...seandainya ibubapamu marah padamu kerana kesilapan yang dilakukan olehmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman....

Friday, June 27, 2008

Walimatulurus Catatan 3


Hujung minggu ini saya sekeluarga balik kampung lagi. Menguruskan majlis menyambut pulang anakanda Khairiyanti dan Mohd Nazry di Jelebu. Majlis diadakan hari Sabtu terakhir bulan Jun ini; pada 28/06/2008. Memenuhi hajat mak meraikan cucu kesayangannya bersekali dengan majlis doa selamat.

Seronok tengok kerabat terdekat kami berkumpul, semuanya tekun saling membantu menjayakan majlis ini. Jarang-jarang kami dapat berkumpul seceria ini!



Acara perarakan pengantin diiringi kumpulan kompang Kampung Seperi, Jelebu. Kata orang kalau nak dengar dan tengok bunyi kompang yang benar-benar asli inilah dia. 100% kompang tanpa ada element alat muzik lain. Bunyi kompang ditepuk saling bertingkah dan sangat harmoni. Sedap telinga mendengarnya, jiwa yang lesu segar rasanya...



Inilah muzik warisan para Ulamak kami, kelebihan tanah bertuah daerah Jelebu. Lahirnya benar-benar menurut adat, terpelihara dari celaan Agama Islam pakaian kami. Kelainannya, keasliannya, khazanah seninya tidak melampau dan tidak keterlaluan. Tidak disula pengaruh luar. Semestinya hak orang Jelebu tu luar biasa!


Dikatakan orang tentang kelebihan hak kami ini, alim ulamak Jelebu pernah menyebutkan suatu masa dahulu:

Jelebak Jelebu
Tuaikan padi tigo tangkai;
Kalbu terkena kemat Jelebu
Nyawa tak mati, badan merasai...

Sirih pinang selera pinang
tangan kanan jari manis
Yang duduk pandang berdiri pun pandang
Si Jelebu ni juga dipandang manis!



Ya Allah Ya Tuhan Kami,

Satukanlah hati kedua mempelai ini seperti Engkau satukan hati Adam dan Hawa, Yusuf dan Zulaikha, dan seperti Engkau satukan hati Muhammad SAW dan Siti Khadijah...


Berkati pernikahan kedua-duanya dengan perasaan persefahaman, bersatu hati dan kurniakanlah kepada anakanda berdua ini sebaik-baik perkongsian hidup dan kasih mesra selama-lamanya serta kebaikan dan keberkatan di dunia dan akhirat.



Amin Ya Rabbal 'Alamin.


Majlis kami ini berlangsung dengan sangat sempurna. Syukur Alhamdulillah!

1 comment:

Anonymous said...

tahniah sbb yanti berkahwin dgn lelaki yg bertanggungjawab... she made the right choice for not marrying izham.. saya bekas isteri izham yg diceraikan ketika sarat mengandung oleh izham... semoga yanti tidak mengalami nasib yg sama mcm saya..