...seandainya ibubapamu marah padamu kerana kesilapan yang dilakukan olehmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman....

Sunday, March 28, 2010

Burung pun bawa berita..


click to create your own



Hadis Nabi: Mengutamakan yang senang

Ugama Islam dibawa Nabi Muhammad SAW adalah ajaran yang mudah difaham dan senang dikerjakan. Hal begini menggalakkan orang ramai menerima agama ini. Rasulullah SAW selalu mengingatkan sahabat-sahabatnya yang ditugaskan mengajar agama di sesuatu tempat supaya memberi pengajaran-pengajaran dengan cara yang senang dan mudah terutama pada orang yang baru menerima Islam.

Hadis ini dengan jelas menyeru pada pendidik dan penyebar agama supaya menyampaikan pengajaran dan seruan mereka dengan memilih jalan yang senang dan yang membawa kegembiraan.

[]

Tidak Aku Jadikan Jin dan Manusia Melainkan Untuk Menyembah Aku - Az-Zariyat:56

Ayat tersebut memaklumkan TUJUAN UTAMA MANUSIA DILAHIRKAN DI MUKA BUMI INI ADALAH UNTUK BERIBADAT KEPADA ALLAH S.W.T. SEMATA-MATA. Itulah matlamat hidup setiap insan di dunia ini.

IBADAT mempunyai ruang lingkupnya yang amat luas merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia. Secara ringkas ianya ialah tingkah laku, sama ada perbuatan, perkataan dan gerak hati (niat) yang baik, disukai dan diredhai oleh Allah S.W.T.

Ini sangat bertepatan dengan sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:
Islam itu dibina di atas lima asas iaitu syahadah bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Nabi Muhammad S.A.W. itu pesuruh Allah. Kedua ialah mendirikan sembahyang fardhu lima waktu. Ketiga ialah berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan. Keempat ialah membayar zakat dan kelima ialah menunaikan fardhu haji ke Mekah bagi orang yang berkuasa.

Rukun Islam yang lima wajib diketahui dan dipatuhi serta diamalkan oleh setiap orang yang mengaku dirinya seorang Islam. TIDAK SEMPURNA KEISLAMAN SESEORANG ITU SELAGI RUKUN-RUKUN YANG LIMA ITU DIABAIKAN DALAM HIDUPNYA.

Diriwayatkan Rasulullah S.A.W mengambil masa selama 12 tahun untuk memantapkan sahadah (tauhid,aqidah) para sahabat. Sedang para sahabat Rasulullah S.A.W. mengambil masa 12 tahun memantapkan akidah mereka, apa lagi kita sebagai Muslimin Akhir Zaman, perlu masa lebih dari itu. Jika tidak mengapa sekarang isu MURTAD timbul dan mula memercik dan menyalakan api maraknya di kalangan masyarakt Islam.

Untuk entri akan datang saya akan bawakan isu MURTAD..
[]

Tuesday, March 23, 2010

ERTI SAHABAT SEJATI..

Hari ini terima sms dari sahabat lama.. terharu dan gembira sekali saya menerimanya:

Safian Rashid: Salam. Apa khabar.

Saya: Baik. Lama tak dengar berita.. Aku ada dalam ingatan kau lagi rupanya..

Safian Rashid: Ada. Macam biasa. Kau apa khabar? Apa citer terbaru

Saya: Sihat dan tambah gemuk. Itu je. Happy SMS aku kau balas. Heh apa perasaan kau kalau SMS kau hantar tak de respons?

Safian Rashid: X seronok hehe. Insya Allah sms kau tetap aku balas

Saya: Berkala la.. 1 bulan atau 2 bulan sekali, boleh?

Safian Rashid: Boleh. Tiap hari pun ok. Seminggu 2x pun ok. Lebih pun ok

Saya: Memang tak ada sapa boleh ganti kau.. sejati sebagai kawan aku sejak 1977-2010. Terima kasih

Safian Rashid: Terima kasih. Kau pun sama. Kenangan suka duka sama kau takkan lupa hingga akhir hayatku

Saya: OK...

Safian ini sahabat yang saya kenali sejak kami sama-sama menuntut ilmu dalam tingkatan 4 di Sekolah Menengah Bandar Tinggi, Kuala Klawang, Jelebu Negeri Sembilan.

Dia berasal dari Kampung Kuala Pah Peradong dan saya pula dari Kampung Seperi Kuala Klawang.

Waktu sama-sama belajar kami berdua sentiasa bersaing merebut tempat terbaik dalam kelas dan dalam tingkatan. Dia sangat hebat dalam subjek Sejarah manakala saya pula hebat dalam subjek Geografi.

Keputusan SPM membuka ruang untuk kami belajar di Seremban.. seterusnya dia berjaya menjejak kaki di USM dan UKM manakala saya mengorak langkah di ITM dan seterusnya di UPM

Demikianlah kami berdua menjalin ikatan persahabatan sepanjang Januari 1977-2010 (kini)

Monday, March 22, 2010

ASYIK


Fiqah nyanyi lagu Lady Gaga.. Acai dah lapar ya.. DikNoo pun ada, nak ikut juga ya.. Zeyrol pun tak mahu ketinggalan




ASYIK i

Seluruh tubuhku adalah derita
Sebab engkau mataku senantiasa bening tanpa sinar
Cekung dan layu
Fanalah tubuhku
hanya engkau tunggal semesta

Tak ada bekasku lagi
Apakah rindu dendamku ini
Jisimku telah hilang
Asyikku terkumpul ke dalamnya
Siapa merindumu lagi?

Sejak kurasa
Dalam hatiku api cinta menyala
terpandang syurga adalah suatu nista
Kalau syurga yang aku pandang
Engkau pun hilang
Bertukarlah syurga jadi neraka.






ASYIK ii

Karamlah aku dalam rindu
mencari engkau, mendekati kamu
dan telah tenggelam pula
kasih pertama
kasih kedua
kasih ketiga
kasih keempat
kasih kelima
kasih keenam
kasih ketujuh..

Kalau kukatakan bibirmu
itulah ibarat dari bibir pantai lautan
yang luas tidak tentu tepinya
dan jika aku katakan TIADA
tujuku ialah KAMU

Mari ke mari
Sebab engkau tidak akan mendapat insan laksana aku
Mana kecintaan sebagai aku, dalam hidup ini
Mari ke mari
Jangan kau habis umurmu dalam ragu-ragu

Engkau adalah lembah yang kering. Akulah hujan
Engkau adalah kota yang telah runtuh. Akulah pembangunan

Kalau tidak ada keikhlasan kamu atas aku
tidaklah kita akan merasa bahagia
keikhlasan adalah mutlak ibunya kebahagiaan
INILAH YANG SAMA-SAMA KITA NANTIKAN...

Friday, March 19, 2010

Bila Anakanda Di Guangzhou, Shenzhen dan Hong Kong


Wahai anakanda buah hati ayah
kepada engkaulah ayahanda merindu
jiwa ayahanda adalah dalam dirimu

Wajahmu anakanda adalah laksana bulan purnama
sinarnya menerangi kegelapan alam malam
keinginan hendak menjumpai mu tetap ada dalam hatiku
dan aku kau tinggalkan seorang

Tetapi jika engkau dengan aku
bondamu meradang
kerana ayah dan anakanda
adalah sempurna sebuah kehidupan.


NOTA: Puisi ini dicipta sewaktu anakanda berada di Negara China menghabiskan cuti penggal persekolahan selama seminggu. Saya di rumah sangat-sangat merindui andakanda tersayang...

Wednesday, February 17, 2010

RINDU PEMIMPIN BIJAKSANA (BAIK SEBAIK-BAIKNYA)

Kepada warga Malaysia, siapakah sebenarnya telah menjadi ikon pemimpin yang baik. Walau sejujurnya, prestasi individu itu bukan istimewa. Dia hanya menjalankan apa yang seharusnya dilakukan pemimpin bagi rakyatnya, dan menampakkan wajah ramah sebuah kekuasaan. Siapa pun mampu melakukannya, asal mau.

Fenomina seperti Mahatma Gandhi dan Khalifah Umar bin Abdul Aziz menjadi kontekstual kembali waktu kita sedang menghadapi krisis kepemimpinan seperti sekarang. Rakyat dibiarkan mencari jawapan sendiri. Maka lahirlah berbagai macam bentuk perpaduan (solidarity) yang marak kebelakangan ini, seperti Barisan Alternatif bagi Pembangkang dan Barisan Nasional bagi Pemerintah ketika bertarung dan berhambat-hambatan serta Bebas yang coba menangguk di air keruh. Itu semua adalah bukti krisis kepemimpinan memang nyata adanya.

Sememangnya, saya jadi rindu pada pemimpin baik, sebaik-baiknya.
Setiap negeri, daerah, mukim dan kampung (tempat) dan setiap situasi, kepemimpinan memang tidak dapat disamaratakan. Seluruh rakyat harus pandai memilih pemimpinnya sesuai dengan karakteristik dan keperluan daerah tersebut. Sebab itu Rakyat perlu bijak!

Mencari pemimpin yang dapat memenuhi keinginan dan keperluan masyarakat memang tidak mudah. Namun bukan mustahil. Masyarakat telah disogok beberapa calon dengan karakteristik tertentu. Mereka mempamer diri untuk jadi pemimpin di kawasan dun dan parlimen masing-masing. Sekarang tinggal masyarakat memilih mereka, siapa layak untuk dijadikan pemimpin. Tak kisahlah ia dari parti Barisan Nasional, parti Barisan Alternatif atau calon Bebas sekali pun.

Pemimpin yang baik pasti memiliki beberapa kelebihan sebagai faktor pendukung dalam rangka melaksanakan amanah yang menanti. Kenneth Blanchard dalam bukunya Leadership By The Book, menyatakan karakter pemimpin dapat dilihat dari beberapa hal:

Pertama. Hati yang melayani. Pemimpin harus memiliki empati dan simpati kepada orang yang dipimpinnya. Harus dapat memberikan motivasi kepada pengikut yang sedang dalam kesulitan seperti sekarang.

Berupaya mengelola dirinya sendiri, kemudian bergerak keluar untuk mengelola dan melayani rakyatnya. Tujuan utama membangunan masyarakat dan daerahnya, bukan membangun diri dan keluarga serta kroninya. Kepentingan publik lebih utama dibandingkan kepentingan diri dan golongannya.

Mampu mengendalikan dirinya. Mendahulukan kepentingan umum di atas kepentingan pribadinya. Memiliki ketahanan mental, selalu dalam keadaan tenang, penuh pengendalian diri dan tidak mudah emosi.

Kedua. Kepala yang melayani. Harus memahami seni memimpin dan memiliki pengetahuan tentang kepemimpinan bagi menghasilkan kepemimpinan efektif yang memiliki visi jelas ke mana rakyatnya akan dibawa. Patut mampu menciptakan visi dan memiliki kemampuan untuk mengimplementasikan visi tersebut ke dalam suatu rangkaian tindakan untuk mencapai visi tersebut. juga memiliki kemanpuan untuk merespon keperluan, harapan dan impian rakyat. Selain itu, ia aktif dan proaktif dalam mencari solusi dari setiap permasalahan dan tentangan yang dihadapi rakyatnya.

Mampu membuat perencanaan yang dapat mencermin lima puluh peratus keberhasilan dari direncanakan. Di sinilah dituntut kecerdasan Metodologi pelaksanaan perencanaan pembangunan sesuai dengan keperluan masyarakat harus dapat disesuaikan dengan visinya.

Ketiga. Tangan yang melayani. merelakan hidupnya untuk rakyat pimpinnya. Ia akan bekerja 24 jam sehari untuk kepentingan rakyatnya. Kepentingan rakyat lebih diutamakan dari pada kepentingan diri dan golongannya. akan bekerja secara sungguh-sungguh untuk kesejahteraan rakyat. Ia tidak hanya memberikan perintah saja, tetapi langsung terjun ditengah-tengah rakyat guna membantu mereka menyelesaikan seluruh permasalahan yang mereka hadapi.

Karakter melayani dengan hati dapat diibaratkan seperti ulama. Ahli agama mengambil pendekatan hati dalam mengajak umatnya untuk senantiasa patuh dan taat kepada Tuhan-Nya. Karakter kepala yang melayani adalah kaum cendekiawan. menggunakan akal pikirannya dengan untuk menghasilkan sesuatu bermanfaat untuk kepentingan umat manusia. Cendekiawan menggunakan potensi kecerdasannya untuk berbuat dan bekerja bagi kesejahteraan umat manusia. Sedangkan tangan melayani dinisbatkan kepada para profesional. Orang-orang profesional tak kenal lelah untuk bekerja. Mereka bekerja sesuai dengan kemampuannya, dapat membawa kebaikan untuk semua orang.

Jadi pemimpin akan kita pilih nanti harus dapat membuktikan dirinya, bahwa ia memiliki unsur-usur tersebut. dapat menyiapkan hatinya untuk mendengar dan memperjuangkan kesejahteraan rakyatnya, juga memiliki kecerdasan agar ia mampu merencanakan pembangunan sesuai dengn keperluan rakyatnya, sekaligus memiliki kemampuan dan kemauan untuk melaksanakan semua perancangan yang telah ditetapkan.

Jarang ditemui orang seperti ini, tetapi di antara sekian banyak rakyat, tentu akan ada yang mahu dan mampu bekerja untuk rakyatnya. Sekarang terserah kita, siapa akan kita pilih. Semua tergantung kita. Mau yang baik ada, yang tidak baik juga ada. Malahan yang suka menjahanamkan bangsanya sendiri juga ada. Tepuk dada tanya hati kita.. siapakah pemimpin bijaksana itu?

Friday, February 12, 2010

Kung Hey Fatt Choy - ikhlas dari saya untuk rakan-rakan Cina

MUSIM untuk melafazkan kata-kata ‘Kung Hey Fatt Choy’ (Selamat Tahun Baru Cina) dan ‘Wan Shi Ru Yi’ (segala urusan berjalan lancar) kini kembali lagi. Ke mana sahaja anda pergi, ucapan berkenaan kian bergema. Ini bermakna, bermulalah sambutan Tahun Baru Cina yang akan berlangsung selama 15 hari bermula 14 Februari 2010.

Hari ini, Jumaat 12 Februari 2010, selepas habis kerja, saya bersama keluarga akan bersiap-siap untuk balik kampong di Jelebu Negeri Sembilan. Dan pada 14 Februari 2010, saya akan berkunjung ke rumah rakan-rakan Cina saya di Cempedak, Petaling, Kuala Klawang dan Titi dalam Daerah Jelebu Negeri Sembilan. Juga akan berkunjung ke Seremban, ke rumah rakan-rakan Cina saya yang sama-sama menuntut di Seremban sekitar tahun 1979-1980 .

Sungguhpun proses globalisasi dan pembangunan pesat kini melanda Malaysia, namun ia tidak menghalang masyarakat Cina di Malaysia merayakan kedatangan Tahun Baru Cina dengan penuh tradisi. Hakikatnya bagi mereka, semangat dan tradisi Tahun Baru Cina perlu dipertahankan kerana tradisi inilah yang membentuk keperibadian mereka.

Memang kita di Malaysia sudah mengenali erti sebenar kata-kata ‘Kung Hey Fatt Choy’ ataupun kenapa Tahun Baru Cina dirayakan, saya juga makin faham selok-belok sambutan ini, signifikan dan pantang-larang yang diamalkan oleh masyarakat Cina, maklumlah saya punya ramai rakan-rakan Cina.

Sebenarnya, sambutan Tahun Baru Cina ditetapkan menerusi penggunaan kalender bulan. Kalender bulan dilaporkan diperkenalkan seawal tahun 2600 Sebelum Masihi apabila maharaja China ketika itu, Shi Huang Ti memperkenalkan kitaran pertama zodiak. Tahun-tahun disusun dalam satu kitaran utama selama 60 tahun merangkumi lima pusingan dan setiap tahun berkenaan akan dinamakan dengan nama 12 ekor haiwan. Kesemua 12haiwan yang dimaksudkan ialah tikus, lembu, harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam, anjing dan babi. Proses terbabit akan diulang berkali-kali hinggalah kitaran tahun melengkapkan pusingannya.

Mengapa hanya 12 haiwan dipilih dan tidak lebih daripada itu? Mengikut legenda Cina, Buddha telah memanggil semua haiwan di muka bumi ini untuk bertemu dengan-Nya sebelum beliau meninggalkan bumi. Namun hanya 12 haiwan yang hadir untuk bertemu dengan Buddha. Terhutang budi dengan haiwan-haiwan yang hadir, maka Buddha telah menetapkan setiap tahun dengan 12 ekor haiwan mengikut turutan ketibaan mereka.

Disebabkan kalender bulan pada sesuatu tahun kadang-kala mempunyai 29 atau 30 hari setiap bulan, maka sukar untuk masyarakat Cina menentukan tarikh tetap untuk sambutan Tahun Baru Cina dari tahun ke tahun, Tahun Baru Cina pada 2010 telah jatuh pada 14 Februari. Massyarakat Cina percaya inilah masa untuk memperbaharui tenaga, harapan dan impian mereka dan sekiranya tahun sebelumnya tidak berjalan seperti yang dirancang, maka kedatangan tahun baru ini diharap akan membawa perubahan yang lebih positif.

Rakan-rakan Cina saya mengatakan persiapan untuk menyambut ketibaan tahun baru biasanya sebulan lebih awal. Ia merangkumi pembelian baju-baju baru, barangan hiasan dan tidak ketinggalan, bahan-bahan makanan. Biasanya, sudah menjadi kemestian untuk pemilik rumah mengemas dan menghiasi kediaman mereka dengan tanglung merah, sepanduk, mercun plastik, tulisan kaligrafi yang memaparkan tema kegembiraan, kemakmuran dan kekayaan serta kad-kad ucapan yang dikirim oleh rakan taulan.

Benda-benda yang dilihat boleh menimbulkan nasib malang seperti penyapu, berus dan tong sampah akan disimpan kerana bimbang menyebabkan tuah akan hilang begitu sahaja. Jika aktiviti menyapu dilakukan, ia perlulah terhad di dalam rumah di mana debu dan sampah-sarap hanya akan disapu dan diletakkan ke bahagian tengah rumah sebelum dialihkan ke bahagian penjuru. Biasanya, longgokan sampah hanya boleh dibuang dua atau tiga hari selepas Tahun Baru Cina.

Menurut rakan Cina saya, acara paling penting pada malam sebelum Tahun Baru Cina ialah makan besar kerana semua anggota keluarga jauh mahupun dekat, akan kembali untuk mengeratkan talian perhubungan sesama keluarga di samping menikmati juadah-juadah lazat seperti ayam, ikan, itik, sup sirip ikan yu dan sayur-sayuran kemakmuran (prosperity vegetables).

Seterusnya, kesemua anggota keluarga digalakkan berjaga sehingga awal pagi sebagai mematuhi ‘shou sui’ yang boleh membawa panjang umur kepada kedua ibu bapa. Pada yang suka berjudi, mereka memanfaatkan kesempatan ini untuk bermain mahjung.

Hari pertama Tahun Baru Cina akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk mengalu-alukan kedatangan tuhan-tuhan dari syurga dan bumi. Juga untuk melakukan kunjungan terhadap anggota paling tua dalam keluarga.

Pada hari kedua pula, menantu perempuan akan balik kampong untuk menziarahi ibu-bapa mereka sebab setelah berkahwin mereka tidak berpeluang menziarah keluarganya sendiri. Sepanjang hari kedua juga, masyarakat Cina turut menghantar doa kepada nenek moyang dan tuhan-tuhan sebagai tanda terima kasih di atas berkat yang diterima selama ini.

Di hari ketiga dan keempat pula masa untuk menantu lelaki memberikan penghormatan kepada ibu bapa mentua. Di hari pertama hingga ke empat, kebanyakan perniagaan yang dimiliki oleh orang Cina masih ditutup. Operasi perniagaan hanya akan dibuka semula pada hari kelima atau keenam.

Perayaan Chap Goh Meh pada hari ke-15 adalah sambutan terakhir Tahun Baru Cina, yang mana hari tersebut akan diperingati dengan memakan ‘tangyuan’ (sweet rice ball dumpling soup). Chap Goh Meh juga dirayakan sebagai festival Tanglung ataupun Hari Kekasih.

Tanpa pemberian angpau, mercun dan tarian singa maka sambutan Tahun Baru Cina tentu tidak lengkap. Sampul merah dan angpau berasal dari loghat Hokkien itu hanya diberi oleh pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga kepada mereka yang belum berkahwin. Mercun dalam Tahun Baru Cina pula signifikan kerana bunyi bising yang dihasilkan dan warna merah pada mercun berupaya menakutkan seekor raksasa dipanggil ‘Nian’ yakni sejenis raksasa yang memakan manusia.

Kepada semua masyarakat Cina di Malaysia, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Kong Hey Fatt Choy. Moga-moga ia akan membawa lebih banyak kemakmuran dan kebahagiaan.