1. Banyak menzalimi orang
2. Banyak membuat dosa
3. Menghina dan menzalimi ibu atau bapa
4. Menzalimi dan menghina guru terutama guru yang menunjukkan kita ke jalan Akhirat
5. Tidak percaya wujudnya Allah Taala
6. Tidak mengharap lagi pertolongan Allah
7. Orang yang kena uji bila imannya lemah atau tidak beriman
Paksi ketenangan itu dalam hati nurani dan ia perlu dijaga. Bila hilang ketenangan, hilanglah kebahagiaan dan tidak ada lagi keindahan dalam kehidupan.. sekalipun mempunyai kekayaan, tinggal di dalam istana yang indah, memiliki isteri/suami yang hebat, ada kuasa dan lain-lain.
Bila tiada ketenangan, seseorang itu akan sentiasa keluh-kesah. Apa sahaja dibuat serba tidak kena, makan rasa tidak lalu, tidur tidak lena, membuat sesuatu perkara tiada penumpuan lagi, selalu sahaja termenung, orang bercakap kurang diambil perhatian, sumbang dalam pergaulan, membaca pun terganggu untuk memahami. Kawan-kawan melihat ikut risau. Mudah marah-marah, suka bersendiri, mudah merajuk, mudah tersinggung, tidak tahan sabar, tidak tahan tercabar, mudah jemu membuat kerja, makan minum, pakaian dan badan tidak terurus, kurang bertanggungjawab, tidak suka bercakap.
Orang yang berada dalam suasana tidak tenang, jika ketidaktenangan itu kuat dan kurang pula pelajaran atau ilmu, selalunya dia tidak boleh kontrol rasa tidak senang itu. Sama ada di waktu ramai mahupun di waktu keseorangan. Sentiasa nampak muram, susah hatinya amat ketara, orang ramai perasan.
Jika dia seorang cerdik dan pandai atau ada status di dalam masyarakat mungkin sesetengah orang dia boleh kontrol perasaannya. Di tengah ramai dia boleh sembunyikan ketidaktenangannya itu untuk menjaga wibawa atau status diri, tapi bila waktu keseorangan dia mulalah termenung. Kesusahan hatinya nampak dilihat di air mukanya.
Ada setengah orang mukanya cantik, orangnya periang, happy go lucky, adakalanya susah juga dikesan perasaan dalam hatinya. Tapi kalau dia tidak boleh kontrol, lihat mukanya dapat dikesan. Maka seorang yang periang tiba-tiba jadi pendiam, hilang riang, suka bersendiri, gurauan sudah tidak ada. Anak isteri mula risau, kawan-kawan susah hati.
Untuk menghilangkan rasa tidak tenang itu, berhentilah daripada menzalimi dan memohon maaf kepada orang yang kita zalimi itu. Tinggalkan membuat dosa kemudian kembali berpegang dan bersandar kepada Allah SWT. Insya-Allah ketidaktenangan akan hilang.
DALAM HATI ADA ALLAH
10 years ago
No comments:
Post a Comment