...seandainya ibubapamu marah padamu kerana kesilapan yang dilakukan olehmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman....

Friday, March 6, 2009

Suara Hatinya Berbicara

Sahabat saya Hatta memaklumkan ada pernyataan rasa tidak puas hati (complain) dari seorang insan yang pernah mengikuti satu kursus. Saya pun membaca dengan teliti maksud tersurat.

Saya sebenarnya telah mengikuti kursus ini. Namun sebelum itu, saya juga telah mengambil subjek Pemimpin dan Kepimpinan Konvensional dan Islam semasa belajar dulu. Bagi saya kursus ini sebagai tambahan dan pemurnian pembelajaran saya sebelum ini.

Walau apa pun jua itulah suara hatinya yang berbicara. Saya sertakan untuk di kongsi bersama:
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tolong pantau kursus kepimpinan berasaskan 'alam cakerawala'
BARU-BARU ini saya menghadiri kursus kepimpinan selama tiga hari di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Kursus yang disampaikan oleh dua orang penceramah tidak membenarkan peserta merakam, menyoal atau membuat catatan.
Sebuah model berasaskan alam cakerawala digunakan dalam merangsang emosional dan spiritual peserta. Ia digubah oleh pengasasnya di negara jiran, diadun dengan unsur-unsur keagamaan.
Kebanyakan modul dijalankan dalam dewan digelapkan dengan suhu sejuk, getaran muzik mencecah 20,000 wat serta klip-klip video dan animasi di atas tiga skrin besar.
Surah dan hadis dibaca oleh penceramah dengan lenggok badannya, tangis hibanya serta nada suaranya seakan menjerit.
Peserta yang teresak akan diperdengarkan menerusi mikrofon. Selain itu klip temu bual beberapa individu tempatan ditayang bagi meyakinkan peserta kononnya kursus tersebut diterima rakyat Malaysia dari semua penganut agama.
Foto pengasas dan fotonya bersama menteri dan mantan menteri serta senarai kliennya di negara ini sering diulang tayang.
Di hari ke-3, peserta dipujuk menjadi ahli termasuk mendaftar keluarga dan kenalan masing-masing dengan bayaran RM10 seorang. Peserta juga dipujuk menghantar SMS kepada tujuh orang kenalan untuk hebahan.
Saya difahamkan kursus ini telah disertai ribuan pekerja syarikat-syarikat terkemuka dan agensi-agensi kerajaan di tanah air termasuk para remaja kita.
Memandangkan kursus ini berunsur keagamaan, buku-buku klip video dan animasi dibawa terus dari negara jiran, maka saya menyeru pihak berkuasa seperti JAKIM, Mufti Negeri-Negeri dan KDN segera memantau pergerakan mereka.
PEKERJA TERKELIRUKuala Lumpur
SUMBER: UTUSAN ONLINE 3 MAC 2009.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

No comments: