...seandainya ibubapamu marah padamu kerana kesilapan yang dilakukan olehmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman....

Friday, July 25, 2008

A..

Esok cuti lagi...

Tuesday, July 22, 2008

Pendidikan Selepas Kelahiran

Anak yang baru dilahirkan hendaklah segera diazankan di telinga kanannya dan diiqamatkan di telinga kirinya. Ini selari dengan riwayat oleh Abu Rafi yang bermaksud: "Aku melihat sendiri Rasulullah mengazankan Hasan bin Ali di telinganya ketika dia baru dilahirkan oleh Fatimah. (Riwayat Bukhari dan Muslim).


Seterusnya, di hari ketujuh kelahirannya, ibu-bapanya disunatkan bersedekah dengan melakukan ibadat akikah untuk anak mereka iaitu dengan menyembelih seekor kambing bagi anak perempuan dan dua ekor kambing bagi anak lelaki. Menurut riwayat Abu Daud, Tirmizi dan Nasai; Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya: "Setiap anak yang baru dilahirkan bergantung pada aqiqahnya. Hendaklah diaqiqahkan dengan menyembelih kambing pada hari ketujuh, diberi nama pada hari itu dan dicukur kepalanya".

Apabila anak itu mulai meningkat umurnya, ibu-bapa perlulah lebih peka kepada teknik pendidikan yang lebih luas dan menyeluruh. Masa ini pengisian antara keperluan rohani dan jasmani perlu didedahkan serentak dan diseimbangkan.



Ibu-bapa perlu teliti dalam urusan seharian dan peka dalam melakukan sebarang bentuk tindakan kerana, kanak-kanak lazimnya akan belajar (mengikut) berdasarkan pemerhatian iaitu apa yang dilakukan oleh individu di sekelilingnya terutama dari ibu-bapanya sendiri.

Wednesday, July 16, 2008

Amanah Ibu-bapa Jaminan Kejayaan Anak-anak


Shawqi, seorang pujangga Arab pernah berkata, “Bukanlah yatim siapa yang ibu-bapanya terhenti dari menanggung hidupnya dan meninggalkannya tidak berdaya. Sesungguhnya, siyatim itu ialah anak yang mempunyai ibu tetapi selalu mencuaikannya dan ayah yang sentiasa sibuk bekerja.”

Yatimkah anak-anak kita? Tentunya kita sebagai ibu-bapa, tidak tergamak membiarkan anak kita menjadi yatim dari segi tidak mendapat bimbingan daripada kita. Ini kerana mencuaikan tugas kita sebagai ibu-bapa menjadikan mereka solah-olah seperti anak yatim.

Penglibatan ibu-bapa dalam pembangunan diri anak-anak bukanlah sesuatu yang baru bagi masyarakat Islam. Hadis yang membawa maksud bahawa ibu-bapalah yang menentukan apakah anak mereka bakal menjadi Yahudi, Majusi atau Nasrani menunjukkan betapa besarnya tanggungjawab ibu-bapa dalam hal ini.


Namun, dalam suasana kini anak-anak dididik oleh institusi pendidikan di luar rumah, baik dari segi pendidikan ilmiah mahupun agamanya, ibu-bapa seolah-olah lupa dengan tanggungjawab mereka sendiri. Malah, ada juga ibu-bapa yang lepas tangan dan mengharapkan segala-galanya dibuat oleh guru, ustaz dan ustazah di sekolah. Keadaan ini perlu diperbetulkan kerana ibu-bapa akan ditanya tentang amanah ini di akhirat kelak.


Malah, dalam pembangunan modal insan, perkara ini juga adalah lebih dahulu menjadi tanggungjawab semua ibu-bapa dalam setiap isi rumah. Sekiranya ia difahami dan dihayati, insya-Allah hasrat kerajaan untuk membangunkan modal insan demi kemajuan negara akan dapat dicapai.

Monday, July 14, 2008

Pendidikan Sebelum Kelahiran


Sebenarnya tarbiah (pendidikan) anak-anak bermula seawal bayi berada dalam kandungan ibunya. Waktu ini tarbiah lebih bercorak kerohanian seperti memperbanyakkan bacaan al-Quran dan berdoa kepada Allah.


Surah pilihan seperti surah Yusuf, Maryam, Luqman dan At-Taubah mengandungi pelbagai kelebihan, khasiat dan doa tersirat, yang apabila dibaca akan membantu dalam pentarbiahan anak.


Perbanyakkan doa kepada Allah agar anak yang dikandung itu nanti akan lahir menjadi seorang anak yang salih, berilmu, beriman, berakhlak mulia dan taat kepada kedua orang tuanya. Doa ini penting dalam memastikan keluarga yang dibentuk sentiasa mendapat rahmat dan keberkatan Allah.

Seterusnya pastikan rezeki yang diperolehi datang daripada sumber yang halal dan bersih agar ia membentuk darah daging yang halal lagi berkat. Ia penting pada pembentukan dan pertumbuhan anak yang bakal dilahirkan. Ia juga memberi kesan kepada pembentukan peribadi anak apabila besar kelak.


Untuk menjamin kesihatan anak dalam kandungan, ibu hamil perlu memakan makanan berzat dan sentiasa menjaga kesihatan tubuh badannya. Islam menitik beratkan kesihatan ibu mengandung yang sudah tentunya menghadapi pelbagai kesukaran dan kepayahan. Ini terbukti dengan kelonggaran yang diberikan Islam untuk ibu mengandung berbuka puasa (pada Ramadan) sekiranya berasakan puasa itu menjejaskan kesihatan diri dan anaknya.

Semasa mengandung juga, ibu perlu menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku pada dirinya seperti mengalami kehilangan selera makan, mudah sensitif dan berdebar. Suami hendaklah lebih memahami keadaan isteri dengan sentiasa berada di sisi dan memberi dorongan kuat kepadanya.

Tuesday, July 8, 2008

Tanah Jelebu Mendapat Nama

Luak ini mulanya dikenali sebagai Sungai Lumut. Nama Jelebu ini datang kemudian, bermula daripada kisah Biduanda-Biduanda Jakun yang berasal dari tempat bernama Batang Labu (kini Labu) di Semujong (kini Daerah Seremban), datang membawa benih labu ke Sungai Lumut.

Setelah beberapa hari perjalanan, apabila sampai di Ulu Teriang hari telah malam. Ketika bersiap-siap untuk tidur, Biduanda-Biduanda Jakun nampak bintang di langit sangat banyak. Beribu juta. Itu tandanya kalau mereka bertanam labu tentu menjadi!

Esoknya benih labu itu pun ditanam oleh Biduanda-Biduanda Jakun itu di sekitar tebing Sungai Teriang dan didapati sangat subur hidupnya. Menjalarlah pokok labu yang ditanam itu memenuhi kawasan tersebut. Tiba masanya labu itu rajin berbunga, berputik dan buahnya pun sangat banyak.

Sedar dengan keadaan tersebut, Biduanda-Biduanda Jakun itu bermuafakat lalu mengubah nama tempat itu sebagai JALAR LABU. Lama kelamaan sebutan Jalar Labu itu bertukar menjadi JELEBU. Demikianlah mulanya nama tanah Jelebu itu.

Ingin tahu lebih banyak cerita tentang Jelebu?

Monday, July 7, 2008

Buku Khazanah Ilmu: Legasi Malaysia..

Saya cuba menghimpunkan buku-buku lama koleksi peribadi sejak saya menuntut di sekolah menengah hingga kini.

Buku yang ketiga saya bawa ke sini ialah Biografi Bergambar Tunku Abdul Rahman Putra Al-haj, Bapa Kemerdekaan Malaysia. Terasa rugi sangat kalau tak baca buku ini tau!

Silalah semak apakah anda telah pernah membacanya..

Friday, July 4, 2008

Bagusnya hari ini

Malam tadi malam Jumaat
Lapang dada tenang hati
Buat tahlil doa selamat
Selamat dunia dan akhirat nanti...

LANGKAWI Catatan Perjalanan 5


Hari ini saya dan keluarga bertamu ke mana ya? Teratak Sri Tama milik Panglima Hitam yang terkenal gagah di seluruh jajahan Langkawi la. Anakandaku ingin melihat keadaan hidup seorang panglima, agaknya mungkin boleh membentuknya berjiwa kental dan gagah berani!

Cantik rumah Panglima Hitam ya ayah! Anakandaku melahirkan rasa kagumnya pada senibina tua itu.


Ya, memanglah cantik. Dikno tengok betul-betul ukiran pada rumah ini. Inilah seni ukiran orang Kedah. Rumah orang Melayu dahulu dibuat daripada kayu berukir cantik, bertiang dan atapnya dari daun rumbia.

Dahulu orang tak perlu pakai kipas angin atau alat hawa dingin. Dikno tau tak? Rumah ini dibuat begitu istimewa untuk mengekalkan rasa sejuk dan nyaman penghuni yang tinggal di dalamnya.

Macam inilah lebih kurang rupa dapur orang zaman dahulu. Tungku tempat memasak terdiri daripada tiga buah batu yang sederhana besarnya.

Mesra alam ya ayah? anakandaku berkata ceria..

Ya.. sangat mesra alam. aku menjawap sepontan.

Senang saja nak dapatkan batu tungku memasak itu. Ada di sungai atau cari sahaja di sekeliling tempat tinggal mereka. Begitu juga dengan atap rumah ini, ia diambil dari daun-daun pokok rumbia yang hidup subur di tepian sawah padi mereka.


Best la Panglima Hitam hidup dalam rumah ni ya ayah.. teratur dan penuh yakin anakandaku membuat kesimpulan tentang kehidupan Panglima Hitam.

Dikno, kalau duduk dalam rumah orang Melayu macam ni, orang perempuan kena bersimpuh. Macam mama duduk tu. Cuba Dikno duduk bersimpuh, ayah nak tengok anak ayah... Ala, kalaulah mama pakai kebaya labuh dan Dikno pakai kurung kedah....hehehe

Wednesday, July 2, 2008

NAK DAPAT WANG: Macam-macam Cara Penipuan

Hari ini ada insan yang cuba menipu saya untuk mendapatkan wang. Dia sangka dia sangat bijak bagai belut kononnya. Silalah baca akal Belut dari Lagos Nigeria ini untuk dapatkan $550 Usd.. hehehe:


Date: Wed, 2 Jul 2008 00:02:18 -0700
From: rev.smithwalker@gmail.com
To: absdyn@hotmail.com
Subject: Mohamad Azaludin bin Abdul Aziz

FROM THE DESK OF REV SMITH WALKER,
DEPUTY GOVERNOR, ATM PAYMENT CENTRE.
Oceanic OCEANIC BANK NIGERIA PLC
PHONE+234-7032178729

Reference code Number; (811)
Attn: Mohamad Azaludin bin Abdul Aziz

How are you doing today.I have called your phone several times today but it was not connecting,However we will attarched your ATM Card and a document processed in your name and favour and as a matter of urgency the Federal Ministry of Finance have already approved ATM Card for you; you are required to pay the courier delivery system of the original card to your doorstep and the insurance, As soon as you receive it, you can start withdrawing from any ATM Machine in your country but you are entitled to withdraw a maximum of six thousand dollars a day.

Parcel Delivery Destination:
RECEIVERS NAME :

ADDRESS:................................

Location:

The CARD have been securely sealed and packed for security reasons which makes it impossible for anyone to view it until its been delivered to you.Please choose from the delivery Options below, For safe delivery of your CARD:

DHL
Mailing: $150.00
Insurance: $100.00
Handling charges: $70.00
Processing fee: $200.00
Vat: $30.00
TOTAL: $550 Usd

FEDEX
Mailing: $150.00
Insurance: $100.00
handling charges: $30.00
Processing fee: $200,00
Vat: $20.00
TOTAL: $500 Usd

In receipt of this mail, you are required to send the money via Money Gram or Western Union with our receiving officers name:

NAME: CHINNO PROMISE IKECHUKWU

LAGOS- NIGERIA

TEXT QUESTION: CODE

ANSWER: 811

MTCN:
Note that we have concluded delivery arrangement with those courier service companies to be fully insured by Nicon Insurance Corporation here in Nigeria .

I am providing to you every detail to confirm to you that you are not the only beneficiary that we have paid through this method; we have previously paid our American and Canadian beneficiary which I am forwarding their tracking numbers for verifications.

I want you to verify the online tracking number of FedEx www.fedex.com/tracking to enable you know that you are not the only beneficiary that have received their payments.


Kindly track online for more clarification


(http://fedex.com/ng/

(1) 863231344097
(2) 863231344010
(3) 862018200453

Your urgent response is highly needed.

Regards
Rev SMITH WALKER
+234-7032178729
DEPUTY GOVERNOR
ATM PAYMENT CENTRE,
Oceanic Bank Nigeria Plc.
We wait to hear from you, Can call me as soon as you recieve this mail.
...of giving out your credit card details online by getting the Web Surfer Card

Tuesday, July 1, 2008

LANGKAWI Catatan Perjalanan 4


Pada sebelah petang kami menjelajah pula kawasan Gunung Mat Chincang. Perjalanan ini amat memenatkan kerana kedudukkannya yang jauh dari penempatan dan berada di kedudukkan tanah tinggi. Dari kaki gunung kami menaiki kereta kabel menuju puncak Gunung Mat Chincang yang memakan masa 10 minit sehala, namun penat berjalan terasa berbaloi dengan keindahan tempat tersebut..


Tiba-tiba seluruh badan saya terasa bagai gugur ke bumi terhenjut di atas kabel. Sambil melelapkan mata saya memeluk anak dan isteri saya. Bulu tengkuk meremang dan peluh dingin memercik di tulang belikat. Allah! Ngeri sangat rasanya. Rasa kecut perut ditambah lagi oleh tiupan angin gunung yang sejuk dan sangat kencang.

Seketika kemudian saya membuka mata.. terlihatlah telaga tujuh di tengah hutan di bawah sana. Telaga itu kelihatan menampung air dari kaki gunung..dengan menggunakan teropong kelihatan airnya jernih dan bersih..tiada pencemaran berlaku maklumlah di kawasan itu masih belum dimajukan lagi.. Kini angin yang bertiup sungguh menyegarkan..boleh terlelap sekiranya kita leka menikmati keindahan alam dan keindahan panorama sekeliling..

Nun dikejauhan jelas kelihatan pantai yang mengelilingi pulau ini kelihatan seperti gambar post card... heheheeh anakku sering mengadu kaki terasa lengoh dan penat sangat ketika kami berbuai-buai di atas tali kabel!


Tapi sayangnya panorama di puncak Gunung Mat Cincang yang indah memukau ini tidak dapat saya rakam kerana bateri kamera dah habis.... nak buat macam mana kan.. dah nasib. Saya pujuk anakanda saya makan aiskrim dengan belaian angin gunung... mata jadi layu dan badan rasa malas untuk bergerak....