...seandainya ibubapamu marah padamu kerana kesilapan yang dilakukan olehmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman....

Sunday, March 28, 2010

Tidak Aku Jadikan Jin dan Manusia Melainkan Untuk Menyembah Aku - Az-Zariyat:56

Ayat tersebut memaklumkan TUJUAN UTAMA MANUSIA DILAHIRKAN DI MUKA BUMI INI ADALAH UNTUK BERIBADAT KEPADA ALLAH S.W.T. SEMATA-MATA. Itulah matlamat hidup setiap insan di dunia ini.

IBADAT mempunyai ruang lingkupnya yang amat luas merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia. Secara ringkas ianya ialah tingkah laku, sama ada perbuatan, perkataan dan gerak hati (niat) yang baik, disukai dan diredhai oleh Allah S.W.T.

Ini sangat bertepatan dengan sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:
Islam itu dibina di atas lima asas iaitu syahadah bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Nabi Muhammad S.A.W. itu pesuruh Allah. Kedua ialah mendirikan sembahyang fardhu lima waktu. Ketiga ialah berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan. Keempat ialah membayar zakat dan kelima ialah menunaikan fardhu haji ke Mekah bagi orang yang berkuasa.

Rukun Islam yang lima wajib diketahui dan dipatuhi serta diamalkan oleh setiap orang yang mengaku dirinya seorang Islam. TIDAK SEMPURNA KEISLAMAN SESEORANG ITU SELAGI RUKUN-RUKUN YANG LIMA ITU DIABAIKAN DALAM HIDUPNYA.

Diriwayatkan Rasulullah S.A.W mengambil masa selama 12 tahun untuk memantapkan sahadah (tauhid,aqidah) para sahabat. Sedang para sahabat Rasulullah S.A.W. mengambil masa 12 tahun memantapkan akidah mereka, apa lagi kita sebagai Muslimin Akhir Zaman, perlu masa lebih dari itu. Jika tidak mengapa sekarang isu MURTAD timbul dan mula memercik dan menyalakan api maraknya di kalangan masyarakt Islam.

Untuk entri akan datang saya akan bawakan isu MURTAD..
[]

No comments: