...seandainya ibubapamu marah padamu kerana kesilapan yang dilakukan olehmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman....

Wednesday, October 7, 2009

PELAKSANAAN PUASA 6 DI BULAN SYAWAL

Ingin juga mengajak anak-anak kita berpuasa 6 di bulan Syawal. Bagaimanakah pelaksanaan PUASA SUNAT ENAM HARI BULAN SYAWAL itu dapat kita lakukan?

Puasa enam hari pada bulan Syawal adalah disunnahkan dengan syarat puasa Ramadannya sudah lengkap (tidak ada hutang). Sesiapa mempunyai hutang puasa bulan Ramadan, hendaklah segera diqadha (ditunai) secepat mungkin, jangan ditunda-tunda kecuali sebab uzur dan terpaksa ditunda meskipun sampai bulan Sya'ban berikutnya.

Pengamalan puasa enam hari pada bulan Syawal ini boleh dikerjakan dengan dua kaedah, iaitu secara berurutan enam hari berturut-turut, atau secara berselang-selang (tidak berurutan). Yang penting pelaksanaanya adalah tempoh selama 30 hari dalam bulan Syawal sahaja.

Berikut ini ialah hadits-hadits yang memberi panduan kepada kita tentang mengqadha puasa Ramadhan dan pelaksanaan puasa sunat enam hari bulan Syawal:

1. Diriwayatkan dari Aisyah RA, ia berkata: Adalah seorang di antara kami tidak puasa pada bulan Ramadan di zaman Rasulullah SAW, maka ia tidak sanggup mengqadhanya (membayar puasa yang ditinggalkan) sehingga datang bulan Syaban (yakni pada bulan Syaban baru boleh membayar puasanya). (H.R.: Muslim)

2. Diriwayatkan dari Aisyah RA, ia berkata: Saya mempunyai hutang puasa bulan Ramadan, saya tidak mampu membayarnya sampai datang bulan Syaban. (H.R. Bukhary)

3. Diriwayatkan dari Abu Ayyub al-Anshariy RA : Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Barang siapa yang puasa pada bulan Ramadan, kemudian diikuti puasa enam hari pada bulan Syawal adalah seperti puasa setahun penuh. (H.R.: Muslim)

[]

No comments: