...seandainya ibubapamu marah padamu kerana kesilapan yang dilakukan olehmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman....

Tuesday, July 8, 2008

Tanah Jelebu Mendapat Nama

Luak ini mulanya dikenali sebagai Sungai Lumut. Nama Jelebu ini datang kemudian, bermula daripada kisah Biduanda-Biduanda Jakun yang berasal dari tempat bernama Batang Labu (kini Labu) di Semujong (kini Daerah Seremban), datang membawa benih labu ke Sungai Lumut.

Setelah beberapa hari perjalanan, apabila sampai di Ulu Teriang hari telah malam. Ketika bersiap-siap untuk tidur, Biduanda-Biduanda Jakun nampak bintang di langit sangat banyak. Beribu juta. Itu tandanya kalau mereka bertanam labu tentu menjadi!

Esoknya benih labu itu pun ditanam oleh Biduanda-Biduanda Jakun itu di sekitar tebing Sungai Teriang dan didapati sangat subur hidupnya. Menjalarlah pokok labu yang ditanam itu memenuhi kawasan tersebut. Tiba masanya labu itu rajin berbunga, berputik dan buahnya pun sangat banyak.

Sedar dengan keadaan tersebut, Biduanda-Biduanda Jakun itu bermuafakat lalu mengubah nama tempat itu sebagai JALAR LABU. Lama kelamaan sebutan Jalar Labu itu bertukar menjadi JELEBU. Demikianlah mulanya nama tanah Jelebu itu.

Ingin tahu lebih banyak cerita tentang Jelebu?

1 comment:

Anonymous said...

Salam dari Deli bertuah:


Banyak cerita rakyat yang boleh kita lestarikan keberadaanya. Jangan sampai hilang di telan oleh jaman. Semoga sahabat tetap jaya membual cerita dari rakyat.