Di bulan Ramadhan ini bagus sangat kita terapkan anak-anak kita dengan amalan membersih batin.
KEBERSIHAN batin dapat dilakukan dengan membersihkan hati dari akhlak-akhlak yang keji dan tercela seperti sombong, riak, hasad, cinta keduniaan dan sebagainya. Juga dapat dilakukan dengan mengisi jiwa kita dengan budi pekerti yang terpuji seperti tawaduk, punya rasa malu, ikhlas, dermawan dan berbagai lagi.
Satu daripada cara menyelamatkan diri kita dan anak-anak dari akhlak-akhlak yang buruk agar beroleh akhlak mulia memang disebutkan oleh Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya’ Ulumuddin Juzuk ke-11, iaitu menjaga wuduk.
Kita dituntut memperbaharui wuduk setiap kali mengerjakan solat fardu. Berusahalah agar sentiasa suci dan berwuduk ketika berhadas, kerana wuduk adalah senjata mukmin. Bila senjata ada di tangan, musuh tentu tidak berani mendekati kita.
Seterusnya kita dituntut menunaikan solat dua rakaat setelah berwuduk. Jika tidak berkemampuan, bersucilah dari hadas ketika masuk masjid, membaca Al-Quran, berzikir dan lain-lain. Semasa berwuduk atau mandi, laksanakan yang fardu serta tunaikan juga sunnah-sunnah dan adab-adabnya, sesuai dengan ajaran Rasulullah SAW.
[]
DALAM HATI ADA ALLAH
10 years ago
No comments:
Post a Comment