...seandainya ibubapamu marah padamu kerana kesilapan yang dilakukan olehmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman....

Friday, October 1, 2010

Rahsia Para Nabi ~ Mukadimah

Al-Quran telah memaparkan kisah benar para nabi serta zaman kehidupan mereka. Dalam kisah-kisah tersebut tersurat pelajaran dan pengajaran berharga. Hakikatnya kisah tersebut adalah harta simpanan untuk seluruh manusia yang memiliki banyak rahsia dan misteri.

Setiap ayat yang mendukung kisah tersebut jelas dan terbukti mendapat perhatian oleh para cendikiawan seluruh penjuru dunia yang merentasi sempadan waktu dari pelbagai zaman sehingga kini. Sememangnya ia mendapat liputan para peneliti kajian agama secara sangat istimewa. Setiap dari mereka telah mengambil pengetahuan sesuai dengan kemampuan dan matlamat masing-masing dari sumber al-Quran.

Sukacita juga saya kemukakan terlebih dahulu satu mukadimah penting yang dapat pembaca jadikan acuan dalam menelaah kisah-kisah para nabi as di dalam al-Quran yang akan memaparkan pembahasan-pembahasan yang berikut:

Pertama, titik perbezaan antara kisah-kisah al-Quran dan kisah-kisah lain.
Kedua, tujuan kisah-kisah al-Quran.
Ketiga, faktor pengulangan dalam kisah-kisah al-Quran.

No comments: