Sungai Eufrat bersumber dari Pegunungan Armenia (Turki), berada di daerah Mesopotamia (sekarang Iraq). Sungai ini memberi kehidupan yang membawa kepada kemunculan peradaban Sumeria dan Assyria dengan kemunculan satu binaan ajaib dunia iaitu Taman Tergantung di Babylon.
Manakala Sungai Nil terbentang dari Pegunungan Kilimanjaro (Sudan) hingga Laut Tengah dengan panjang kira-kira 5000 km. Sungai ini merupakan hadiah bagi bangsa Mesir karena daerah di sekilingnya adalah gurun pasir yang luas, apabila terjadi hujan akan terjadi bah yang membawa lumpur-lumpur mineral. Dari lumpur inilah tanah sangat sempurna untuk dijadikan ladang pertanian. Di sini juga telah muncul satu binaan ajaib dunia iaitu Piramid dan Spinx
Sudah Terang lagi bersuluh!
Dua sungai zahir yang berada di dunia adalah Nil dan Eufrat. Di manakah kota seribu satu malam kalau bukan di lembah Sungai Eufrat? Di mana terdapat tempat suci dan bersejarah bagi tiga agama (Yahudi, Keristian dan Islam) kalau bukan di lembah Sungai Nil? Selain Gunung Thursina atau Jabal Musa, terdapat juga perkampungan Nabi Syuaib, Makam Nabi Harun, Tempat Lembu Samiri dan Biara Sant Catherine yang siap dibina awal abad Masehi.
Sebenarnya Eufrat dan Nil adalah PERMATA DUNIA. Apakah pula PERMATA AKHIRAT? Sebenarnya PERMATA AKHIRAT telah disebut dengan jelas dalam 4 kitab-kitab Allah SWT (Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran).
Sepatutnya penganut agama Yahudi, Keristian dan Islam berlumba-lumba untuk mendapatkan PERMATA AKHIRAT. Tinggalkanlah permata dunia kerana semua tamadun dunia yang memburu permata dunia terkubur (dan akan tetap terkubur jika masih degil dan derhaka pada Allah SWT) di lembah Eufrat dan Nil....
DALAM HATI ADA ALLAH
10 years ago
No comments:
Post a Comment