...seandainya ibubapamu marah padamu kerana kesilapan yang dilakukan olehmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman....

Friday, April 8, 2011

SAYA LIHAT ALAM TUAN!

kalbu, ke mana tuan melata
tabah untuk mencari kekasih
saat tuan maklum dia telah tumpaskan
begitu banyak seperti tuan sebelum ini?

tidak saya peduli, bisikan kalbu
idam saya hanya menjadi
satu dengan kekasih.

awalnya, dia menggoda saya
dengan bisikan mesra
akhirnya, dia memanggang saya
dengan pedih dan gundah.

dalam mainan catur ini
saya harus hilang diri
untuk menangi dia.

kita terikat bersama
sayalah tanah
tuanlah langkah.

alangkah tidak adil cinta ini!
saya lihat alam tuan,
tetapi tuan, saya tidak.

doa menghapuskan kelam
dan kembalikan tenang kepada jiwa
setiap pagi, setiap petang, setiap malam
biarkan kalbu bernyanyi riang,
la ilaha il allah
tiada hakikat selain dia.

No comments: