...seandainya ibubapamu marah padamu kerana kesilapan yang dilakukan olehmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman....

Wednesday, January 20, 2010

TERPEDAYA 1: perangai (sikap) meninggalkan solat umpama virus HIV di badan

Qarun meninggalkan solat sebab harta,
Fir’aun meninggalkan solat sebab pangkat,
Haman meninggalkan solat sebab jawatan,
Ubay bin Khalaf (cintakan harta dan lupa akhirat) meninggalkan solat sebab dunia korporat.

Watak-watak keji (corrupt) ini sangat disanjung dunia hari ini. Mereka benar-benar menyumbang kepada gejala negatif seperti pecah amanah, salah guna kuasa, pelanggaran kepada perlembagaan dan undang-undang negara, penyalahgunaan dadah, pelacuran, perzinaan, pembuangan bayi, kejadian jenayah, dan perceraian yang semakin meningkat hari ini, semuanya sebab segelintir umat Islam gagal menghayati fungsi solat.

Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Muddaththir ayat 43:
Maksudnya: “Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) Saqar? Penghuni Neraka Saqar itu menjawab: Kami tidak termasuk orang yang mengerjakan solat.”

Solat itu benteng diri daripada melakukan maksiat dan kemungkaran. Muslim yang istiqamah solatnya akan menjadi insan berakhlak mulia, hidup dipenuhi amal soleh, bersifat amanah, berintegriti tinggi dan berjiwa tawadhuk.

Mereka yang mengabai dan meringan-ringankan pelaksanaan solat ini cenderung menjadi seorang yang rosak akhlak, bergelumang dengan maksiat, kejam, dan mengamalkan sifat keji sehingga mengancam kesejahteraan dirinya, masyarakat, negara dan dunia amnya.

SEHUBUNGAN ITU BASMI (BERSIHKAN) PERANGAI MENINGGALKAN SOLAT SEBAGAI DAKI DI BADAN KITA

1 comment:

Ahmad Zulfadhli Zulkefli said...

"solat tisng agama".. tinggalkan solat runtuhlah agama individu itu.. solat merupakan perkata utama yang akan dihisab di padang mahsyar. baek solatnya maka baeklah amalan2nya yang laen, insyaAllah :D