...seandainya ibubapamu marah padamu kerana kesilapan yang dilakukan olehmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman....

Friday, August 26, 2011

RAMADHAN 2011 MELAKAR KEMANISAN HIDUP


Pengalaman berpuasa indah mewarnai hidup ni. Pengalaman saya tentu berbeza berbanding orang lain. Kehidupan saya sekarang sebagai seorang warga emas yang mula mencapai usia 50 tahun. Cuma sekarang saya sedang menikmati Ramadhan di Kuala Lumpur.

Pengalaman berpuasa saya bagi tahun 2011 ini agak berbeza sikit dengan tahun-tahun yang sebelum ini. Jika tahun-tahun sebelum ni saya berpuasa dengan isteri dan anak sahaja tapi tahun ni ibu turut serta puasa bersama-sama saya. Sedari hari pertama puasa sehingga 26 Ogos berpuasa dalam suasana bekerja di pejabat dan balik rumah berbuka bersama ibu, isteri dan anak. Bermula 27 Ogos saya bercuti dan mula bersiap-siap untuk balik kampung.

Cuti raya tahun ni agak lama juga – sembilan hari. Tak tahu nak buat apa sebab ghairah berhari raya di kampung tiada rasanya sebab saya sentiasa dapat berpuasa dan bersahur bersama dengan ibu, isteri dan anak. Berbanding tahun-tahun sebelum ni, bila tiba akhir Ramadhan barulah saya dapat bercuti dan berpuasa bersama ibu dan ahli keluarga di kampung. Tahun ni memang rasa berbeza sikit. Kepuasan berpuasa di Kuala Lumpur memang cukup terasa.

Bila berbicara soal perbelanjaan, suasana berpuasa dan berada di Kuala Lumur bersama ibu rasanya paling bermakna sekali. Bersyukur sangat kerana rezeki tetap ada dan melimpah walaupun saya hidup dalam keluarga yang sedehana saja.

Waktu paling diingati setiap kali bulan puasa adalah waktu sahur. Masa kecil-kecil dahulu waktu sahur ni mesti akan makan banyak-banyak sebab takut rasa lapar masa puasa pada esok harinya. Sekarang bila di usia emas saya tetap usaha untuk bangun sahur bukan kerana takut lapar tapi bangun sahur kerana ikut sunnah dan mahukan keberkatan dalam sahur itu bersama-sama ibu, isteri dan anak. Sekarang terlalu bahagia dan seronok bangun sahur sebab ada ibu, dapatlah kejutkan ibu, isteri dan anak. Masa berbuka juga memang seronok dan terasa bahagia sekali.

Setiap kali tibanya musim perayaan mesti akan rasa sedih kerana teringatkan kampung halaman, sebab ibu di kampong. Tapi kini tak teringat kampong sebab ibu ada disamping saya dan keluarga. Maklum la lama kampong saya ialah ibu saya! Seronok bila berada di samping ibu ni maka tak kisah sangat untuk balik kampung beraya bersama ahli keluarga terdekat yang lain. Begitulah tahun 2011 ni berbeza dengan tahun-tahun yang lepas. Tahun ni saya awal-awal lagi dah membeli keperluan hari raya bersama ibu, isteri dan anak di Kuala Lumpur. Tak ada lagi dah pengalaman balik kampong untuk berpuasa dan bertarawih. Tapi tak apa, asalkan nanti dapat beraya bersama ahli keluarga terdekat di kampong, itu pun dah bersyukur.

Hanya ini sahaja untuk penulisan kali ini. Walau banyak lagi boleh dicerita tapi cukup la sekadar yang ni saja. Berkongsi pengalaman saya dengan pembaca. Alhamdulillah bersyukur kerana diberikan kekuatan oleh Allah untuk melakukan ibadah puasa di bulan Ramadhan ini. Bersyukur kerana diberikan rezeki yang sentiasa mencukupi. Semoga nikmat rezeki yang diperolehi akan sentiasa diberkati oleh Allah SWT, insyaAllah.

No comments: