...seandainya ibubapamu marah padamu kerana kesilapan yang dilakukan olehmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman....

Sunday, January 15, 2012

Selamat Hari Lahir Adindaku Faiz Zain


Semoga dikurniakan iman yang sempurna
akhlak yang terpuji
pekerti yang mulia
umur yang bermanfaat
rezeki yang halal
ilmu yang berguna
jodoh yang membahagiakan
hidup yang dirahmati di dunia dan akhirat.

Ucapan Selamat Ulangtahun Kelahiran ini saya coretkan khas buat adinda Faiz yang masih dilanjutkan usia olehNya untuk meneruskan perjuangan di bumi Allah swt ini agar lebih taat kepadaNya sebagai tanda syukur. Dan terima kasih ke hadrat Allah swt kerana memberi ruang dan peluang kepadamu agar meneruskan kehidupan untuk mengenalinya dan lebih dekat denganNya.

Faiz...
Sungguh masa depan itu memang ada kerana kita sama-sama telah selamat melalui tahun 2011. Kini kita di tahun 2012, maka bertambah setahun lagi masa mendewasakan umurmu. Abang Din ucapkan Selamat hari Lahir untuk Faiz....

Kadang-kadang kita tidak pernah merasa, ketika '2011' beransur-ansur meninggalkan kita, dan meninggalkan banyak kenang-kenangan. Kenangan indah (tentang kejayaan dan kegembiraan kita) serta kenangan kurang indah (tentang segala kekurangan kita). Yang kita sama-sama tahu '2011' tak akan kembali lagi, dan hanya orang yang mengambil iktibar akan menemui makna atas hadirnya tahun lalu. Ya Allah, semoga Faiz adindaku ini menjadi insan yang mampu merealisasikan tiap-tiap saat umurnya adalah nafas-nafas perjuangan agama-Mu. Barakahilah dia...

Selamat bermusahabah dengan bertambahnya umurmu, semoga hidupmu semakin matang, tambah dewasa, sentiasa ceria, dan bahagia berkekalan selamanya.... insyaAllah.



[]

1 comment:

Anonymous said...

alhamdulillah...
sy masih diberikan kesempatan utk menghirup udara,menikamati keindahan ciptaNya,dan masih diberikan peluang untuk teruskan perjuangan dlm beribadah...
insyaALLAH...
amin..amin..amin...
terima kasih atas kata-kata serta serungkap doa buat adinda mu ini,abang din...
semoga ianya menjadi nyata...
dan berharap abang din pun sama berada dibawah kuasa diredhai dirahmati oleh ALLAH s.w.t.