...seandainya ibubapamu marah padamu kerana kesilapan yang dilakukan olehmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman....

Tuesday, March 23, 2010

ERTI SAHABAT SEJATI..

Hari ini terima sms dari sahabat lama.. terharu dan gembira sekali saya menerimanya:

Safian Rashid: Salam. Apa khabar.

Saya: Baik. Lama tak dengar berita.. Aku ada dalam ingatan kau lagi rupanya..

Safian Rashid: Ada. Macam biasa. Kau apa khabar? Apa citer terbaru

Saya: Sihat dan tambah gemuk. Itu je. Happy SMS aku kau balas. Heh apa perasaan kau kalau SMS kau hantar tak de respons?

Safian Rashid: X seronok hehe. Insya Allah sms kau tetap aku balas

Saya: Berkala la.. 1 bulan atau 2 bulan sekali, boleh?

Safian Rashid: Boleh. Tiap hari pun ok. Seminggu 2x pun ok. Lebih pun ok

Saya: Memang tak ada sapa boleh ganti kau.. sejati sebagai kawan aku sejak 1977-2010. Terima kasih

Safian Rashid: Terima kasih. Kau pun sama. Kenangan suka duka sama kau takkan lupa hingga akhir hayatku

Saya: OK...

Safian ini sahabat yang saya kenali sejak kami sama-sama menuntut ilmu dalam tingkatan 4 di Sekolah Menengah Bandar Tinggi, Kuala Klawang, Jelebu Negeri Sembilan.

Dia berasal dari Kampung Kuala Pah Peradong dan saya pula dari Kampung Seperi Kuala Klawang.

Waktu sama-sama belajar kami berdua sentiasa bersaing merebut tempat terbaik dalam kelas dan dalam tingkatan. Dia sangat hebat dalam subjek Sejarah manakala saya pula hebat dalam subjek Geografi.

Keputusan SPM membuka ruang untuk kami belajar di Seremban.. seterusnya dia berjaya menjejak kaki di USM dan UKM manakala saya mengorak langkah di ITM dan seterusnya di UPM

Demikianlah kami berdua menjalin ikatan persahabatan sepanjang Januari 1977-2010 (kini)

No comments: