...seandainya ibubapamu marah padamu kerana kesilapan yang dilakukan olehmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman....

Tuesday, January 12, 2010

Majlis 4 Dalam 1 - Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia..

Hari ini bangun seawal 5.15 pagi. Mengapa demikian lakunya saya hari ini?

Ada sebabnya. Kena hadir diri ke Majlis Amanat Tahun Baharu 2010 Kementerian Pengajian Tinggi di Dewan Plenary, PICC Putrajaya.

Dari AU Keramat Kuala Lumpur mula bergerak seawal 6.35 pagi, sampai di PICC Putrajaya tepat jam 8.00 pagi. Datang awal begini ada bagusnya, inilah petua yang pernah diberi oleh Allahyarham Tan Sri Khir Johari pada saya dan saya amalkannya kerana ia suatu yang baik, berfaedah dan sangat bermanfaat.

Dari aras tertinggi Bangunan PICC itu saya sempat menikmati panorama sekitar PICC, ada tasik dengan air warna kehitaman.. tentunya tasik itu sangat dalam. Juga kawasan sekitar PICC yang masih belum dibangunkan... bertuahnya badan kalau saya antara pemilik tanah sekitar kawasan itu!

Oklah.. setelah release dari perjalanan yang memakan masa satu jam 25 minit saya masuk ke dalam dewan Plenery yang indah itu... memang bumbungnya seumpama awan biru dengan puluhan planet.. hehehe...

Jam 9.00 pagu majlis baru bermula...rupanya majlis 4 dalam 1. Perutusan Tahun Baru, Pelancaran CD Korporat KPT, Pelancaran ... (saya lupa dah), dan pelancaran Liga Bolasepak IPT Piala Menteri Pengajian Tinggi.. begitulah....

No comments: