Pada sebelah petang kami menjelajah pula kawasan
Gunung Mat Chincang. Perjalanan ini amat memenatkan kerana kedudukkannya yang jauh dari penempatan dan berada di kedudukkan tanah tinggi. Dari kaki gunung kami menaiki kereta kabel menuju puncak Gunung Mat Chincang yang memakan masa 10 minit sehala, namun penat berjalan terasa berbaloi dengan keindahan tempat tersebut..
Tiba-tiba seluruh badan saya terasa bagai gugur ke bumi terhenjut di atas kabel. Sambil melelapkan mata saya memeluk anak dan isteri saya. Bulu tengkuk meremang dan peluh dingin memercik di tulang belikat. Allah! Ngeri sangat rasanya. Rasa kecut perut ditambah lagi oleh tiupan angin gunung yang sejuk dan sangat kencang.
Seketika kemudian saya membuka mata.. terlihatlah telaga tujuh di tengah hutan di bawah sana. Telaga itu kelihatan menampung air dari kaki gunung..dengan menggunakan teropong kelihatan airnya jernih dan bersih..tiada pencemaran berlaku maklumlah di kawasan itu masih belum dimajukan lagi.. Kini angin yang bertiup sungguh menyegarkan..boleh terlelap sekiranya kita leka menikmati keindahan alam dan keindahan panorama sekeliling..
Nun dikejauhan jelas kelihatan pantai yang mengelilingi pulau ini kelihatan seperti gambar post card... heheheeh anakku sering mengadu kaki terasa lengoh dan penat sangat ketika kami berbuai-buai di atas tali kabel!
Tapi sayangnya panorama di puncak Gunung Mat Cincang yang indah memukau ini tidak dapat saya rakam kerana bateri kamera dah habis.... nak buat macam mana kan.. dah nasib. Saya pujuk anakanda saya makan aiskrim dengan belaian angin gunung... mata jadi layu dan badan rasa malas untuk bergerak....
No comments:
Post a Comment