...seandainya ibubapamu marah padamu kerana kesilapan yang dilakukan olehmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman....

Friday, May 16, 2008

Hindari Catatan Kelam Sejarah Melayu

Salah satu penyebab stagnasinya Bangsa Melayu ialah tidak dapat menghilangkan romantisme lama yaitu saling menuding jari (menyalahkan) di satu pihak dan membenarkan di lain pihak. Istilah paling tepat ialah Sikap Batu Api atau penghasut. Sepatutnya kita (Pihak A dan B) sama-sama menunaikan saja perintah Allah SWT dan Rasulullah SAW, tentang siapa yang salah dan benar biar mahkamah Allah yang menentukan kelak. Cukuplah sudah kita ini hancur dan berkecai selama ribuan tahun karena berbeza pendapat.

Isu krisis kepimpinan Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dan tindakan Bekas Perdana Menteri/Presiden UMNO Tun Dr. Mahathir Mohamad keluar daripada parti itu hari ini buatlah sebagai iktibar. Jadikan perbezaan dua tokoh Melayu ini sebagai rahmat Allah SWT bak bunga bunga di taman, walau berlainan warna tetapi memberikan kesejukan bagi yang melihatnya, Abdullah Mahathir semuanya indah!

Mengaku Melayu bersendikan Islam. Kalangan Pemimpin Melayu janganlah jadi burung Bayan atau Kakak Tua, hanya pandai menyebut “Sunah Nabi”. Tapi jadikanlah “Sunah Nabi” itu pakaian dan adat-resam kehidupan. Rasulullah SAW sendiri tidak mengutuk para sahabat, bahkan para sahabat pada zaman terjadinya fitnah pun tidak saling kutuk-mengutuk dan laknat-melaknati antara sesama mereka. Di kalangan ahli hadith dan para ‘ulamak muktabar pun memperakui keadilan atau kebaikan tokoh-tokoh seperti Muawiyah, Yazid bahkan Hajjaj bin Yusuf. Nampaknya yang melampau-lampau dalam hal ini adalah orang-orang kemudian yang mengakui dirinya Pejuang Kebenaran (Batu Api atau Penghasut).

Perpecahan Bangsa Melayu itu, dari dulu hingga kini, disebabkan masalah kekuasaan (politik). Bukan masalah akidah. Akidah Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Tun Dr. Mahathir Mohamad sama-sama Islam. Dato’ Seri Abdullah memang mewarisi kekuasaan dari tangan Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan cara perundangan yang sah.
Sebagai pemimpin Bangsa Melayu pada masanya, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi berselisih dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana mempertahan sikapnya, bukan karena akidahnya yang menyimpang.

Rasulullah SAW juga sudah mengingatkan bahwa NANTI AKAN ADA PERMUSUHAN DI ANTARA KAUM MUSLIMIN. Perhatikan frasa “kaum muslimin”. Itu tandanya pihak yang pernah berselisih (pihak Saidina Ali dan pihak Muawwiyah) itu masih diaku oleh Rasulullah SAW sebagai kaum muslimin.

Sehubungan itu, sudahlah. Jangan dibesar-besarkan pergesaran antara Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Tun Dr. Mahathir Mohamad. Sebagai Bangsa Melayu Moden yang mengaku bijak sama-samalah kita hindarkan isu ini dari menjadi catatan kelam Sejarah Melayu. Di masa hadapan kita harapkan kejadian seperti itu tidak terulang kembali.

1 comment:

frossonice said...

Salam,

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog saya di frossonice.com.

Blog saudara sudah mempunyai susunan asas yang baik. Tidak berkecamuk. Namun saya ada beberapa cadangan. Penggunaan warna adalah penting. Latar putih adalah pilihan terbaik tetapi sekiranya mempunyai kombinasi warna pun tidak mengapa, asalnya ianya 'user friendly' kepada pengguna yang rabun/buta warna. Warna yang betul juga boleh membantu mengurangkan stres pada mata semasa membaca. Tona warna yang garang atau terlampau kontas akan mengakibatkan mata cepat letih, seterusnya pembaca cepat bosan.

Untuk memudahkan pembaca, setiap post/karangan perlu ada TAG atau LABEL yang memudahkan pembaca dan kita sendiri mengklasifikasikan penulisan kita. Ini memudahkan carian kepada pembaca yang mungkin ingin mencari bentuk penulisan yang serupa dalam blog tersebut.

Blog yang menarik juga perlu sekurang-kurangnya ada selitan gambar (tidak perlu pada semua post), pautan kepada blog/berita/laman web lain (dalam post) dan post topik-topik diluar topik utama (ini bertujuan seperti "pencuci mulut" selepas makan).

Sekiranya saudara mahu membenarkan iklan (yang boleh mendatangkan pendapatan) dalam blog saudara, saudara boleh menggunakan perkhidmatan Nuffnang, Advertlets, Adbrite dan Google AdSense. Ianya percuma.

Untuk paparan rekod kunjungan blog, saudara boleh guna extremetracking.com atau sitemeter.com. salin saja skrip yang diberikan dan paste dalam setting skrip pada layout setting.

Harap ini serba sedikit dapat menjelaskan konsep blog saya.