...seandainya ibubapamu marah padamu kerana kesilapan yang dilakukan olehmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman....

Thursday, January 28, 2010

Punca Bukan Melayu Biadap dan Tidak Kagum Dengan Masyarakat Melayu Malaysia Kini

Syiar dan kegagahan citra Melayu di Malaysia tidak dihormati dan tidak mengagumkan masyarakat bukan Melayu. Mereka tidak segan, tidak hormat dan tidak gentar akan risiko tindakan bakal diterima kesan perbuatan biadab dan jahat mereka.

Umat Melayu beragama Islam mesti bangkit segera memperjuangkan hak mutlaknya dalam pentadbiran negara, ekonomi, sosial, budaya dan politik. Pemimpin politik Melayu dalam kerajaan, pemimpin politik Melayu parti pembangkang, pemimpin-pemimpin NGO Melayu, misti bercakap dan bertindak mewujudkan sistem kehidupan kebangsaan yang berdasarkan konsep, nilai-nilai, dan akhlak Islam.

Sepatutnya buang sifat tidak apologetik dan malu-malu menyuarakan kepentingan prinsip-prinsip Islam dalam institusi kebangsaan kerana nilai-nilai dan akhlak Islam inilah yang akan memelihara Melayu dan keadilan bagi semua rakyat. Kestabilan dan kesejahteraan masyarakat Melayu-Islam akan menjamin kesejahteraan dan kesaksamaan sosial negara ini.

Pemimpin dan individu Melayu wajib berubah dan bertindak segera dengan suara dan kegigihan perjuangannya. Lakukan dengan semangat kental sama seperti pada zaman menentang penjajahan Inggeris sebelum merdeka.

Elit dan kelas menengah Melayu yang hidup mewah jangan lupa daratan. Bersikap jujurlah dengan keistemewaan yang pernah diterima melalui biasiswa, kuota dan kenaikan pangkat. Kini balaslah jasa itu dengan merangsang daya hidup dan keberanian baru di kalangan manusia sebangsanya. Janganlah kita menjadi kacang lupakan kulit, pagar makan padi dan lebih-lebih lagi berperangai macam anjing tersepit yang dilepaskan, kerana hendak mencari pengaruh dan melonjakkan kepentingan diri/kelompok masing-masing melebihi kepentingan agama dan bangsa.

KESIMPULANNYA:
1. Keikhlasan seharusnya mendasar di lubuk hati pemimpin Melayu. Tanpa elemen keikhlasan pemimpin Melayu akan melingkup seperti yang berlaku pada Dinasti Ummaiyah dan Abbasiah dan Kesultanan Melaka di akhir-akhir kekuasaannya.

2. Sikap Tolak-Ansur yang menjadi ciri Tamadun Melayu-Islam boleh dipakai, tapi biar bertempat (sesuai pada tempatnya).

3. Sikap Tegas perlu diterap dalam diri setiap Melayu-Islam dalam pemakaian Rukun Negara Malaysia, bersendikan Rukun Islam dan Rukun Iman.

Bila Almarhum Tunku Abdul Rahman tegas dengan hak ketuanan dan keistimewaan orang Melayu di Malaysia, Tun Tan Cheng Lock (the first MCA president from 1949 to 1958, was one of the signatories of the Merdeka Agreement on Aug 31, 1957) terus bersetuju sebab tak mau balik ke Tongsan dan rela dikebumikan di Malaysia pada Disember 1960, Tun V.T. Sambanthan (the fifth MIC president from 1955 to 1973, was one of the signatories of the Merdeka Agreement on Aug 31, 1957) juga bersetuju sebab tak mau balik ke benua kecil India.. Tau tak apa. Renungkanlah cerita benar ini (Bertuah saya kerana mendengarnya dari mulut Almarhum Tunku sendiri sewaktu-waktu akhir hayatnya ketika saya dibawa menziarahinya bersama-sama allahyarham Tan Sri Khir Johari.. hari itu saya menerima hadiah tak ternilai potret Almarhum Tunku yang ditandatanganinya sendiri.. syukur pada Allah SWT mengetahui hal ini secara exclusif)

3 comments:

Ahmad Zulfadhli Zulkefli said...

macam mane bangsa laen nak hormat bangsa melayu.. ramai di kalangan bangsa melayu sendiri x hormat diri masing2 dengan menunjukkan keperibadian yang baek untuk dicontohi..

psst: Miliki buku2 ilmiaah karangan ikon2 terkenal seperti Dr. Fadzilah Kamsah, Ustaz Ismail Kamus, Ustazah Siti Norbahyah, Dr. Irfan Khairi dan lain2 lagi di http://www.stormreaders.net/zulfadhli sekarang!

Ahmad Zulfadhli Zulkefli said...

azaludin, nie link baru blog saya -> http://www.puteramelaka.co.cc/. link lame blog saya server dia down..

Ahmad Zulfadhli Zulkefli said...

azaludin, miliki buku2 ilmiaah karangan ikon2 terkenal seperti Dr. Fadzilah Kamsah, Ustaz Ismail Kamus, Ustazah Siti Norbahyah, Dr. Irfan Khairi dan lain2 lagi di http://stormreaders.net/zulfadhli sekarang!