...seandainya ibubapamu marah padamu kerana kesilapan yang dilakukan olehmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman....

Wednesday, March 4, 2009

KRISIS POLITIK NEGERI PERAK.. MUNGKIN ADA PELANGGARAN SUMPAH!

Awal pagi Rabu ini 4 Mac 2009, dalam perjalanan dari rumah di AU3 Keramat, Kuala Lumpur ke pejabat di Putrajaya saya santai menikmati siaran Klasik Nasional. Lagu yang diputarkan DJ semuanya cool. Tidaklah rasa stress bila kenderaan yang sesak dan kadang-kala gila-gila masuk lorong kiri dan kanan, tengok pemandunya muda-belia baik lelaki mau pun perempuan. Sama saja melayan darah muda mereka yang panas, ingin lekas ke destinasi dan tak hirau orang lain. Mereka generasi pelapis yang dicanai hidupnya dengan kerangka moden... macam tu la.

Berita RTM seterusnya melapurkan kemelut politik yang melanda Negeri Perak. Saya yang pernah mengambil subjek politik semasa belajar dulu teruja juga dengan politik Negeri Perak ini. Teruja melihat telatah pemegang watak-watak yang menghidupkan drama panas yang meruntun jiwa!

Teruja saya pada pelakon yang sangat profesional mempersembah bakat masing-masing. Mereka rata-rata mempamerkan karisma moral mereka, disiplin mereka, dan lebih penting sumpah dan janji mereka pada khalayak yang menyokong mereka! Sedar atau lalai mereka bersaksikan Yang Maha Adil!

Saya sangat yakin hanya NALURI dan SUARA HATI MEREKA merintih siang-malam menghakimi gelagat mereka. Inilah saat Pengamal Undang-Undang di Malaysia dan Global menilai setiap perlakuan mereka dari sudut Undang-Undang Konvensional dan Islam.

Kepada pelakon drama panas di Negeri Perak kini, saya seorang antara jutaan peminat yang melihat setiap inci pergerakan setiap pemegang watak, menilai secara cermat, telus dan adil setiap babak demi babak. Anda berlakonlah dengan jujur, penuh disiplin dan penghayatan selari dengan sumpah anda.

Jika anda melanggar sumpah.. binasa padahnya. Ini janji Allah SWT kepada setiap pelakon di maya pada ini!

No comments: