...seandainya ibubapamu marah padamu kerana kesilapan yang dilakukan olehmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman....

Friday, October 1, 2010

Rahsia Para Nabi ~ Mukadimah

Al-Quran telah memaparkan kisah benar para nabi serta zaman kehidupan mereka. Dalam kisah-kisah tersebut tersurat pelajaran dan pengajaran berharga. Hakikatnya kisah tersebut adalah harta simpanan untuk seluruh manusia yang memiliki banyak rahsia dan misteri.

Setiap ayat yang mendukung kisah tersebut jelas dan terbukti mendapat perhatian oleh para cendikiawan seluruh penjuru dunia yang merentasi sempadan waktu dari pelbagai zaman sehingga kini. Sememangnya ia mendapat liputan para peneliti kajian agama secara sangat istimewa. Setiap dari mereka telah mengambil pengetahuan sesuai dengan kemampuan dan matlamat masing-masing dari sumber al-Quran.

Sukacita juga saya kemukakan terlebih dahulu satu mukadimah penting yang dapat pembaca jadikan acuan dalam menelaah kisah-kisah para nabi as di dalam al-Quran yang akan memaparkan pembahasan-pembahasan yang berikut:

Pertama, titik perbezaan antara kisah-kisah al-Quran dan kisah-kisah lain.
Kedua, tujuan kisah-kisah al-Quran.
Ketiga, faktor pengulangan dalam kisah-kisah al-Quran.

Thursday, July 22, 2010

AKU MENJADI TAMBAH BERILMU

Hari ini
kau berpersalinan kuning
dan persalinanku kelabu.

sayang
hanya aku tahu
sukmamu tidak setulus sukmaku
yang berpersalinan kelabu.

Waktu begini
sebatang pena aku tidak risau,
seuntai kata senang aku fahami.

Sukma dan jiwa bimbingku
aku menjadi tambah berilmu.

~~~~~~~~~~~~~~oooOO000OOooo~~~~~~~~~~~~~~

Mohamad Al Aziz: Sajak pertama saya bulan May 2010 =)
Jamilah Abd Jabar: Wah Azal...puitis sekali...saya berpersalinan apa ye?
Mohamad Al Aziz: Jamilah, persalinan awak unggu kot. Seperti flamboyan yang mula menguntum meriahkan suasana alam.. hehehehe
Safian Pyan: ADui..puitis sangatlah tu..
Mohamad Al Aziz: Semakin usia mengapai senja.. jiwa emas makin perasa, untaian kata-kata makin puitis. Pyan ni..kura-kura dalam perahu pula =)
Safian Pyan: Sepanjang perjalanan ini
Lembah dan lurah ku lewati
Ketenangan yang abadi
apakah sudah ditemui.....
Mohamad Al Aziz Yang sudah ditemui:
bukan kerna intan permata
kerna budi bahasa.....

Wednesday, June 9, 2010

FRIENDS FOREVER

Online friends are people we may never meet
We see pictures, we may see cams
It isn't the same.....

We grow close
We care and share and show love

One day we may not hear from one another
All we see is a name on messenger but the person we don't see anymore
All I ask is you remember me in the good times we had
Keep me close to your heart
Friends forever

Saturday, May 8, 2010

Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Parlimen Setiawangsa

Hari ini program balik kampung saya batalkan, terikat dengan majlis yang diadakan di Ballroom De Palma Ampang. VVIPnya Dato' Sri Zulhasnan bin Rafique.

Anak saya antara penerima anugerah dari 24 sekolah kawasan Parlimen Setiawangsa, Kuala Lumpur.

Tuesday, April 13, 2010

Pusaka Rasulullah - 4 Tahap Mendidik Anak

Rasulullah SAW menggariskan empat tahap mendidik anak, iaitu:

Anak baru lahir - 6 tahun (mumayyiz)- banyaklah bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang.

Anak umur 7 - 14 tahun (baligh) - didiklah mereka dengan arahan, disiplin dan beri tanggungjawab.

Anak umur 15 - 21 tahun (dewasa) - Didiklah dengan cara berkawan, berrtukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi tidak bertentangan dengan syariat.

Anak berumur lebih 21 tahun - Beri mereka kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat. Kita hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar setiap tindakan mereka terkawal.


Anak-anak adalah zuriat yang akan mewarisi kehidupan ibu-bapa di dunia fana ini meliputi harta, maruah dan nama yang ditinggalkan. Anak yang berjaya dan cemerlang berjaya menangani tanggung-jawab memelihara maruah dan nama baik ibu-bapanya manakala anak yang sebaliknya mencemar nama maruah ibu-bapanya. Sehubungan itu ibu-bapa wajib berusaha segenap perhatian agar dapat melahirkan anak-anak yang berjaya dan cemerlang.

Sabda Rasulullah SAW
anak yang soleh akan mampu memberi syafaat terhadap 10 orang ahli keluarganya


[]

Saturday, April 3, 2010

Sangat bahagia memiliki kawan sepermainan = kawan seangkatan..

Sabtu senja.. lepas solat Maghrib saya pergi kedai barang-barang runcit di Taman Irama.. beli barang keperluan. Isteri order buah petola untuk buat sayur makan malam, jagung makan ayam untuk dua ekor ayam kampung kacuk denak yang diberi oleh Mak Itam Ani dari Teriang Hilir, sabun basuh untuk basuh pakaian kotor semalam dan hari ini dalam musafir 2 hari ini.. lagi apa ya? Biskut Azan... minum teh nanti sedap cicah roti azan...

Sedang asyik memilih barang-barang itu tiba-tiba mata terpaku... terpandang seorang yang asyik memerhatikan saya dengan senyum simpulnya...

Hehehe.. alamak! Johari Jaafar! Maaflah tak perasan tadi.. ia la dalam usia yang meningkat ini mata agak kabur.. Allah! kau rupanya

Kami bersalaman dan terus berpelukan. Tokeh kedai yang duduk di kaunter bayaran teruja melihat kami.. "Tentu lama tak jumpa ni..."

"Haah memang dah lama sangat tak jumpa", saya membalas pantas.

"Ini la kawan lama sepermainan saya.. sejak dari darjah 1 tahun 1967 hingga tingkatan 5 tahun 1977", Johari pula meningkah.

Sepontan kami pun bertukar cerita. Bila bercerita tentang anak, anaknya kini sedang belajar di kolej kejururawatan di Kota Damansara.. saya pun katalah padanya, "dua tahun lagi kau akan menuai hasil.. tahniah la"

[]

Thursday, April 1, 2010

helang pula membawa amaran...


click to create your own

MENGENAL HAKIKAT HIDUP DUNIA

Akui dan kenali hakikatnya yang sebenar: kehidupan ini bukanlah sebuah syurga yang penuh nikmat, bukan juga satu tempat yang kekal abadi.. tetapi sesungguhnya kehidupan ini adalah tempat ujian dan taklif (tuntutan).

Manusia diciptakan di dunia hanya sementara bagi menyediakan persiapan untuk kehidupan kekal abadi di akhirat. Bila ia kenal kehidupan ini.. ia tak akan melatah dan terkejut oleh sebarang bencana yang menimpa.

Sebaliknya jika melihat kehidupan dunia ini suatu tempat dipenuhi bunga-bungaan dan udara nyaman.. bila ia ditimpa sedikit kesusahan dan penderitaan hidup ia akan merasa begitu kelam dan amat sukar untuk meneruskan hidup sebab perkara begitu tak pernah dijangka berlaku dalam kehidupannya.

Al-Quran menunjukkan kehidupan manusia di dunia dipenuhi kepayahan dan kesusahan..
(Al-Balad): Sesungguhnya Kami telah ciptakan manusia sentiasa dalam keadaan menghadapi kesuitan dan kesukaran (jasmani dan rohani)

(Ali-Imran:140): Jika kamu (dalam perang Uhud) mendapat luka (tercedera) maka sesungguhnya kaum (musyrik yang menceroboh kamu) itu telah (tercedera juga dan) mendapat luka yang sama (dalam perang Badar). Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan dan kekalahan). Kami gilirkan dia antara sesama manusia.

Menurut Saidina Ali bin Abi Talib RA: "Apa yang boleh aku sifatkan kepadamu tentang dunia yang dimulakan dengan tangisan, di tengah-tengahnya dengan kepayahan dan di akhirnya oleh kebinasaan"

[]