...seandainya ibubapamu marah padamu kerana kesilapan yang dilakukan olehmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman....

Thursday, November 5, 2009

MEMBENTUK KELUARGA CEMERLANG 1: melaksanakan hak masing-masing dengan sempurna

Dalam usaha membentuk keluarga Islam yang cemerlang, langkah pertama yang perlu dilakukan adalah memperkuatkan akidah dan keimanan terutama kepada pasangan yang bakal mendirikan rumahtangga.

Rumahtangga merupakan alam baru yang perlu ditempuh tanpa ada tempoh percubaan. Kebahagiaan atau sebaliknya amat bergantung sejauh mana persediaan pasangan itu dalam bekerjasama mewujudkan keharmonian dan persefahaman sesama mereka. Firman Allah dalam surah An-Nahl ayat 80 yang bermaksud,
"Dan Allah menjadikan bagimu rumah-rumahmu sebagai tempat tinggal (mendapat ketenangan di dalamnya)"

Islam telah menggariskan satu panduan hidup yang lengkap dan rapi pada segala perkara yang berkaitan dengan penghidupan manusia. Keamanan dan kesejahteraan yang wujud dalam sesebuah keluarga adalah faktor terpenting bagi mewujudkan sebuah keluarga yang harmoni, bahagia dan cemerlang.

Tugas setiap ahli keluarga hendaklah dilaksanakan dengan sempurna mengikut hak masing-masing. Suami mempunyai hak ke atas isteri dan anak-anak dan demikian jugalah sebaliknya. Jika setiap anggota keluarga tahu melaksanakan hak mereka maka akan wujud keharmonian dan kecemerlangan di dalam keluarga mereka.

Artikel Berkaitan:
» Melaksanakan Hak Masing-masing Dengan Sempurna
» Jadikan Ugama Sebagai Panduan Dan Cara Hidup
» Jadikan Rumah Sebagai Syurga
» Suami Corakkan Kehidupan Keluarga
» Isteri Berkongsi Peranan Membantu Suami

[]


=========================================================================================
PADA TEMAN-TEMAN BLOGGERS YANG MELAWAT BLOG INI, SILALAH TINGGALKAN SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR SAYA JUGA BOLEH MELAWAT BLOG KALIAN PULA…
[]

No comments: