang anak kecil anda makan dan tidak suka makan. Daripada senarai ini, anda boleh mengenal pasti sama ada dia memakan makanan yang seimbang atau tidak.

Ibu bapa perlu kreatif dalam menyediakan hidangan anak-anak. Bagi anak-anak yang cerewet, mungkin anda perlukan cara yang menarik untuk memujuknya makan.

Sebagai contohnya :-
Sekiranya anak hanya berminat makan roti, anda boleh menghidangkan pumpkin bread bagi meninggikan khasiat sayuran dan vitamin A dalam makanannya.

Campurkan susu dalam makanannya bagi meningkatkan pengambilan protein dan kalsium.
Masukkan sayur hancur atau pati sayur ke dalam burger, sandwic atau daging yang dimakannya.

Buah-buahan boleh diperah dan diminum bersama yogurt berperisa berkhasiat.Contohnya terbaik ialah campuran pisang, yogurt berperisa vanila dan jus oren.

MENGGALAKKAN ANAK KECIL MAKAN

Selera ialah satu petunjuk yang baik untuk menentukan kuantiti makanan yang diperlukan oleh kanak-kanak jika mereka sihat, diberi makan dengan kerap dan mendpat galakan untuk makan. Sekiranya selera kanak-kanak berkurangan, ia menandakan anda sesuatu yang tidak kena.

Mungkin kanak-kanak itu sakit, tidak gembira atau cemburu dengan kehadirian bayi baru.

Mungkin dia inginkan lebih perhatian dan sedang melalui peringkat “ banyak kerenah”.Mungkin dia diberi makanan yang sama setiap hari dan bosan dengan rasa yang serupa. Sekiranya selera semakin rendah untuk jangka masa yang lama, kanak-kanak itu mungkin mengalami masalah kekurangan zat makanan.

Ibu atau orang bertanggungjawab terhadap kanak-kanak itu perlu menggalakkan dan membantu dengan aktif ketika kanak-kanak itu perlu menggalakkan dan membantu dengan aktif ketika kanak-kanak sedang makan, walaupun ketika dia sihat dan berselera untuk makan. Adalah penting untuk mengawasi anak-anak di meja makan, bermula dari peringkat awal diperkenalkan kepada makanan sehingga berusia 2 tahun. Kanak-kanak yang ditinggalkan sendirian dengan makanan akan makan dalam kuantiti yang tidak mencukupi. Mereka perlukan tempoh yang panjang untuk mempelajari bagaimana memegang sudu. Mereka juga makan dengan lambat,bersepah dan perhatian mereka mudah terganggu. Penting agar kanak-kanak itu diberikan masa yang memadai untuk makan dalam kuantiti yang mencukupi.

INFO

Lemak ialah sumber tenaga yang utama dan satu-satunya sumber asid lemak yang tinggi kerana tumbesaran mereka berlaku dengan pantas dalam usia 1 hingga 2 tahun. Lemak boleh diperolehi daripada susu, keju dan daging merah.

Nasihat untuk para ibu dan pengasuh

Hidangkan makanan anak dalam pinggan yang berlainan bagi memastikan anak mendapat bahagiannya dan kuantiti yang betul.

Duduk bersama anak semasa waktu makan, lihat anak makan, bantu secara aktif dan beri galakan sekiranya diperlukan.

Jangan gesa anak supaya cepat makan. Seorang anak mungkin makan sedikit, berhenti sebentar untuk bermain dan sambung makan sedikit lagi. Menggalakkan anak supaya makan memerlukan kesabaran dan sikat mudah berjenaka!

Apabila anak berhenti makan, tunggu sebentar dan lihat sikapnya terhadap makanan itu. Kemudian, barulah tawarkan makanan tambahan untuknya.

Berikan makanan yang memudahkan anak memegang dan mengutipnya. Anak kecil biasanya ingin menyuap sendiri. Ibu bapa perlu menggalakkan tindakan ini tetapi pastikan anda membantunya dan makanan itu masuk ke dalam mulut sepenuhnya.

Campurkan makanan sekiranya anak suka mengutip dan memilih makanan yang digemarinya sahaja.

Berikan makanan sebaik sahaja anak mula terasa lapar. Sekiranya mereka menunggu terlalu lama untuk makan, mereka akan memberontak dan kehilangan selere makan.

Jangan berikan makanan sekiranya anak mengantuk.

Jangan paksa anak makan. Cara ini meningkatkan tekanan dan semakin mengurangkan selere makan. Waktu makan perlu dijadikan sebagai sesuatu yang bertentangan dan menggembirakan.
Pastikan anak tidak haus (Bagaimanapun, jangan beri terlalu banyak air sebelum atau semasa makan kerana ini akan mengurangkan selera mereka).

Mulakan permainan ringan sekiranya anak tidak mahu meneruskan pemakanannya. Contohnya, andaikan sudu sebagai burung yang datang untuk menyuap anaknya, atau bayangkan makanan sebagai anak patung, orang lain atau mainan binatang.

Bersedia untuk membersihkan meja selepas waktu makan!

Anak yang tidak mahu makan mungkin mahukan perhatian. Ahli keluarga boleh mengelakkan perkara ini dengan menumpukan perhatian kepada anak-anak semasa waktu makan. Berikan pujian sekiranya mereka makan dengan baik. Sekiranya dia enggan, jauhkan makan itu daripadanya untuk beberapa ketika dan berikan semula kemudian. Sekiranya dia masih tidak mahu makan, ini bermakna dia benar-benar tidak suka makanan itu. Mungkin ibu boleh mencuba makanan lain pula.

Penyusuan Bayi

Menyusu bayi dengan susu ibu merupakan langkah penting ke arah perkembangan dan pembesaran bayi yang sihat. Ini kerana susu ibu adalah bersih, seimbang dan paling sesuai untuk bayi. Ia mengandungi sumua khasiat dalam imbangan yang betul. Sebenarnya, susu pertama anda dinamakan kolostrum dan hanya terdapat dalam susu ibu.Kolostrum mengandungi khasiat sebaiknya yang diperlukan oleh bayi anda untuk hari-hari pertama selepas lahir.

Di samping itu kolostrum juga mengandungi antibodi untuk melindungi bayi daripada jangkitan seperti ciri birit, radang paru-paru dan selsema. Jadi, ternyata susu ibu amat penting untuk bayi sebab tiada makanan lain yang dapat memberikan khasiat yang sehebat itu.

KEBAIKKAN PENYUSUAN SUSU IBU UNTUK BAYI

Penyusuan inu menampilkan aneka kelebihan untuk bayi anda. Antaranya :

Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi kerana ia mengandungi zat makanan dalam nisbah yang betul dan isi kandungannya berubah mengikut keperluan bayi membesar.

Susu ibu, khasnya kolostrium, mengandungi bahan-bahan antibodi yang boleh melindungi bayi daripada jangkitan kuman dan alahan seperti cirit-birit, bronkitis dan radang paru-paru.

Susu ibu juga mencegah penyakit seperti lelah dan sakit perut bayi.

Susu ibu mengandungi zat khusus yang penting untuk perkembangan otak.

Ia mengurangkan risiko pencemaran yang mungkin berlaku dalam kaedah penyusuan lain.

Berbeza daripada susu lain, susu ibu boleh diperolehi dengan mudah pada bila-bila masa. Jadi, tiada masalah menbancuh atau memanaskannya sebab ia sentiasa pada sushu yang sesuai.

Memberikan bayi keselesaan dan ketengangan emosi yang diperlukannya.

Menjalinkan hubungan kasih sayang yang lebih mesra antara bayi dan ibunya, berbanding dengan cara penyusuan lain.

KEBAIKKAN PENYUSUAN SUSU IBU UNTUK DIRI ANDA SENDIRI

Menyusu bayi dengan susu ibu juga baik untuk ibu. Berikut adalah sebab-sebabnya :

Penyusuan susu ibu dengan sepenuhnya melewatkan kedatangan haid dan dengan itu boleh mengelakkan anda daripada mengandung.

Berita baik , Boleh melangsingkan badan kalau anda juga membuat senaman.

Ia membantu rahim anda kembali ke saiz asalnya dengan lebih cepat dan mengurangkan risiko.

Ia mengurangkan risiko barah buat dada dan ovari.

Penyusuan susu ibu boleh dilakukan di mana-mana sahaja, pada bila-bila masa.

MASA YANG PALING SESUAI UNTUK MENYUSUKAN BAYI

Anda boleh mula menyusukan bayi anda sebaik sahaja bersalin atau dalam masa 1 jam selepas bersalin. Ini penting untuk memulakan proses pengeluaran susu. Lagipun pada masa ini, bayi anda paling peka pada alam sekelilingnya.

Dalam masa 3 hari pertama selepas bersalin, anda akan menghasilkan susu yang pekat berwarna kekuningan limau (iaitu kolosturm). Jangan bimbang Kollostrum cukup berkhasiat untuk memenuhi keperluan bayi buat beberapa hari pertama. Ia kaya dengan zat dan antibodi dan membantu melindungi bayi anda daripada jangkitan kuman. Jelaslah ia amat penting untuk bayi.

Lazimnya susu anda akan mula keluar pada hari ke-3 dan ke-4. Bayi anda juga semakin besar dan anda akan kenal tangisanya tatkala ia lapar.

Sepanjang tempoh ini, susui bayi anda mengikut kehendaknya. Bayi akan menangis bila kelaparan. Bila sudah kenyang, dia akan tidur atau melepaskan punting. Susui bayi anda mengikut kehendaknya. Ini d inamakan ‘penyusuan mengikut kehendak bayi’. Jangan risau, bekalan anda cukup untuk memenuhi keperluan bayi.

Timbang bayi anda selalu. Berat badanya akan meningkat jika ia mendapat susu yang cukup.

TEKNIK TERBAIK UNTUK MENYUSUKAN BAYI

Ini bergantung pada citarasa dan pilihan anda sendiri kerana teknik penyusuan susu ibu adalah agak tersendiri. Anda boleh menysus bayi sambil duduk, berbaring atau serong sebelah. Apa yang anda perlu ingat ialah kedua-dua ibu dan bayi mestilah SELESA.

Tentukan kedudukan anda betul. Bermakna cara anda duduk atau baring, cara anda memegang bayi dan bagaimana bayi menyesuaikan mulutnya bila menetek.

Kedudukan Badan
Pastikan anda selesa. Bayi perlu diampu dengan baik. Anda boleh duduk bersandar di atas katil dengan kepala bayi di atas lengan ATAU duduk bersandar di atas kerusi.

Jangan bersandar terlalu jauh daripada bayi sebingga susah ia mencapai punting untuk menyusu. Dan janganlah terlalu membongkok sehingga terlalu rapat dengan bayi.

Gunakan apa-apa pun untuk bersandar atau merehatkan kaki. Gunakan bantal, kusyen, atau bahan yang lembut tapi kukuh (seperti hamparan atau selimut yang dilipat dan apa jua yang diperlukan untuk merehatkan kaki anda) untuk menyokong anda dan bayi.

Cara memegang bayi
- Bayi dipegang rapat dengan anda- Bayi diampu dengan baik- Bayi berhadapan dengan anda- Mulut bayi berada di bawah punting bila anda bersedia untuk menyusunya- Kepada, leher dan belakang bayi lurus

Pastikan lengan tangannya tidak mengganggu bila menyusu.

Bagaimana bayi menyesuaikan mulut bila menetek Pastikan bayi anda sendiri mencapai punting anda. Bila bayi mencapai punting anda pastikan :

- Mulutnya terbuka luas- Bayi menghisap sebanyak mungkin bahagian perang (areola) di sekitar punting.

Panduan Pemakanan Anak Kecil

Pada usia satu tahun, anak kecil sudah boleh memakan makanan yang sama dimakan oleh ahli keluarga yang lain. Semasa memasak, sebahagian kecil makanan yang sama boleh diasingkan untuk anak sebelum anda memasukkan cili dan rempah ratus yang lain. Semasa waktu makan, anak kecil juga sudah boleh duduk di kerusi dan makan di meja bersama-sama anggota keluarga yang lain.

Tempoh perpindahan ke meja ialah tempoh yang mengelirukan bagi anak kecil. Pada waktu ini, usia mereka dalam lingkungan satu tahun. Pada usia ini, biasanya selera makan anak-anak akan menurun. Kekurangan selera makan ini kerap kali merisaukan ibu bapa.

PANDUAN PEMAKANAN ANAK KECIL

Usia antara 1 hingga 4 tahun amat kritikal kerana pada waktu inilah kanak-kanak membentuk sikap terhadap makanan dan menjadi asas pada tabiat makan sepanjang hayat mereka. Oleh itu, ibu bapa dinasihatkan supaya :-

1. Memberikan makanan yang seimbang daripada kumpulan makanan asas, iaitu susu, bijiran, daging dan sayur-sayuran. Tidak semua hidangan memerlukan makanan daripada semua kumpulan berkenaan. Bagaimanapun, perlu ada keseimbangan antara makanan itu dalam tempoh sehari.

2. Memulakan jadual pemakanan anak anda dengan menyediakan tiga hidangan berat sehari dan hidangan ringan di antara hidangan berat itu. Bagi hidangan ringan, ibu mungkin sekadar ingin memberikan susu ibu atau susu segar sahaja.

3. Selepas usia setahun, kuantiti pemakanan bayi lazimnya berkurangan, termasuk pengambilan susu hariannya. Perkara ini adalah normal. Ibu bapa tidak perlu terlalu risau sekiranya ia berlaku. Keadaan ini tidak membahayakan bayi selagi dia membersar dengan baik dan mendapat makanan yang mencukupi.

4. Sewaktu anak-anak mula memakan makanan lain, pengambilan susu (sama ada susu ibu atau susu segar) semakin berkurangan. Bagi menambah selera makan anak-anak terhadap makanan lain, ibu bapa dinasihatkan supaya memberi susu ibu atau susu segar selepas waktu makan, BUKAN SEBELUM waktu makan.

BERAPA BANYAK YANG PERLU DIMAKAN ?

Keperluan pemakanan yang berkhasiat dan khusus untuk anak kecil boleh di andaikan seperti yang berikut :-

2 atau 3 cawan susu : selain susu, ibu bapa boleh menggantikan makanan lain yang sama khasiat dengan susu. Contohnya yogurt, keju, puding dan sebagainya.

4 hidangan sayur atau buah-buahan : sebagai panduan, satu sudu kecil untuk kanak-kanak setahun bersamaan dengan satu hidangan. Setiap satu hidangan perlu mempunyai kandungan vitamin C dan vitamin A yang tinggi.

4 hidangan roti dan bijirin : kanak-kanak mungkin banyak memakan makanan daripada kumpulan ini. Ia tidak memudaratkan selagi kanak-kanak turut memakan makanan dari kumpulan lain, walaupun dalam kuantiti yang paling minimum. Setiap hari, berikan bijirin yang diperkuat dengan zat besi.

2 hidangan daging, kacang, telur atau mentega kacang. Hidangan yang mengandungi khasiat protein yang baik perlu ada setiap kali waktu makan.

PENTING Setiap hidangan perlu mempunyai protein, roti atau bijiran, sayur atau buah-buahan dan susu.

Cara mendidik anak

Kalau anak dibesarkan dengan celaan, ia belajar memaki
Kalau anak dibesarkan dengan permusuhan, ia belajar berkelahi
Kalau anak dibesarkan dengan cemuhan, ia belajar rendah diri
Kalau anak dibesarkan dengan penghinaan, ia belajar menyesali diri
Kalau anak dibesarkan dengan toleransi, ia belajar menahan diri
Kalau anak dibesarkan dengan dorongan, ia belajar percaya diri
Kalau anak dibesarkan dengan sebaik-baik perlakuan, ia belajar keadilan
Kalau anak dibesarkan dengan kasih sayang, ia belajar menemukan cinta dalam kehidupan

Saat Saya Kemaruk Lagu Honesty..

Sejak semalam saya putarkan lagu Honesty nyanyian Billy Joel berulang kali. Entah kenapa saya pun tak pasti. Tapi lagu itu membuatkan saya rasa happening...

If you search for tenderness
It isn't hard to find
You can have the love you need to live
But if you look for truthfulness
You might just as well be blind
It always seems to be so hard to give

CHORUS

Honesty is such a lonely word
Everyone is so untrue
Honesty is hardly ever heard
And mostly what I need from you

I can always find someone
To say they sympathize
If I wear my heart out on my sleeve
But I don't want some pretty face
To tell me pretty lies
All I want is someone to believe

CHORUS

I can find a loverI can find a friend
I can have security
Until the bitter end
Anyone can comfort me
With promises again
I know, I know

When I'm deep inside of me
Don't be too concerned
I won't ask for nothin' while I'm gone
But when I want sincerity
Tell me where else can I turn
Because you're the one that I depend upon

CHORUS

Monday, May 11, 2009

Saya Patut Segan Menulis SMS Cinta

Saya patutnya segan menulis sms cinta padamu
sebab ia pasti jadi remeh dan
setelah terlalu banyak mengingkari-Dia
hanya Dia maha sedia menerima.

Seharusnya saya kembali pada-Dia
bagai sehelai daun sirih pulang kegagangnya
atau kedegilan anak yang mentaati ayah-bondanya
"tidak Kuberi bau syurga walau hanya sedikit sahaja"
saya jadi gundah pada ketetapan itu
dan meluru melihat telefon genggam
tapi hanya tertumpu pada skrin
lalu hiba mengenang-Dia
apakah Dia sedia memaafkan
luka-luka di hati ini?

Atau apakah kau sengaja
merancang kepedihan begini
untuk saya jadi lebih kecewa
pada keangkuhan karya-karya-mu?

Memang saya patut kembali pada-Dia
bagai pinang pulang ke tampuknya
dalam sedih jiwa berumur
setelah terlalu banyak mengharap
mahu melepaskan diri dari kehampaannya
tapi hanya menambahkan kelukaan
sehingga tiba kesedaran
saya sedia melupakan
menghindari dirimu?

Mungkinkah kau sengaja
memilih tindakan begini
untuk kau jadi pesona
pada kejernihan hati saya?

Dia terlalu banyak menyimpan keindahan
memang saya melihatnya sejak dahulu
namun dia sengaja mengelakkan
supaya saya jadi lebih sayang pada-Nya?

Friday, May 8, 2009

Yang Berlalu Biarlah Berlalu

Bagaimana sayang sekali pun pada saat-saat indah itu, ia tetap pergi jua. Pernah saya cuba menghalang saat-saat itu dari pergi berlalu, tapi saya tak punya upaya. Sudahnya saya terdiam dan termanggu. Saat itu terus berlalu tinggalkan saya tanpa rasa sedih dan kasihan-belas.

Bila saorangan diri saya bermonolog juga. Hiba mengenangkan orang-orang tersayang entah di mana. Terasa sangat sunyi terkenangkan suasana indah waktu mereka bersama saya.

Kalau masa boleh diputar kembali ke masa itu memang saya hendak. Saya mahu buat suatu yang terbaik untuk mereka. Tapi semua itu mustahil..

Saya terima saja hakikat kehidupan ini... yang berlalu biarlah berlalu... ia telah lepas dari genggaman saya...

Menyaring Kehidupan

Sukar juga membuat tapisan dalam hidup ini.

Apa yang dirasakan perlu.. sebenarnya tidak diperlukan dalam kehidupan. Apa yang dirasakan sayang.. sebenarnya itulah yang patut dibenci. Apa yang dirasakan rindu.. sebenarnya itulah yang patut dilupakan.

Setelah dengan cermat membalik-balik bagaikan memanggang seekor kambing di atas api yang marak menyala, sekurang-kurangnya saya dapat menyisihkan apa yang perlu dan tak perlu. Saya sudah dapat memilih apa yang penting dan apa yang remeh-temeh. Ya, berpeluh juga badan dibuatnya.

Sekarang baru rasa lega. Dapatlah gunakan waktu semaksimum mungkin pada suatu yang benar-benar penting untuk diri sendiri, orang tersayang, keluarga, sahabat-handai dan jiran tetangga saya.

Inilah berkat doa yang tidak putus-putus kepada Allah SWT dan keberkatan hari Jumaat, penghulu segala hari agaknya. Syukur padaNya.