...seandainya ibubapamu marah padamu kerana kesilapan yang dilakukan olehmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman....

Friday, July 4, 2008

LANGKAWI Catatan Perjalanan 5


Hari ini saya dan keluarga bertamu ke mana ya? Teratak Sri Tama milik Panglima Hitam yang terkenal gagah di seluruh jajahan Langkawi la. Anakandaku ingin melihat keadaan hidup seorang panglima, agaknya mungkin boleh membentuknya berjiwa kental dan gagah berani!

Cantik rumah Panglima Hitam ya ayah! Anakandaku melahirkan rasa kagumnya pada senibina tua itu.


Ya, memanglah cantik. Dikno tengok betul-betul ukiran pada rumah ini. Inilah seni ukiran orang Kedah. Rumah orang Melayu dahulu dibuat daripada kayu berukir cantik, bertiang dan atapnya dari daun rumbia.

Dahulu orang tak perlu pakai kipas angin atau alat hawa dingin. Dikno tau tak? Rumah ini dibuat begitu istimewa untuk mengekalkan rasa sejuk dan nyaman penghuni yang tinggal di dalamnya.

Macam inilah lebih kurang rupa dapur orang zaman dahulu. Tungku tempat memasak terdiri daripada tiga buah batu yang sederhana besarnya.

Mesra alam ya ayah? anakandaku berkata ceria..

Ya.. sangat mesra alam. aku menjawap sepontan.

Senang saja nak dapatkan batu tungku memasak itu. Ada di sungai atau cari sahaja di sekeliling tempat tinggal mereka. Begitu juga dengan atap rumah ini, ia diambil dari daun-daun pokok rumbia yang hidup subur di tepian sawah padi mereka.


Best la Panglima Hitam hidup dalam rumah ni ya ayah.. teratur dan penuh yakin anakandaku membuat kesimpulan tentang kehidupan Panglima Hitam.

Dikno, kalau duduk dalam rumah orang Melayu macam ni, orang perempuan kena bersimpuh. Macam mama duduk tu. Cuba Dikno duduk bersimpuh, ayah nak tengok anak ayah... Ala, kalaulah mama pakai kebaya labuh dan Dikno pakai kurung kedah....hehehe

No comments: