...seandainya ibubapamu marah padamu kerana kesilapan yang dilakukan olehmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman....

Friday, October 30, 2009

MENCANAI KELUARGA BAHAGIA 3: Anak Itu Anugerah Allah


Sesungguhnya anak adalah anugerah Allah yang amat berharga dan besar nilainya kepada kita. Mereka perlu dididik dan diasuh sebaik mungkin. Namun begitu ramai ibubapa terlupa dan mengabaikan tanggungjawab yang besar ini.

Kita sedar cabaran yang dihadapi oleh ibubapa dalam mendidik anak-anak pada hari ini sungguh hebat dan berat. Ia memerlukan banyak pengorbanan, kegigihan serta kesabaran yang tinggi.

Sewajarnya kita mengucapkan tahniah kepada para ibubapa yang telah bersusah payah mendidik dan membesarkan anak-anak sehingga dewasa dan menjadi anak-anak yang berguna. Semoga Allah SWT memberkati usaha mulia kita semua, dan sebagai tunggak keluarga kita seharusnya menunaikan amanah ini dengan sempurna sepertimana firman Allah SWT:

Maksudnya:

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan Rasul-Nya dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya mengkhianati amanah itu)".

(Surah al-Anfal: 27).

Artikel Berkaitan:
» Renung Sejenak Peranan Seorang Suami Atau Bapa
» Renung Sejenak Peranan Seorang Isteri Atau Ibu
» Anak Itu Anugerah Allah
» Rahsia Lima Garis Panduan Utama


=========================================================================================
PADA TEMAN-TEMAN BLOGGERS YANG MELAWAT BLOG INI, SILALAH TINGGALKAN SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR SAYA JUGA BOLEH MELAWAT BLOG KALIAN PULA…
[]

BUAT ANAKANDAKU




Anakandaku sayang,

... aku telah melimpahkan kepadamu
kasih sayang yang datang dariku,
supaya kamu diasuh
di bawah pengawasanku ...











=========================================================================================
PADA TEMAN-TEMAN BLOGGERS YANG MELAWAT BLOG INI, SILALAH TINGGALKAN SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR SAYA JUGA BOLEH MELAWAT BLOG KALIAN PULA…

[]

Thursday, October 29, 2009

MENCANAI KELUARGA BAHAGIA 2: Renung Sejenak Peranan Seorang Isteri Atau Ibu


Sesungguhnya setiap isteri atau ibu tidak terkecuali menjalankan tanggungjawab untuk membahagiakan keluarga di samping suami tercinta. Antaranya ialah:

1. Taat kepada Allah dan Rasul-Nya.
2. Taat kepada suami.
3. Menghormati suami dan keluarganya.
4. Bermanis muka terhadap suami.
5. Melayan anak-anak dengan penuh kasih sayang.
6. Bersabar di atas segala dugaan.
7. Redha dengan segala kemudahan yang disediakan oleh suami.
8. Tidak membocorkan rahsia suami kepada orang lain.
9. Tidak mengaibkan suami.
10. Menjaga keharmonian rumahtangga.

Allah SWT berfirman:

Maksudnya:

"Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) dari Allah, dan sebuah kitab (al-Qur'an) yang jelas nyata keterangannya. Dengan (al-Qur'an) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredhaan-Nya, dan (dengannya) Allah keluarkan mereka dari gelap gelita (kekufuran) kepada cahaya (iman dan Islam) yang terang benderang dengan izin-Nya, dan (dengannya juga) Allah menunjukkan mereka ke jalan yang lurus".

(Surah al-Maidah: 15-16).

Artikel Berkaitan:
» Renung Sejenak Peranan Seorang Suami Atau Bapa
» Renung Sejenak Peranan Seorang Isteri Atau Ibu
» Anak Itu Anugerah Allah
» Rahsia Lima Garis Panduan Utama

=========================================================================================
PADA TEMAN-TEMAN BLOGGERS YANG MELAWAT BLOG INI, SILALAH TINGGALKAN SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR SAYA JUGA BOLEH MELAWAT BLOG KALIAN PULA…

[}

Tuesday, October 27, 2009

JAMBAK itulah MAHKOTA RATU

Kini baru saya tahu Pokok Jambak (Phaleria macrocarpa) rupanya boleh dibuat ubat.

Tumbuhan ini memang punya khasiat luar biasa, menyembuhkan gangguan kesihatan tubuh badan dari penyakit yang ringan hingga yang berat. Mulai dari rasa sengal-sengal kaki bila terlalu lama duduk bersila, hingus jernih memeleh di hidung hingga diabetes. Orang yang selalu sakit kepala jika suka makan buahnya dikatakan penyakit sakit kepalanya akan berkurangan.

Tindak balasnya pada penyakit kanser? Tanaman ini mampu melawannya, termasuk yang merasa sembuh dari penyakit pada organ hati, jantung, stress, rematik, serta kejang urat.

Buah jambak mengandung beberapa zat aktif seperti:

1. Alkoid, bersifat detokfikasi yang dapat meneutral racun di dalam tubuh.

2. Saponin, yang bermanfaat sebagai: sumber anti bakteri dan anti virus, meningkatkan sistem kekebalan tubuh, meningkatkan tenaga dalaman, mengurangi kadar gula dalam darah dan mengurangi penggumpalan darah.

3. Flavanoid: bertindak melancarkan peredaran darah ke seluruh tubuh dan mencegah terjadinya sekatan pada pembuluh darah, mengurangi kandungan kolesterol serta mengurangi pertumbuhan lemak pada dinding pembuluh darah, mengurangi kadar resiko penyakit jantung koroner, mengandung antiradang, berfungsi sebagai anti-oksidan, dan membantu mengurangi rasa sakit jika terjadi pendarahan atau pembengkakan.

4. Polifenol: berfungsi sebagai anti alahan tubuh.

Pokok ini seringkali ditanam sebagai tanaman peneduh dengan tinggi mencapai 3 meter, mempunyai buah berwarna merah menyala yang tumbuh dari batang utama hingga ke ranting.

Untuk memprosesnya jadi ubat pun sangat mudah. Cuma dengan menyediakan teh racik yang dibuat dari kulit dan isi buah, biji atau daunnya, bahan ubat ini pun sedia untuk digunakan.

Di Tanah Melayu tanaman ini dipanggil Jambak, di Sumatra dikenali sebagai Simalakama, di Jawa pula dipanggil Makuto Dewo, Makuto Rojo atau Makuto Ratu. Orang Banten menyebutnya Raja Ubat sebab khasiatnya boleh menyembuhkan berbagai penyakit. Orang-orang dari etnik Cina pula memanggilnya Pau yang bermaksud obat pusaka.


=========================================================================================
PADA TEMAN-TEMAN BLOGGERS YANG MELAWAT BLOG INI, SILALAH TINGGALKAN SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR SAYA JUGA BOLEH MELAWAT BLOG KALIAN PULA…
[]

Monday, October 26, 2009

MENCANAI KELUARGA BAHAGIA 1: Renung Sejenak Peranan Seorang Suami Atau Bapa

Sebagaimana yang kita ketahui, setiap insan di dunia ini mengidamkan sebuah keluarga bahagia. Keluarga bahagia ini sebenarnya yang menjamin kebahagiaan kehidupan di dunia dan akhirat.


Tetapi kita mesti ingat bahawa hanya orang yang mematuhi perintah Allah dan Rasul-Nya sahaja yang dapat membahagiakan keluarga mereka. Dalam masyarakat Islam, suami atau bapa adalah ketua kepada sebuah keluarga. Maka suamilah orang pertama yang patut memainkan peranan penting dalam melaksanakan tugas sebagai suami atau bapa untuk memimpin keluarga ke jalan yang diredhai Allah SWT.

Apabila suami atau bapa dapat menjalankan semua perintah Allah dan Rasul-Nya, maka patut pula diperhatikan dan diamalkan beberapa perkara berikut. Di antaranya ialah:

1. Mengajarkan ilmu agama kepada ahli keluarga secukupnya.
2. Biasakan sembahyang berjemaah bersama mereka.
3. Memohon keampunan untuk mereka.
4. Galakkan dan ajarkan mereka membaca al-Qur'an.
5. Sayangi dan kasihilah mereka.
6. Memberi mereka rezeki yang halal.
7. Luangkan masa bersama mereka.
8. Tidak membenarkan mereka melakukan perkara mungkar.
9. Mengadili mereka dengan cara yang baik.
10. Galakkan mereka agar saling bantu-membantu antara satu sama lain.
11. Ajar mereka agar menjadi se-orang yang pemaaf.

Artikel Berkaitan:
» Renung Sejenak Peranan Seorang Suami Atau Bapa
» Renung Sejenak Peranan Seorang Isteri Atau Ibu
» Anak Itu Anugerah Allah
» Rahsia Lima Garis Panduan Utama


=========================================================================================
PADA TEMAN-TEMAN BLOGGERS YANG MELAWAT BLOG INI, SILALAH TINGGALKAN SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR SAYA JUGA BOLEH MELAWAT BLOG KALIAN PULA…
[]

Wednesday, October 21, 2009

Walimatulurus 2 Catatan 3

Hari Ahad tengahari; 11/10/2009 Saya sekeluarga dan kerabat terdekat Abang Ngah dan Kak Maznah bertandang pula ke Derah Seremban, Jajahan Undang Luak Sungai Ujung atas urusan menghantar anak dan menantu kesayangan ke rumah besan kami di Bandar Warisan Puteri, Jalan Sikamat, Seremban.

Kali ini giliran kami rombongan dari Kuala Klawang Jelebu Negeri Sembilan membalas kunjungan orang Seremban yang menjadi tetamu kami hari Sabtu, semalamnya.

Kunjungan rombongan kami ini membawa hasrat mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan dua keluarga yang telah diikat dan disatukan melalui perkahwinan...

KINI ANAKANDA MAZNIZA DAH JADI MILIK ORANG! Saya rasa macam bermimpi pula... Abang Ngah dan Kah Maznah tentu lebih-lebih lagi… hehehe

Bahagia sangat rasanya kami rombongan dari Kuala Klawang Jelebu disambut dengan layanan penuh kemesraan.

Wednesday, October 14, 2009

Walimatulurus 2 Catatan 2

Jumaat Malam Sabtu 09/10/2009 anakanda Mazniza Othman telah selamat diijabkabul dengan anakanda menantu Hamdan Amir. Dia anak sulung Abang Ngah, tapi saya rasakan seperti anak sendiri sebab zaman kanak-kanaknya Mazniza berulit dengan saya saja pada setiap hujung minggu kerana Abang Ngah senantiasa balik rumah bapa mentuanya di Selayang, Selangor kerana komitment Kak Maznah di sana. Begitu juga dengan masa cuti sekolah saya.. tiada aktiviti lain selain mengendong Mazniza ke mana-mana sahaja dengan basikal atau motor. Banyak pahit-manis saya berkongsi dengannya. Alahai Mazniza, apa saja yang dikunyah dalam mulut Ayah Cik (Acik) semua Mazniza nak juga.... macam tu la sayangnya pada anak buah seorang ni... maklumlah cucu pertama Mak!
Hari Sabtu 10/10/2009 majlis bersanding di Kampung Kuala Klawang, rumah Abang Ngah. Bertemakan warna biru dewangga, begitulah gambaran hati dan perasaan kami dan kerabat terdekat. Memang seronok sungguh perasaan hati bila mendapat menantu. Menantu pertama pula tu dari sebelah pihak saya.

Susah untuk saya dan isteri merakamkan perasaan hati kami ini... Abang Ngah dan Kak Maznah tentu lebih hebat lagi. Memang benar kata orang tua-tua dulu, sedap mata memandang, sedap lagi perasaan hati orang yang pernah mengalaminya. Kini baru saya faham dan tahu erti kegembiraan itu....

Pada Abang Ngah terima kasihlah kerana saya dan isteri dapat sama-sama berkongsi anakandamu dan kegembiraan ini. Nur Ramadhan juga dapat merasakan kegembiraan akan kehadiran seorang abang ipar juga.

Tuesday, October 13, 2009

PUASA SUNAT 6 HARI BULAN SYAWAL

Sebenarnya ada banyak keutamaan dan balasan pahala yang besar bagi puasa sunat enam hari bulan Syawal. Di antara keutamaan itu, barangsiapa mengerjakannya setelah ia berpuasa sebulan pada bulan Ramadhan niscaya ditulis baginya puasa satu tahun penuh.

Pernah diriwayatkan dalam sebuah hadits shahih dari Abu Ayyub Radhiyallahu 'Anhu bahwa Rasulullah Saw bersabda:"Barangsiapa berpuasa pada bulan Ramadhan lalu diiringi dengan puasa enam hari bulan Syawal, berarti ia telah berpuasa setahun penuh." (H.R Muslim, Abu Dawud, At-Tirmidzi, An-Nasa'i dan Ibnu Majah)

Rasulullah SAW telah bersabda: "Barangsiapa mengerjakan puasa enam hari bulan Syawal selepas 'Aidil Fitri berarti ia telah menyempurnakan puasa setahun penuh, dan setiap kebaikan diganjar sepuluh kali lipat."

Dalam sebuah riwayat berbunyi: "Allah telah melipatgandakan setiap kebaikan dengan sepuluh kali lipat. Puasa bulan Ramadhan setara dengan berpuasa sebanyak sepuluh bulan. Dan puasa enam hari bulan Syawal yang menggenapkannya satu tahun." (H.R An-Nasa'i dan Ibnu Majah dan dicantumkan dalam Shahih At-Targhib).

Diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah dengan lafaz: "Puasa bulan Ramadhan setara dengan puasa sepuluh bulan. Sedang puasa enam hari bulan Syawal setara dengan puasa dua bulan. Itulah puasa setahun penuh."

Para ahli fiqih madzhab Hambali dan Syafi'i menegaskan bahwa puasa enam hari bulan Syawal selepas mengerjakan puasa Ramadhan setara dengan puasa setahun penuh, kerana pelipat gandaan pahala secara umum juga berlaku pada puasa-puasa sunnat. Dan juga setiap kebaikan dilipat gandakan pahalanya sepuluh kali lipat.

Satu daripada faedah terpenting dari pelaksanaan puasa enam hari bulan Syawal ini adalah menutupi kekurangan puasa wajib pada bulan Ramadhan. Puasa yang kita lakukan pada bulan Ramadhan pasti tidak terlepas dari kekurangan atau dosa yang dapat mengurangi keutamaannya. Di hari kiamat nanti akan diambil pahala puasa sunnat tersebut untuk menutupi kekurangan puasa wajib. Sebagaimana sabda Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wassalam: "Amal ibadah yang pertama kali di hisab pada Hari Kiamat adalah shalat. Allah Ta'ala berkata kepada malaikat -sedang Dia Maha Mengetahui tentangnya-: "Periksalah ibadah shalat hamba-hamba-Ku, apakah sempurna ataukah kurang. Jika sempurna maka pahalanya ditulis utuh sempurna. Jika kurang, maka Allah memerintahkan malaikat: "Periksalah apakah hamba-Ku itu mengerjakan shalat-shalat sunnat? Jika ia mengerjakannya maka tutupilah kekurangan shalat wajibnya dengan shalat sunnat itu." Begitu pulalah dengan amal-amal ibadah lainnya." H.R Abu Dawud
[]

Monday, October 12, 2009

Walimatulurus 2 Catatan 1

Jumaat minggu lepas (9/10/2009) ambil cuti sebab nak balik kampung. Paginya ke Sekolah AU Keramat Kuala Lumpur sebab uruskan permohonan anakanda untuk ke sekolah berasrama penuh. Kemudinnya uruskan bayaran bil-bil tertunggak sebab tertangguh kerana sambutan Aidilfitri. Selesai dua urusan hari dah menjelang jam 12.55 tengah hari, maka bergegas-gegas pula balik rumah untuk mandi dan ke masjid AU3 menunaikan solat Jumaat.

Sementara menunggu isteri tersayang pulang dari Sekolah Menengah Setiawangsa saya dan anakanda kesayangan berkemas apa yang patut untuk segera balik kampung sebab hari Jumaat Malam Sabtu akan berlangsung majlis Akad Nikah anakanda saudara Masniza dengan pasangannya Hamdan.. Berlangsung di Masjid Kuala Dulang.

Jam 5.00 petang isteri tersayang tiba di rumah, maka kami pun mula bertolak dari Kuala Lumpur menuju Jelebu Negeri Sembilan. Keluar sahaja ke lebuh MRR2 laluan telah mulai sesak, sabar sahaja la. Menyusur ke Jalan Ampang demikian juga, bersabar sahaja lebih baik. Mujur kesesakan hanya sampai di persimpangan Taman Kosas sahaja. Selepas itu kami sekeluarga memandu dengan cermat dan hati-hati walau jalan agak lancar kerana hujan gerimis menjadikan jalan basah dan licin. Biarlah lambat asal selamat tiba di Jelebu nanti.

Jam 7.00 malam selamat tiba di Jelebu, terus mandi untuk menunaikan solat Maghrib. Selesai solat kami minum minuman panas dan sedikit kueh raya buat alas perut yang kosong dan bersiap-siap ke Masjid Kuala Dulang untuk acara akad nikah anakanda Masniza. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan selamat, seterusnya solat Isya' dan bertolak ke rumah Abang Ngah untuk majlis doa selamat. Acara akhir malam itu ialah jamuan makan malam. Alhamdulillah semuanya berlangsung seperti dirancang.

Jam 1.15 saya sekeluarga pulang ke kampung durian gasing untuk tidur dan menghilangkan lelah sebab esoknya Majlis Perkahwinan anakanda Mazniza dan anakanda Hamdan akan dilaksanakan di rumah Abang Ngah.

Wednesday, October 7, 2009

PELAKSANAAN PUASA 6 DI BULAN SYAWAL

Ingin juga mengajak anak-anak kita berpuasa 6 di bulan Syawal. Bagaimanakah pelaksanaan PUASA SUNAT ENAM HARI BULAN SYAWAL itu dapat kita lakukan?

Puasa enam hari pada bulan Syawal adalah disunnahkan dengan syarat puasa Ramadannya sudah lengkap (tidak ada hutang). Sesiapa mempunyai hutang puasa bulan Ramadan, hendaklah segera diqadha (ditunai) secepat mungkin, jangan ditunda-tunda kecuali sebab uzur dan terpaksa ditunda meskipun sampai bulan Sya'ban berikutnya.

Pengamalan puasa enam hari pada bulan Syawal ini boleh dikerjakan dengan dua kaedah, iaitu secara berurutan enam hari berturut-turut, atau secara berselang-selang (tidak berurutan). Yang penting pelaksanaanya adalah tempoh selama 30 hari dalam bulan Syawal sahaja.

Berikut ini ialah hadits-hadits yang memberi panduan kepada kita tentang mengqadha puasa Ramadhan dan pelaksanaan puasa sunat enam hari bulan Syawal:

1. Diriwayatkan dari Aisyah RA, ia berkata: Adalah seorang di antara kami tidak puasa pada bulan Ramadan di zaman Rasulullah SAW, maka ia tidak sanggup mengqadhanya (membayar puasa yang ditinggalkan) sehingga datang bulan Syaban (yakni pada bulan Syaban baru boleh membayar puasanya). (H.R.: Muslim)

2. Diriwayatkan dari Aisyah RA, ia berkata: Saya mempunyai hutang puasa bulan Ramadan, saya tidak mampu membayarnya sampai datang bulan Syaban. (H.R. Bukhary)

3. Diriwayatkan dari Abu Ayyub al-Anshariy RA : Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Barang siapa yang puasa pada bulan Ramadan, kemudian diikuti puasa enam hari pada bulan Syawal adalah seperti puasa setahun penuh. (H.R.: Muslim)

[]