Sekali baca tag line ini tiada apa menariknya.
Namun sepanjang semalam dan hari ini tag line ini sangat panas, sensasi dan tidak lekang dari satu mulut ke satu mulut baik di Putrajaya maupun di Kuala Lumpur. Agaknya di negeri Perak pasti lagi panas. Mungkin mengelegak!
Saya juga terima e-mel dan sms kiriman kenalan dari dalam dan luar negara, juga rata-rata memperkatakan persidangan di bawah pohon mempelam ini!
Begitulah rasanya RENDANG TUK kalau dibuat secara ambil mudah dan nak cepat. Proses memasaknya yang diturunkan dari nenek moyang dahulu itu diabaikan. Teman rase tekak teman meloya dan tak lalu nak telan.. itulah kata-kata yang keluar dari dua bibir sahabat saya yang kampungnya nun di Bota Perak.
Kawan di sebelahnya yang minat politik menyampuk: Istana sepatutnya bebas dari kemelut orang-orang politik yang berkepentingan. Jika istana terbabit, pihak-pihak yang berkepentingan akan terus mengheret istana walau kemercu kehancuran dan binasa sekali pun jua! Inilah wajah sebenar NAFSU MENGHALALKAN CARA. Bila ini berlaku ia akan bejela-jela dan rumit nak diselesaikan. Yang ruginya rakyat juga.. orang-orang politik yang rakus kuasa itu cuci tangan dan kaki dari menanggung rugi!
Seorang lagi mencelah: Merujuk politik Islam, selepas Zaman Rasulullah SAW dan Khalifah Yang Empat, jika berlaku kekusutan politik yang sukar dileraikan, KEMBALIKAN SAJA KEPADA KEPUTUSAN RAKYAT. Pilihan raya diadakan, apa keputusan rakyat itulah yang diambil dan dikuatkuasakan.
Nah sekarang ini Kemelut Politik Kerajaan Negeri Perak perlu dijernihkan oleh Kuasa Rakyat Negeri Perak. Istana sebagai Payung Mahkota Negeri Perak perlu jernih, adil dan saksama. Lagi cepat langkah penyelesaian dilaksanakan lebih disukai Allah SWT.
Doa dan harapan saya SEMOGA NEGERA PERAK KEMBALI TENANG, TENTERAM DAN RAKYAT HIDUP DALAM BAHAGIA. InsyaAllah.
DALAM HATI ADA ALLAH
10 years ago
No comments:
Post a Comment