...seandainya ibubapamu marah padamu kerana kesilapan yang dilakukan olehmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman....

Wednesday, July 16, 2008

Amanah Ibu-bapa Jaminan Kejayaan Anak-anak


Shawqi, seorang pujangga Arab pernah berkata, “Bukanlah yatim siapa yang ibu-bapanya terhenti dari menanggung hidupnya dan meninggalkannya tidak berdaya. Sesungguhnya, siyatim itu ialah anak yang mempunyai ibu tetapi selalu mencuaikannya dan ayah yang sentiasa sibuk bekerja.”

Yatimkah anak-anak kita? Tentunya kita sebagai ibu-bapa, tidak tergamak membiarkan anak kita menjadi yatim dari segi tidak mendapat bimbingan daripada kita. Ini kerana mencuaikan tugas kita sebagai ibu-bapa menjadikan mereka solah-olah seperti anak yatim.

Penglibatan ibu-bapa dalam pembangunan diri anak-anak bukanlah sesuatu yang baru bagi masyarakat Islam. Hadis yang membawa maksud bahawa ibu-bapalah yang menentukan apakah anak mereka bakal menjadi Yahudi, Majusi atau Nasrani menunjukkan betapa besarnya tanggungjawab ibu-bapa dalam hal ini.


Namun, dalam suasana kini anak-anak dididik oleh institusi pendidikan di luar rumah, baik dari segi pendidikan ilmiah mahupun agamanya, ibu-bapa seolah-olah lupa dengan tanggungjawab mereka sendiri. Malah, ada juga ibu-bapa yang lepas tangan dan mengharapkan segala-galanya dibuat oleh guru, ustaz dan ustazah di sekolah. Keadaan ini perlu diperbetulkan kerana ibu-bapa akan ditanya tentang amanah ini di akhirat kelak.


Malah, dalam pembangunan modal insan, perkara ini juga adalah lebih dahulu menjadi tanggungjawab semua ibu-bapa dalam setiap isi rumah. Sekiranya ia difahami dan dihayati, insya-Allah hasrat kerajaan untuk membangunkan modal insan demi kemajuan negara akan dapat dicapai.

4 comments:

Anonymous said...

Salam Dari DELI bertuah:

Rasulullah SAW melarang umat islam menyia-nyia kan anak yatim apalagi memakan harta anak yatim itu. sesungguhnya kita diwajibkan untuk memelihara anak yatim yang tak beribu dan bapak, baik pengajarannya maupun nafkah hidupnya.
Semoga tulisan sahabat boleh membuka hati setiap insan agar lebih peduli kepada anak yatim.

www.mandailingnatal.com said...

wadohhh ku belom punya anak :D kekek gimana mo kasih komentar yatim gak yatim yah ,

... Tahukah kamu yang mendustakan agama ? Yaitu yang menghardik anak yatim, ....

Anonymous said...

assalamualaikum my dear bro rafas. Andaikata tuan berada di Seremban 2, rajin2lah temui tuan hamba ini ya. InsyaAllah kita akan ketemu jua...

Anonymous said...

alhamdulillah...
kalau banyak orang tua sama peduli, saya yakin anak2 umat islam akan menjadi anak yg sholih, masa kejayaan ilmu pengetahuan islam akan kembali bersinar... insyaAllah.